Monday 16 November 2015

SUPOL TIDAK SEHALUAN DENGAN KENYATAAN MB.

Kuantan
16 November 
2015

Satu kenyataan dari seorang setiausaha politik Menteri Besar di dalam entri facebook amat mengecewakan.

Beliau secara terbuka menunjukkan satu kelemahan beliau dalam memahami politik. Apa yang beliau tidak tahu setiap kenyataannya mencerminkan pemikiran politik Menteri Besar.

Shamsuddin Nawawi mempertikaikan tindakan serta kenyataan Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam isu yang di bangkitkan oleh pihak pembangkang.

Tindakan biadap serta tidak cerdik ini seperti menyuarakan bahawa beliau tidak lagi akan mempertahankan Presiden Umno yang kebetulan dari Pahang.

Apakah tindakan beliau mencerminkan Pimpinan Pahang semuanya?
Di mana letaknya maruah beliau selaku Supol MB dalam menjaga kepentingan politik MB.

Atau ada arahan untuk beliau mengeluarkan kenyataan itu? Pendirian MB Pahang jelas menunjukkan bahawa Pahang teguh bersama PM, namun Shamsuddin sebaliknya.

Mungkin Shamsuddin ada jawapan sebenar atas tindakan beliau.

No comments:

Post a Comment