Wednesday 30 December 2015

Tidak Mampu Walau Sepasang Baju Sekolah....Di Mana Ahli Parlimen Dan Adun Pahang?


Kuantan
31 Disember2015


Ahli Parlimen Jangan Leka Dan Lepas Pandang.



Semalam ini diviralkan satu kisah sedih yang melibatkan seorang ibu tunggal yang merayu jasa dan budi baik rakyat Malaysia untuk menyumbang pakaian sekolah terpakai untuk melengkapkan persediaan persediaan anaknya menjelang sesi persekolahan 2016 yang akan tiba tak sampai seminggu sahaja lagi.

Bicara.news terpanggil untuk mencari maklumat tentang ibu tunggal tersebut. Pencarian itu telah berjaya mendapatkan sendiri ibu tunggal yang bernama Puan Noridah binti Mohd Nor yang tinggal di Kampung Chendering Baru Pandan 2, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Kisah sedih ibu tunggal bersama tujuh anaknya yang kehilangan suami tercinta bermula apabila suaminya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya setahun yang lalu.

Sejak itu bermulalah kisah hidup terumbang-ambing apabila kehilangan mengejut itu pergi bersama hilangnya satu-satunya sumber rezeki dan pendapatan isi rumahnya.

Justeru, untuk menampung kehidupan baru, beliau mengerah kudrat untuk mebuat kuih-muih untuk dijual di sekitar kawasan kejiranan dengan jualan oleh anaknya sendiri. Difahamkan kisahnya juga pernah diterbitkan oleh salah sebuah tabloid tetapi malangnya, seperti tiada pihak yang mahu mengambil endah dan peduli nasib mereka selama ini walaupun edaran tabloid berkenaan boleh dikatakan luas dan menyeluruh segenap pelusuk negeri.

Noridah yang nyata amat resah bila ditemubual wakil kami tentang nasib yang menimpanya dan kegelisahannya lebih kepada memikirkan persediaan persekolahan empat anaknya yang akan menyambung pengajian di sekolah tahun depan.

Selain daripada memikirkan kos hidup yang semakin meningkat dan kos pengajian anak sulungnya di peringkat kolej, beliau terpaksa mengenepikan rasa malu..................

Monday 28 December 2015

Mat Negro Buru Wanita Tempatan.



Kuala Lumpur
28 Disember 2015.



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan adanya wanita Malaysia yang sanggup menjadi isteri kepada penuntut Afrika bagi melayakkan lelaki asing itu mendapatkan taraf kerakyatan dan memiliki lesen premis di negara ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata lesen itu adalah hak warga Malaysia tetapi digunakan penuntut Afrika yang mengahwini wanita tempatan.

Justeru, beliau meminta kerajaan negeri khususnya pihak berkuasa tempatan memberi kerjasama untuk mengenal pasti mereka yang menyalahgunakan lesen premis berkenaan.

Semasa mengulas kebanjiran rakyat Afrika di negara ini dan cadangan memperketat syarat kemasukan pelajar negara itu ke Malaysia, beliau berkata ada penuntut Afrika yang menyalahgunakan visa pelajar untuk melakukan aktiviti jenayah di negara ini.

“Mereka (mendaftar) masuk di pusat-pusat bahasa di negara ini, tetapi tidak belajar… mereka menjadikan tempat kediaman mereka sebagai makmal memproses dadah,” katanya pada sidang.................................

Sunday 27 December 2015

BERSIH...Yellow Festival - Bukti Mereka Tidak Hormat Undang Undang : Abu Zahar


Menurut polis, BERSIH tetap dengan sikap tidak bertanggungjawabnya iaitu tidak memohon sebarang permit untuk mengadakan festival “Yellow Mania” yang dirancang berlangsung pada 6 hingga 10 Januari depan.

Sehubungan itu sejauh mana kebenaran bahawa perjuangan BERSIH benar benar mahukan sistem pilihanraya yang telus boleh dipertikaikan, kerana ianya lebih dilihat menjadi alat kepada pembangkang untuk menanamkan kebencian melalui fitnah terhadap kerajaan.

Pemimpin pembangkang pasti akan hadir di festival itu kelak dan menyebarkan pelbagai bentuk fitnah dan pembohongan.

Festival tersebut juga, dijangka menjadi medan membangkitkan aktiviti berbentuk rasis sepertimana berlaku di Perhimpunan BERSIH 4.

Perbuatan BERSIH yang tidak suka menghormati undang undang turut terbukti baru-baru ini apabila mereka mengadakan aktiviti di Parlimen tanpa mendapat kebenaran, sekaligus menimbulkan kemarahan Speaker Dewan Negara Tan Seri Abu Zahar Ithnin.

Monday 21 December 2015

Sedar Setelah Tertipu Sekian Lama..Tahniah PAS.





PAS selama ini sebenarnya termakan pujukan serta rayuan DAP dalam mengharungi politik Malaysia. Selama berada dalam Pakatan Rakyat, PAS termakan budi DAP yang ternyata hanya mahu menjadikan mereka sebagai 'hamba adbi' dalam rancangan melumpuhkan sistem demokrasi yang di jalankan dalam Pilihanraya Umum.

Bukti yang sangat jelas apabila DAP menaja penubuhan serpihan PAS yang di terajui oleh Mat Sabu. Parti Amanah Negara (PAN) di lihat sebagai parti orang kecewa semasa dalam PAS. Mempercayai bahawa gabungan PKR<DAP<PAS akan menjadi alternatif terbaik buat rakyat dalam usaha merampas Putrajaya dari Barisan Nasional merupakan kesilapan terbesar di lakukan PAS.

Mereka menjadikan bahan bahan berita yang di sediakan oleh portal seperti MalaysiaKini, MalaysianInsider dan juga lain sebagai rujukan menjadi faktor yang membuat keyakinan PAS sangat tinggi tanpa menyedari di pergunakan.

Setelah satu pertemuan terbuka di atas satu pentas bersama oleh Presiden Umno Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Datuk Seri Hj Hadi Awang berlangsung, baru PAS sedar bahawa selama ni mereka tertipu dengan putar belit media yang melaga lagakan kepimpinan parti.

Tidak terlewat untuk PAS menyedari perkara ini dan menyeru ahli mereka agar berhenti dari melanggan atau mempercayai kandungan portal yang banyak menghasut mereka membanci kerajaan serta penyatuan yang di usahakan oleh kedua dua Presiden Parti.

Moga pertemuan Najib dan Hadi akan membawa satu detik kemenangan kepada penyatuan dua Parti Melayu terbesar dalam negara dan akan memberi manafaat kepada seluruh Umat Islam dalam Malaysia dalam menghadapai era globalisasi politik di masa depan.


Meningkatkan Perkhidmatan Internet-Antara Yang Di Beri Perhatian : Salleh Said Keruak






Saya telah memberitahu pegawai saya yang saya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Internet di Malaysia. Mengikut State Internet Report (SOTI) , rakyat Malaysia adalah antara penduduk yang paling aktif menggunakan internet di dunia ini.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh berbangga dengan jumlah penguna internet sekiranya jalinan tersebut tidak berkadar yang sepatutnya dengan keupayaan kuasa dan keluasan capaiannya.

Hari ini, bukan sahaja di dunia, malah di negara kita juga internet merupakan tulang belakang kepada ekonomi. Kebanyakan perniagaan dan komunikasi yang dilakukan di Internet. Di sesetengah negara lebih banyak jualan yang dilakukan dalam talian internet berbanding jualan menggunakan media cetak.

Perkhidmatan internet Malaysia perlu setanding dengan atau lebih baik daripada negara-negara lain dan ini adalah antara keutamaan saya.

Kerajaan menyasarkan sasaran sekurang-kurangnya 95% liputan Internet pada tahun 2020 dan kementerian di bawah saya telah diberi tanggungjawab untuk memastikan ianya............

Sunday 20 December 2015

Telefon Punca Gaduh




KUALA LUMPUR – Sekumpulan lelaki dipercayai pelanggan dan jurujual telefon bimbit bergaduh di tingkat bawah kompleks beli belah Kota Raya di sini, semalam.

Klip video pergaduhan itu, yang berdurasi dua minit dan 30 saat, telah dimuat naik dalam YouTube.

Video itu menunjukkan beberapa lelaki bergaduh dengan jurujual di sebuah kedai telefon bimbit, dan ada yang membalingkan kerusi ke dalam kedai berkenaan.

Klip itu turut menunjukkan seorang lelaki berkemeja biru, dipercayai jurujual, terbaring di lantai sambil menutup mukanya dengan tangan.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan pergaduhan itu berlaku pada 4.55 petang, Ahad.

“Kejadian itu masih dalam siasatan,” katanya.

Media dalam talian melaporkan berikutan kejadian itu, pihak pengurusan kompleks berkenaan menutup sementara premis itu hari ini.

Saturday 19 December 2015

Diulang Untuk Kekalkan Permusuhan- Siapa Musuh Umno Dan Pas?







Cubaan menimbulkan kembali sejarah perselisihan faham antara PAS dan Umno hanya akan menjejaskan agenda perpaduan ketika ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.


Sebaliknya, kata beliau, kedua-dua parti itu perlu mula memandang ke arah permuafakatan supaya ia dapat menjamin kepentingan umat Islam di negara ini.


“Kenapa perlu gali dan selongkar segala isu-isu lama, yang hakikatnya generasi sekarang tak pernah ada dalam zaman itu, bahkan majoriti pemimpin sekarang tak ada dalam ‘baggage’ itu, sejarah itu.


“Kalau kita nak cakap soal perpaduan, permuafakatan itu yang paling penting. Kedua-dua pihak harus berlaku jujur dan ikhlas dan tak perlu lagi membicara soal kelemahan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas menutup Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di ibunegara hari ini.


Beliau mengulas mengenai sikap sesetengah pihak yang seolah-olah tidak senang dengan agenda perpaduan antara dua parti politik itu, dan sengaja ...............


Baca Seterusnya Klik:http://www.bicara.news/category/politik/

Wednesday 9 December 2015

PAU2015: Puteri Pahang Tegas,Yakin Dan Teguh Menyokong Presiden.



Putra World Trade Centre
Kuala Lumpur
9 Disember 2015



Puteri Umno Pahang hari ini membentangkan usul pendidikan yang sangat penting demi survial kaum Melayu menuju kemajuan sejajar dengan pembangunan Negara. Sebelum membentangkan usul, Masliana Ahmad dengan tegas dan yakin menyampaikan pendirian  Puteri Pahang yang menyokong dan akan teguh bersama sama Presiden Umno Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Usul yang di bawa oleh Ketua Penerangan Puteri Pahang Masliana Ahmad membawa intipati yang mencakupi semua aspek yang perlu untuk di terjemahkan oleh Kementerian Pelajaran.Percaya dengan peredaran global, pendidikan akan menjadi satu platform kepada Anak Bangsa Melayu untuk kekal berdaya saing dengan kaum lain di Malaysia.

Antara intipati yang di gariskan oleh Puteri Umno Pahang ialah


  • Kementerian Pelajaran Malaysia mesti menjamin agar dasar tidak diubah-ubah
  • Memastikan Menteri Pendidikan  tidak mengubah dasar yang telah dibuat supaya menganggu proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid disekolah
  • Mengesa Kementerian Pelajaran supaya Memartabatkan Bahasa Malaysia & Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)
  • Memperkukuhkan Pengusaan Bahasa Malaysia Di Kalangan Semua Kaum
Dalam pada itu, Puteri Umno Pahang juga berharap kekeruhan yang terjadi di peringkat atasan tidak berpanjangan kerana sebagai keluarga besar, Umno telah matang dalam mengatasi konflik yang timbul.

