Wednesday 14 December 2016

MUHYIDDIN PENGHALANG KERJASAMA DAP,PPBM KERANA MENGAKU 'TOTOK UMNO'?






MUHYIDDIN HANYA MAMPU JADI TEKUKUR BELAAN MAHATHIR

Dalam menghadapi Pilihan Raya Ke-14 yang dijangkakan pada 2018, semua parti telah mula menyediakan calon yang difikirkan paling layak untuk mewakili mereka seterusnya memenangi kerusi yang ditandingi. Menariknya PRU14 kelak bakal menyaksikan kehadiran satu lagi parti baru yang memeriahkan arena politik negara. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diwujudkan dari kekecewaan penentang Perdana Menteri akan berpadu tenaga bersama Pakatan Harapan bagi menjayakan misi menumbangkan Najib serta Barisan Nasional.

Parti yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden masih diragui kekuatannya dan ini menimbulkan polemik dalam Pakatan Harapan sendiri. Penasihat PPBM, Mahathir di lihat lebih mendominasi sebarang keputusan parti tersebut berbanding Muhyiddin sendiri dan ini menimbulkan tanda tanya siapa sebenarnya yang berkuasa dalam PPBM? Malah PH sendiri masih meragui kemampuan Muhyiddin yang terpalit dengan pelbagai kisah sebelum di pecat daripada Umno. Walau terlibat dengan Deklarasi Rakyat yang kemudiannya di tolak oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung, Muhyiddin masih belum mampu melangkaui suara Mahathir dan ini dikatakan sebagai kelemahan beliau selaku presiden parti.

Jelas sekali pengaruh Muhyiddin tidak sehebat di sangka apabila perwakilan Umno Pagoh turun ke Persidangan Agung Umno (PAU) 2016 dan memberi jaminan bahawa Umno Pagoh menyokong kepimpinan Presiden Umno. Siri jelajah yang giat dilakukan PPBM pula mendapat perhatian rakyat  bukan kerana mereka menyokong PPBM tetapi lebih kepada mahu mendengar 'auta' pemimpin yang berdendam dengan Najib dan meyimpan rasa kecewa selepas semua usaha menjatuhkan Najib semasa mereka berada dalam Umno gagal.

'Nikah Mutaah' antara PPBM dan Pakatan Harapan hari ini jelas menunjukkan mereka belum di terima sepenuhnya sebagai sekutu dalam poltik PH. Walau mencapai persetujuan bersama itu tidak menjamin PPBM akan mendapat kelebihan dalam pengagihan kerusi PRU14 kelak. Muhyiddin yang mengeluarkan kenyataan seolah merayu kepada PH untuk pembahagian kerusi secara adil dikatakan tidak berani 'angkat muka' kepada Democratic Action Party (DAP) yang merupakan parti dominan dalam PH. Bukankah ini sesuatu yang amat memalukan bagi seorang presiden yang bersama penasihat 'hebat' tetapi perlu menagih simpati dari pihak lain untuk bertarung dengan BN? Adakah penyokong PPBM nampak semua kelemahan ini? Bukankah ini yang Mahathir mahukan kerana akan memudahkan kerja beliau untuk menyingkir Muhyiddin dan meletakkan Mukhriz sebagai presiden yang baru?

Rentak susunan politik Mahathir memang telah di jangka ramai pemerhati politik dan mereka amat pasti apabila sampai masanya Muhyiddin akan tersungkur kerana terlalu bergantung harap kepada 'glamour' Mahathir bagi memayungi PPBM. Andai itu berlaku mungkin barulah DAP akan membuka ruang yang lebih kepada PPBM kerana perlu diingatkan Muhyiddin pernah mengaku dirinya sebagai 'Totok Umno' dan perkara itu tidak digemari DAP serta PKR. Bagi mereka Muhyiddin masih terbawa pembawakkannya semasa dalam Umno dan ini akan menjadi halangan buat PH 'berbuat sesuatu' jika mereka berjaya merampas Putrajaya.

Satu perkara yang turut menjejaskan kepercayaan PH terhadap PPBM ialah terbongkarnya satu klip video mengaitkan salah seorang pemimpin tertinggi parti itu. Samada benar atau tidak seorang pemimpin PPBM terlibat dalam klip video masih belum dapat dipastikan tetapi sudah ada wujud kumpulan tertentu membentuk grup dalam laman facebook bagi menyampaikan rasa kurang senang mereka dengan pemimpin tersebut. Benarkah pemimpin PPBM itu terbabit dalam klip video yang sedang hangat diperkatakan dalam media sosial? Persoalan ini perlu di jawap oleh PPBM sebelum mereka terlibat secara serius dengan gabungan PH kerana pastinya Pakatan enggan terbabit dengan sebarang kontroversi yang timbul selepas kekalahan memalukan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) 2016 yang lepas dan disusuli pula kekalahan dalam 2 Pilihanraya Kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Antara faktor kekalahan PH semasa di PRN Sarawak ialah kontroversi ucapan dari ahli DAP dan perebutan kerusi sesama mereka tidak diselesaikan secara baik dan ini merupakan igauan paling besar kepada PH untuk menghadapi PRU14.

Adakah 'Perkahwinan Kuasa' antara Pakatan Harapan dan PPBM akan mencapai objektifnya selain pembahagian kuasa yang adil sesama mereka? Rakyat memerhati dengan penuh minat kelicikan permainan politik dua veteran yang terkenal pernah bermusuh satu ketika dahulu iaiatu Mahathir dan Lim Kit Siang. Pernah menggelar Kit Siang sebagai rasis, Mahathir kini sudah 'sujud' di kaki DAP ketika hadir dalam Konvensyen Tahunan DAP beru baru ini serta mengeluarkan kenyataan yang sangat bertentangan dengan ucapannya semasa masih berkuasa manakala Muhyiddin selaku Presiden PPBM tidak kelihatan langsung ketika itu. 

Mungkinkah ini bibit bibit kehancuran PPBM dan DAP berjaya merekrut ramai penyokong Melayu supaya menyokong mereka kerana Mahathir telah berkali pendirian? Inilah yang sangat DAP mahukan kerana PAN yang diharapkan selepas menyingkirkan PAS tidak mampu menembusi undi kaum Melayu semasa diberikan peluang dalam PRN Sarawak dan PRK Sg Besar serta PRK Kuala Kangsar. 

Jadi di manakah kedudukan Muhyiddin sekarang jika bukan hanya menjadi tekukur belaan Mahathir yang akan menggangguk setiap kali mantan PM itu memetik jari memberi arahan agar berbunyi. Agak keterlaluan bunyinya namun itulah hakikat yang perlu di telan penyokong Muhyiddin sendiri kerana beliau tidak mempunyai kredibiliti untuk menggepalai satu parti politik malah isu yang timbul pun beliau tidak mampu menyelesaikannya. Inikah nasib Muhyiddin yang akan terkurung dalam sangakr dan menanti masa untuk dijadikan korban percaturan politik DAP bersama Mahathir demi memberi laluan kepada Mukhriz?


No comments:

Post a Comment