Wednesday 9 September 2015

Krisis Kepercayaan..Mukhriz DiHujung Tanduk?

Bertempat di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir telah mengadakan mesyuarat Bahagian UMNO Kedah. Agak mengejutkan, mesyuarat yang diadakan jam 9 malam itu hanya dihadiri kira-kira 10 orang termasuk beliau dimana hanya 5 bahagian sahaja yang hadir.
Antara yang hadir semalam adalah Datuk Haji Tajul Urus Haji Mat Zain, Said Ali Said Rastan, Ketua Bahagian UMNO Pokok Sena, Datuk Paduka Md Rozai’ Shafian, Ketua Bahagian UMNO Pendang, Datuk Abdullah Hasnan, Ketua Bahagian UMNO Kuala Kedah dan Datuk Haji Mohd Rawi Abdul Hamid, Exco Kerajaan Negeri.

Hadir sama Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz, Ketua Wanita UMNO Negeri Datuk Maznah Abd Hamid, Naib Ketua Puteri UMNO Negeri dan Setiausaha Kerja UMNO Negeri Kedah, Hasri Che Mat.
Untuk rekod, Negeri Kedah mempunyai 15 Bahagian UMNO dan kehadiran hanya 5 Ketua Bahagian pada mesyuarat Bahagian UMNO Negeri ini begitu mengejutkan.
Tanpa kehadiran Bendahari UMNO Negeri dan 9 Bahagian yang lain, jelas menampakkan sokongan terhadap Datuk Seri Mukhriz seperti telur dihujung tanduk.
Dengan hanya 5 Bahagian sahaja yang masih kekal menyokong beliau, komposisi beliau selaku Menteri Besar jelas goyah dan ketidak hadiran 10 lagi Bahagian UMNO di Kedah menandakan penolakan mereka terhadap beliau semakin kuat dan nyata.
download
Tidak seperti apa yang beliau laungkan sebelum ini yang menyatakan seluruh Negeri Kedah masih menyokong kepimpinan beliau, apa yang berlaku di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam jelas menunjukkan sebaliknya.
Ini memungkinkan peralihan pucuk pimpinan baru mungkin akan melanda negeri Kedah dan desas desus yang mengatakan peralihan ini akan berlaku pada 1 Oktober ini mungkin menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment