Friday 30 October 2015

OUTREACH BELIA PAHANG..PELUANG UNTUK BELIA TIDAK DI KETEPIKAN.

Raub
30 Oktober 2015

Program OutReach Usahawan Belia Zon Timur anjuran Majlis Belia Raub dengan kerjasama kerajaan negeri Pahang,Kementerian Belia Dan Sukan,Pejabat Daerah Raub berlangsung selama 3 hari.

Bertempat di Taman Tasik Raub, program bermula dari 30/10/2015 hingga 1/11/2015. Di jangka akan di rasmikan oleh Pemgerusi Jawatankuasa Koperasi,Keusahawanan dan Kepenggunaan Pahang, Dato Sri Hj Shahiruddin Bin Ab Moin.

Antara pengisian program ini adalah seminar yang di bawakan oleh SSM,SMEcorp dan Agrobank untuk usahawan belia dan mereka yang berminat.

Antara pengisian program yang di anjurkan adalah Forum Perdana berbentuk ceramah agama yang di kendalikan oleh Dato Ustaz Hj Badli Shah serta Dr. Nik Salida Suhaila dari JAIP.

Dijangka menarik minat belia, program ini turut menganjurkan pertandingan memancing,hiasan kek serta karaoke Bintang Kanak Kanak.

No comments:

Post a Comment