Wednesday 18 November 2015

MAZLAN ALIMAN KALAH SAMAN LAGI.

Kuala Lumpur
18 November 2015

Yb Anuar Manap hari ini memenangi saman yang di tuntut oleh Mazlan Aliman ke atasnya dengan kos. Beliau berkata demikian ketika ditemui di Menara Felda selepas menyaksikan perjanjian persefahaman ( MoU ) antara Koperasi Majlis Belia Felda dan Microclear Sdn Bhd. Perjanjian itu menyaksikan Koperasi Majlis Belia Felda bersetuju menjadi pengedar produk cucicn biodegreaser pelbagai jenis di bawah jenama D'Belda.

Kontrak selama setahun ini mensasarkan Microclear Sdn Bhd membekalkan produk tersebut sebanyak 100,000 liter sebulan dengan pulangan sebanyak Rm2 Juta dan di jangka menjana hasil sebanyak Rm24 juta setahun dengan anggaran 1,2000,000 liter.

Teknologi hijau ini adalah dari sumber boleh di perbaharu dan bebas kimia berbahaya. Ianya adalah inovasi berasaskan mikoroorganisma dan 'biodegreaser' (asas tumbuhan) yang berjaya di hasilkan bagi kegunaan industri besar berkaitan minyak sawit,minyak dan gas automotif,perhotelan serta di rumah. Produk ini turut menerima pengesahan dan pengiktirafan dari SIRIM dan Standards Malaysia.

Sementara itu Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad ketika di tanya mengenai penurunan harga minyak sawit yang menjadi rungutan peneroka pula menyatakan harga minyak sawit di pengaruhi oleh permintaan dunia. Mengenai trend penururnan harga komodidti tersebut, Tan Sri Isa positif bahawa harga minyak sawit akan kembali stabil bila permintaan meningkat kembali.

Mengenai saman yang di tuntut oleh Mazlan Aliman, Anuar berkata Mazlan melanggar perjanjian yang telah di persetujui oleh kedua dua pihak sebelum ini. Apabila perjanjian di langgar oleh Mazlan yang menyaman sebanyak Rm50 ribu yang di tuntut dari Anuar Manap, beliau bertegas enggan membayar jumlah tersebut kepada Mazlan.

Mazlan yang juga Pengerusi Anak telah kalah dalam beberapa siri saman sebelum ini. Beliau yang juga ahli Pas kerap mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah ke atas Felda.

No comments:

Post a Comment