Tuesday 6 October 2015

Tanpa Pengenalan Diri,Bantuan Di Nafikan Oleh JKKK?

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.Seorang warga emas yang terlantar dirumahnya memerlukan bantuan untuk membaikpulih rumah.

Bertempat di Kampung Sc,Ulu Gali beliau hanya mampu terbaring ditempat tidur akibat kesan kemalangan yang telah dialaminya.

Pernah meminta bantuan dari JKKK kampung terbabit namun hanyalah impian tanpa perlaksanaan.Beliau juga menghadapi masalah kerana kehilangan identiti beliau.Difahamkan sebelum ini beliau berkhidmat didalam Angkatan Tentera Malaysia,sebelum kehilangam semua identitinya.

Wan Abu Osman Wan Muhammad beralamat di 29A Kg.SC,Ulu Gali mungkin tidak bernasib baik kerana hingga kini tiada kad pengenalan yang sah pada beliau akibat kehilangan semua dokumen perkhidmatan beliau.

Difahamkan JKKK kampung terbabit telah mengambil gambar kerosakan rumah beliau dan pernah berjanji untuk menghulur bantuan namun janji tinggal janji.

Ketua Pemuda UMNO Raub,Saudara Azra telah dimaklumkan tentang perkara terbabit dan beliau telah memanjangkan kepada Adun Dong,Dato Shahirudin Moin untuk tindakan.

Apa yang diharap moga Adun tersebut mengambil tindakan pantas untuk membantu keluarga tersebut,memandangkan Ulu Gali adalah salah satu kawasan pengundi tegar Barisan Nasional setiap kali pilihanraya.

JKKK juga diingatkan agar tidak memilih bulu dan berat sebelah dalam membantu penduduk setempat,agar rakyat tidak menuding kesalahan kepada kerajaaan dan parti kerana dikatakan tidak membantu rakyat yang memerlukan.


No comments:

Post a Comment