Friday 4 September 2015

Impian Menakluki Pahang..Adakah Rakyat Bersedia?

Pahang dikenali sebagai kubu kuat Umno dan Barisan Nasional.Ternyata cubaan pembangkang menembusi Pahang berjaya dipilihanraya ke13.

Dimana silapnya BN Pahang..adakah media maya yang menerobos masuk ke Pahang dan diterima rakyat Pahang dengan mudah atau Adun serta ahli Parlimen lena?

Ternyata aura Dato Seri Adnan Yaakob selaku Menteri Besar Pahang masih memainkan peranan penting di arena politik Pahang.Namun ada isu yang terlalu lama tidak diselesaikan dan ini menjadi modal kepada pembangkang untuk meraih undi.

Isu Lynas misalnya mendatangkan impak yang agak besar kepada Umno Pahang hingga kehilangan kerusi Parlimen Kuantan kepada PKR.Kini timbul pula isu bauksit yang membuat rata rata rakyat merungut tentang kerosakan yang terjadi.

Tidak kurang juga isu penerokaan hutan secara haram turut mewarnai sosio politik tempatan.Kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands juga membuka lembaran baru dalam isu politik tempatan.

Apakah peluang untuk Barisan Nasional mempertahankan Pahang dari dirampas pembangkang cerah? Kini isu terbesar melanda Umno pula menjadi mainan kepada pembangkang.Tanpa rasa bersalah pembangkang terus terusan menyerang Perdana Menteri yang kebetulan dari Parlimen Pekan.

Kebijaksanaan MB Pahang diharap dapat mengekalkan status quo Umno selaku tunjang BN di Pahang.Musibah yang melanda pada hujung tahun lepas banyak menguji keberkesanan BN dalam menghulurkan bantuan tanpa sempadan politik.Ini jelas dilihat sebagai satu kelebihan untuk BN Pahang dimata rakyat.

Moga BN terus kekalkan momentum bersama rakyat dan terus memakmurkan Pahang dibawah pentadbiran Tok Nan.

No comments:

Post a Comment