Friday 4 September 2015

Jawapan Dari Jasa Untuk 1MDB

Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) menerbitkan buku bertajuk Siapa Kata Tidak Dijawab? bagi menjawab 32 soalan termasuk tuduhan tidak berasas berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dibuat oleh pihak tertentu sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Buku itu memberi penerangan secara terperinci de­ngan menggunakan bahasa rakyat yang ringkas dan disertakan infografik yang mudah difahami untuk memastikan setiap pihak terutama rakyat dapat memahami hala tuju 1MDB secara tepat.
Tuduhan paling jelas yang di­timbulkan sebelum ini kononnya RM42 bilion milik syarikat itu lesap adalah antara yang ditumpukan dan terbukti tidak benar apabila 1MDB menyatakan dana berkenaan telah dibelanjakan ke dalam sektor tenaga, hartanah, kos kewangan, dana pelaburan dan tunai.
“Daripada RM42 bilion dana hutang ini, RM18 bilion digunakan untuk pembelian syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP), RM1.7 bilion adalah kos pembe­lian tanah, RM15.4 bilion adalah dana pelaburan, RM5.8 bilion di­belanjakan untuk kos kewangan dan baki sebanyak RM900 juta dalam bentuk tunai.
“Tuduhan ini dibuat berdasarkan andaian semata-mata tanpa merujuk kepada dokumen dan penyata kewangan diaudit sebenar. 1MDB telah mengeluarkan infografik ringkasan berdasarkan fakta di dalam penyata kewang­an diaudit untuk membuktikan bahawa tiada dana 1MDB lesap,” kata syarikat itu dalam penjelasannya di sini hari ini.
Utusan

No comments:

Post a Comment