Friday 4 September 2015

Cameron Highlands Bakal Terima Calon Baru

Parlimen Cameron Highlands kelihatan goyah sejak diwakili oleh G.Palanivel.Dengan majoriti tidak lebih dari 1000 menampakkan kelemahan Presiden MIC itu sendiri.

Kekhuatiran ini diburukkan lagi dengan imej Palanivel yang dikenal pasti kurang mesra dengan pengundi.Ditambah pula kurang fasih berbahasa Melayu.

Diletakkan sebagai calon untuk menyelamatkan karier ini akan membuat pengundi berfikir sekali lagi untuk meneruskan undian kepada beliau atau tidak.

Sememangnya kuota milik MIC namun peratusan untuk meraih kemenangan pada Pru14 dilihat tidak lagi menyebelahi Palanivel.

Apakah Barisan Nasional sanggup kehilangan satu kerusi lagi dengan mengambil risiko mencalonkan wakil dari MIC?

Presiden Barisan Nasional harus mengambil kira tuntutan 'winable candidate' untuk kerusi Cameron Highlands pada Pru akan datang.

Cameron Highlands sendiri mempunyai ramai calon berkaliber untuk diberi ruang mewakili Parlimen itu sendiri.

Sekiranya masih mahu mengambil risiko maka bersedialah untu kehilangan Parlimen Cameron Highlands.

No comments:

Post a Comment