Wednesday 25 November 2015

Pahang Teguh Bersama Presiden Parti - Sharkar



Kuantan
25 November 2015

Exco Pelancongan Negeri Pahang Dato Sri Mohd Sharkar Shamsudin berharap, liputan media untuk Perhimpunan Agung Umno 2015 di benarkan seperti biasa. Beliau menyatakan demikian semasa di hubungi berikutan kenyataan Setiausaha Agung Umno Dato Seri Tengku Adnan Mansor yang di putar belit oleh media pro pembangkang.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu juga kekangan akan berlaku jika PAU di adakan secara tertutup. Setiap tahun setiap bahagian akan membawa perwakilan dan ahli ahli Umno dari Bahagian masing masing untuk memeriahkan perhimpunan terbesar ahli Umno seluruh negara. Ahli Umno yang menghadiri acara tersebut sememangnya tertunggu tunggu ucapan serta amanat dari Presiden Umno selain dari ucapan ketua ketua sayap parti dan perwakilan yang mewakili mereka.

Dato Sri Mohd Sharkar yang juga Adun Lanchang berharap agar perhimpunan kali ini akan menjadi medan terbaik untuk memulihkan kekuatan Umno dalam menghadapi cabaran pilihanraya negeri di Sarawak. Walau Umno tidak mempunyai wakil di Sarawak namun atas dasar kerjasama yang terjalin dalam Barisan Nasional, Umno tentunya akan menyokong untuk kemenangan BN dalam PRN Sarawak.

Tengku Adnan hari ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa liputan untuk PAU2015 berjalan seperi biasa. Walau bagaimanapun ada media tertentu yang tidak akan di benarkan masuk untuk membuat liputan bagi mengelak sebarang salah faham. (rujukan - http://www.bhplus.com.my/node/100110 - )
.

Dato Sri Mohd Sharkar Shamsudin juga menyatakan sokongan penuh Umno Pahang kepada kepimpinan Presiden Umno Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.





No comments:

Post a Comment