Wednesday 25 November 2015

Nurul Izzah Langgar Sumpah Taat Setia Kepada Negara, Berhadapan Hukuman Berat

Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) bakal dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana pertemuan yang dirancang dengan Jacel Kiram, anak kepada ketua pengganas Sulu Jamalul Kiram III.

Usul untuk mengheret Nurul Izzah dimuatkan Kertas Aturan Mesyuarat Parlimen hari ini.

Naib Presiden PKR itu mungkin menghadapi nasib yang sama seperti yang berlaku ke atas Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) yang telah digantung kerana didakwa menghina Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau berkata, tindakan di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) dan 80 itu juga diambil berikutan kegagalan Nurul Izzah menjawab soalan yang jelas mengenai pertemuannya dengan anak ketua pengganas yang membunuh anggota keselamatan negara.

“Bahawa sebagaimana yang dilaporkan di laman media sosial dan gambar yang dimuat naik oleh Jacel Kiram pada 9 November, Yang Berhormat Lembah Pantai telah menghadiri pertemuan bersama dengan Jacel Kiram yang merupakan anak Jamalul Kiram III.

Baca seterusnya  :  http://www.bicara.news/

No comments:

Post a Comment