Enggan mengulas tindakan Timbalan Presiden Umno yang menyerang Najib secara terbuka, Puteri Pahang menyerahkan kepada Majlis Tertinggi untuk membuat sebarang tindakan dan sebagai 'Anak Bongsu' Puteri Pahang akan akur.





Sunday 6 December 2015

Tunku Abdul Jalil Insan Merendah Diri - Najib






KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim sebagai seorang yang sentiasa merendah diri kerana sikapnya yang suka mendekati rakyat.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Saya berkongsi perasaan sedih warga Johor atas pemergian ini.

“Almarhum adalah seorang anak raja yang sangat merendah diri serta dekat dengan anak-anak muda,” kata Najib menerusi entri Facebooknya hari ini.

Beliau berkata pemergian Tunku Jalil pada usia muda juga amat dirasai bukan sahaja oleh rakyat Johor, malah rakyat di seluruh negara.

“Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah kita..........

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/semasa/

IPTA Tidak Di Benarkan Naikkan Yuran Pengajian - Kerajaan




KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini sekali lagi mengulangi janji kerajaan untuk tidak membenarkan universiti awam menaikkan yuran pengajian bagi pelajar prasiswazah.

Timbalan perdana menteri berkata jaminan itu dibuat demi kebajikan pelajar universiti awam meskipun peruntukan kepada sektor pendidikan tinggi berkurangan dalam Bajet 2016.

“Pengurangan peruntukan kira-kira RM2.4 bilion (berbanding tahun sebelumnya) untuk Kementerian Pendidikan itu tidak sepatutnya dijadikan alasan oleh universiti untuk menaikkan yuran pengajian.

“Saya yakin faktor ini tidak akan menjadi penghalang kepada kemajuan dan pembangunan di universiti, malah pengurangan bajet kali ini mempunyai hikmah yang tersembunyi apabila berpotensi menonjolkan sifat berdaya tahan sesebuah universiti awam dalam mengharungi cabaran ekonomi semasa,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional (Pemanas) di sini hari ini. Teks ucapan timbalan perdana menteri............

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/semasa/


Saturday 5 December 2015

"Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia" - Sudah Lapuk?



MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA
Titik penyatuan semula Melayu

TAKKAN Melayu hilang di dunia. Adakah ia sekadar kata-kata yang diperturunkan oleh penglipur-penglipur lara di zaman silam atau adakah ia suatu amaran keras dari seorang panglima Melayu yang terbilang di zaman silam kepada kita hari ini?

Yang kita nampak hari ini, terdapat orang-orang yang mengacah akan kesahihan kata-kata tersebut.

Sebenarnya jika kita merenung sejenak, bersikap berkecuali dan logik sebentar, walau seminit sahaja pun, semua orang Melayu (tidak kira perbezaan ideologi politik) pasti mengangguk setuju yang sejarah telah membuktikan bahawa UMNO telah berjasa dan berjaya bertindak sebagai tiang penyokong kepada bangsa Melayu.

Tanya sesiapa sahaja, sama ada beliau ketua kerajaan berbangsa Melayu, ketua pembangkang Melayu atau sesiapa sahaja, jika diberi peluang di antara zaman peralihan Malayan Union yang serba kekurangan dulu dengan zaman moden serba mewah sekarang ini, sudah tentu semua bangsa Melayu akan memilih zaman peralihan Malayan Union dahulu.

Bagi saya Malayan Union adalah titik tolak yang telah berjaya mendaulatkan setiap jiwa bergelar Melayu di bumi Malaysia ini, yang berjaya meletakkan perasaan survival Melayu di dalam setiap hati dan jiwa raga mereka bersama pegangan agama Islam, bersatu hati melawan anasir-anasir yang boleh meruntuhkan bangsa sendiri.

Apa yang orang Melayu dapat?

Orang Melayu telah berjaya menghadiahkan diri sendiri dengan negara yang berdaulat, merdeka dan menjadi pemerintah di bumi sendiri.

Semua ini bertitik tolak daripada satu kesimpulan yang begitu asas, bermula dari ikatan kemelayuan yang tidak pernah lerai. Semakin kuat rintangan yang dihadapi, semakin kuat pula ikatan persaudaraan orang-orang Melayu.

Pada masa itu orang Melayu begitu sensitif, jika hak dan saudara-saudara Melayu sendiri diperkecilkan atau dipermainkan, bangsa Melayu akan bersuara lantang bersatu mempertahankan diri mereka dan raja-raja Melayu ketika itu.

Hingga Melayu sanggup menggadaikan nyawa demi menjaga kedaulatan bangsa sendiri.

Melayu dahulu berjaya, bukan dengan senjata-senjata pemusnah, tetapi kerana sikap kemelayuan dengan erti kata yang sebenarnya, ketajaman lidah dan kebijaksanaan orang Melayu itu sendiri.

Bangsa Melayu ketika itu sangat berkuasa kerana mereka tahu segala perkara yang timbul untuk kepentingan mereka akan mendapat sokongan padu daripada setiap orang Melayu.

Melayu bijaksana, cerdik dan semua yang sinonim dengan istilah itu.

Sekarang pula telah menghadirkan pelbagai orang-orang Melayu sama ada ideologis-ideologis, pemimpin-pemimpin negeri pantai barat mahupun pantai timur, ahli-ahli profesional, korporat, jutawan, petani- petani moden dan sebagainya.

Dengan adanya orang-orang Melayu yang berjaya, berjawatan tinggi dan berpelajaran tinggi, adakah orang-orang Melayu sekarang boleh melabelkan bahawa mereka di zaman ini lebih berkuasa, bijaksana, cendekiawan berbanding dengan zaman yang lampau?

Bagi saya kemewahan dan tinggi rendah pelajaran bukan satu-satunya pengukur sesuatu kaum tersebut.

Ia terletak kepada kesatuan kaum......


Tunku Laksamana Johor Mangkat, Johor Berkabung.


Johor Bahru 
5 Disember 2015 

 Tunku Laksamana Johor, Tunkku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim Ismail telah mangkat hari ini kerana komplikasi kanser hati. Almarhum di puterakan pada tahun 5 Julai 1990 di sahkan mangkat pada jam 7.11 minit petang 5 Disember 2015 di Hospital Sultanah Aminah Johor Baharu.

Putera ke 4 dalam salasilah Keluarga Di Raja Sultan Ibrahim Ismail telah menjalani rawatan untuk mengawal serta melawan kanser di China.


Merafak Sembah Takziah Kepada Keluarga Di Raja Johor atas kemangkatan Al Marhum Tunku Jalil.
Kerajaan Negeri Johor juga telah mengarahkan  tempoh berkabung di Negeri Johor selama 7 hari.

Al Fatihah.

Friday 4 December 2015

Najib Tidak Bunuh Parti - Salleh Keruak



Sekurang-kurangnya Najib Tidak Membunuh Parti

Salleh Said Keruak:

Tun Musa Hitam menyatakan pada lewat 1980-an, Tun Dr Mahathir
Mohamad tidak pernah menghalang atau menutup mulut beliau dan membenarkan beliau untuk bercakap, walaupun pada Perhimpunan Agung Umno.

Ternyata Musa cuba mencipta persepsi kononnya Dr Mahathir adalah lebih demokratik kepimpinannya berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakikatnya ia adalah pandangan yang menyalahtafsir peristiwa. Sebenarnya bukan Tun Dr Mahathir tidak mahu menutup mulut Tun Musa tetapi ia adalah menjadi kebimbangan besar Dr Mahathir untuk mendiamkan beliau kerana pada ketika itu Tun Musa dan Pasukannya B mendapat sokongan 50% daripada Umno dan jika dilihat Tun Dr Mahathir cuba untuk menutup mulut beliau ini, tentunya tindakan itu akan memakan diri sendiri dan ahli akan memberikan lebih banyak sokongan kepada Tun Musa dan secara langsung akan membantunya mendapatkan lebih banyak sokongan.

Akhirnya Tun Dr Mahathir berdiam diri dan membiarkan Tun Musa untuk terus tidak diganggu. Faktanya, dia melakukan ini dengan membentuk Umno Baru tanpa MEMBENARKAN Tun Musa DAN ramai dalam kalangan penyokong Team B, termasuk Tengku Razaleigh Hamzah, untuk menyertai parti baru.

Jadi, sejak Tun Dr Mahathir tidak dapat menutup mulut pengkritik dalam Umno, beliau membunuh parti dan segera membentuk Umno yang baru dan meninggalkan semua pengkritiknya di luar parti di mana mereka akhirnya terpaksa membentuk parti mereka sendiri, Semangat 46. Tun Musa dan penyokong Team B kemudian mendakwa Pendaftar Pertubuhan.....

Thursday 3 December 2015

Nurul Basah Sebelum Malam J........

Parlimen Malaysia hari ini telah meluluskan usul secara undi blok untuk merujuk ‘Pelakon Wanita Terbaik’ yang juga merupakan Ahli Parlimen PKR bagi Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berhubung pertemuannya dengan Jacel Kiram III, anak perempuan Ketua Pengganas Jamalul

Kiram III yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu dan melancarkan serangan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Lakonan sebak bercampur air mata bagai sandiwara sengaja dilakonkan oleh beliau ketika di Dewan Rakyat sekadar untuk meraih simpati rakyat sedangkan beliau masih enggan mengakui pertemuan itu sebenarnya adalah satu pertemuan yang dirancang awal tanpa memikirkan sensitiviti rakyat Malaysia khususnya keluarga mangsa pembunuhan kejam Militia Sulu Kiram III. Bagi Nurul Izzah, rakyat Malaysia mudah dibohongi dengan hujah mantap untuk menafikan dakwaan ia adalah pertemuan yang mempunyai maksud tersirat dan hubungan yang terjalin itu adalah hubungan sekian lama.
Nurul Izzah terus meraih simpati rakyat dengan menyatakan beliau menangis untuk rakyat Malaysia sedangkan beliau hanya menangis dalam sandiwara semata-mata untuk mengaburi mata umum, pertemuan yang diadakan itu adalah perancangan pembangkang seperti mana yang diulas awal oleh Tian Chu......

Wednesday 2 December 2015

Eric Choo Pemuda Harapan MCA Pahang.

                       
  Belia Malaysia Anak Pertiwi
  Hayati Perbezaan Nikmati Persamaan
  Berganding Bahu  Negara Sama Kita Pertahankan
  Aman Damai Sejahtera Kemakmuran Sama kita Impikan

Bait bait ini di ucapkan oleh seorang Ketua Pemuda MCA Maran Saudara Eric Choo, dalam Program Jejak Bahasa Semarak Budaya sempena Bulan Cinta Bahasa anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka pada November lepas.

Kebolehan Eric menguasai Bahasa Melayu sememangnya di alu alukan dalam menyahut seruan untuk melestarikan Bahasa Melayu di kalangan kaum bukan Melayu. Apatah lagi kedudukan Eric sebagai Setiausaha Organisasi Pemuda MCA Pahang,Penolong Pemuda MCA Kebangsaan serta Naib Pengerusi MCA Bahagian Maran.Kebolehan mengusai Bahasa Kebangsaan sudah tentu menjadi satu kelebihan buat beliau dalam bergaul dengan semua lapisan masyarakat bukan sahaja dalam Pahang tapi seluruh Negara.

Dalam Program yang di adakan di Kompleks Belia Dan Sukan Kuala Lumpur itu,  Eric telah berjaya menyampaikan ucapan dengan begitu baik dengan lengok bahasa Melayu dengan gaya tersendiri.

  Belia Bangsa Anak Pertiwi
  Bersama Selangkah Bernafas Besaudara
  Bumi Sama Di Pijak Wawasan Sama Kita Pikulkan
  Yakin Hormat Jujur Nilai Murni Sama Kita Maktubkan.


  Belia Malaysia Anak Pertiwi
  Berat Sama Di Pikul Ringan Sama Di Jinjing
  Puisi Sama Di Junjung Cabaran Sama Kita Hadapi
  Sehati Sejiwa Sepasukan Satu Bnagsa Sama Kita Martabatkan

Dalam menuju Slogan 1Malaysia, Eric berjaya membuktikan bahawa beliau selaku wakil parti komponen dalam Barisan Nasional menyahut seruan Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam memperkasakan budaya Malaysia di dalam jiwa Pemuda MCA Pahang.

Perjalanan beliau dalam politik mungkin jauh lagi tapi tidak mustahil untuk muncul sebagai seorang wakil MCA yang di terima semua lapisan masyarakat di Malaysia.

Syabas Eric Choo.

Tuesday 1 December 2015

Boikot McD Tapi Guna Produk Yahudi?



Jika kita melihat sebaran di internet terutama di media sosial ketika ini, masih ada lagi saki baki mereka-mereka yang masih menyeru atau mengajak orang ramai untuk memboikot dan memprotes produk Israel terutamanya restoran makanan segera Mc Donald.

Setiap kali berlakunya konflik di Timur Tengah maka Mc Donald akan menjadi sasaran, Mengapa Mc Donald? kenapa hanya tertumpu kepada sesetengah produk semata? Kempen boikot Mc Donald konon menyokong Israel tapi masih singgah makan dan minum di restoran ‘ala barat’ yang lain pula.

Adakala mereka tahu bahawa restoran ‘ala barat’ ini lagi lebih menyokong Israel dari restoran Mc Donald yang telah beroperasi sekian lama dan telah membantu menjana ekonomi rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan agama ini.

Mereka yang masih berkempen untuk memboikot Mc Donald hanya bertindak berdasarkan sentimen anti Israel tetapi tidak sedar yang mana satu dan apa sebenarnya yang di katakan produk Israel itu sendiri. Contohnya melafaskan benci sangat-sangat dengan Bangsa yahudi ini tetapi didalam masa yang sama menggunakan media sosial ciptaan yahudi sendiri saperti facebook dan aplikasi Whatapps.

Baca Seteusnya Klik : http://www.bicara.news/

Muhyiddin Yassin Panaskan Situasi Menjelang Perhimpunan Agung Umno?

Muhyiddin Yassin dijangka menyertai penyokong sembilan pemimpin cawangan yang dihadapkan ke lembaga disiplin parti petang ini.

Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman yang dipecat minggu lalu dikatakan sedang menghimpunkan ahli-ahli parti untuk berkumpul di ibu pejabat Umno di PWTC untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap presiden Datuk Seri Najib Razak.

"Jom kita berkumpul hari ini pada 12.30 tengah hari untuk mempertahankan nasib sembilan pemimpin cawangan yang akan di bawa ke lembaga disiplin.

"Jangan hanya ulas di WhatsApp dan Facebook. Mari kita bersama-sama dengan wira yang sanggup korbankan jawatan mereka dan keahlian (parti) agar yang lain berani bersama," kata mesej Whatsapp yang diedarkan.

Satu lagi mesej Whatsapp yang disebarkan adalah bahawa Muhyiddin juga akan menghadiri perhimpunan itu.

Sembilan mereka itu adalah antara 13 pemimpin cawangan Telok Kemang Umno yang menggesa peletakan jawatan Najib pada bulan Oktober lalu.

Proton - Salah Mahathir Atau Najib?



Sebagai rujukan, pada 2015 harga sebuah kereta Nasional ( Proton) telah melambung hingga Rm44,000 berbanding Rm 18,500 semasa mula di keluarkan pada tahun 1985. Perbezaan ketara sebanyak Rm25,500 ini terjadi bukan kerana permintaan yang tinggi dari pembeli, sebaliknya kerana harga bahan mentah yang melambung selaras kenaikan harga dunia. Ini antara sebab mengapa jualan Proton merudum dan bukan berkaitan kenaikan cukai kerajaan seperti di dakwa oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir.

Persaingan dari rekabentuk dan spesifikasi yang terbaik dari kenderaan lain menjadi masalah utama Proton. Model pertama Proton – Proton Saga di reka berlandaskan platform Mitsubishi Lancer dari Mitsubishi Motors. Tiada rekaan asli dari Proton yang di keluarkan melainkan meniru konsep kenderaan luar yang mampu di banggakan oleh mantan PM, malah casis serta enjin juga adalah dari syarikat ternama dari luar. Hanya Satria Neo merupakan rekaan asli Proton untuk menggantikan versi asal Proton Wira.

Bagaimana bekas PM itu mengaitkan kelemahan jualan Proton dengan Najib dan mengatakan kerajaan tidak membantu Syarikat Otomobil itu, sedangkan Proton sendiri tidak berdaya saing setelah 30 tahun penubuhannya yang di aspirasikan oleh Mahathir sendiri. Malah cubaan Proton dan Mahathir berkerjasama dengan pengeluar otomobil ternama dari Eropah juga tidak mendatangkan hasil kerana tidak mencapai kritieria yang di tetapkan

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/

Adakah Kedudukan Dalam Perhimpunan Agung Umno Berubah? Siapa Panas...

Tiada perubahan kedudukan kerusi Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015, yang bermula 8 Dis ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata seperti kelaziman perhimpunan agung parti sebelum ini, kedudukan kerusi Timbalan Presiden adalah bersebelahan kerusi Presiden.

“Timbalan presiden mesti didudukkan di sebelah kanan presiden. Naib presiden satu mesti didudukkan di sebelah kanan timbalan presiden begitu juga naib-naib presiden lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia ketika mengulas mengenai kedudukan susun atur kerusi kepimpinan UMNO berikutan situasi semasa selepas menghadiri majlis penutupan Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata kedudukan itu mestilah dihormati oleh semua pihak kerana ia merupakan hieraki dalam parti.

Beliau juga menegaskan UMNO sebuah parti dinamik yang mendengar pandangan pelbagai tokoh atau mereka yang pernah menjadi tokoh di dalam UMNO.

Baca Seterusnya Klik :http://www.bicara.news/

Mahathir Meyerang Najib - Fitnah Menjelang Persidangan Agung Umno



Banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blog terbarunya dikitar semula, tidak tepat dan separuh benar yang disensasikan demi mempengaruhi sentimen dan emosi ahli UMNO untuk menentang kepimpinan Perdana Menteri.

Sangat menyedihkan bilamana Tun sanggup menabur fitnah demi menyingkirkan Perdana Menteri dan menubuhkan Council of Elders yang akan mengawal Perdana Menteri boneka beliau.

1. “Satu Malaysia sama dengan Malaysian Malaysia”
a. Ini merupakan tohmahan kitar semula.
b. Gagasan 1Malaysia merupakan suatu usaha untuk mewujudkan perpaduan. Perbezaan paling utama dengan konsep “Malaysian Malaysia” ialah 1Malaysia jelas menerima Perlembagaan Malaysia secara keseluruhannya, terutama semua peruntukan yang terkandung dalam Perkara 153.
c. “Malaysian Malaysia” pada mulanya adalah suatu konsep yang bercanggah dengan Perkara 153 dan kemudiannya bersifat amat kabur. Kalaulah 1Malaysia benar-benar sama dengan “Malaysian Malaysia,” tentu sekali tidak akan ada Majlis Pemerkasaan Bumiputera, TERAJU dan lain-lain lagi. Kalaulah 1Malaysia benar-benar sama dengan Malaysian Malaysia, tentulah tidak akan ada Model Baharu Ekonomi (MBE), satu rangka kerja untuk meningkatkan sifat eksklusif dalam ekonomi dan pada masa sama, memperkasakan masyarakat Bumiputera agar mereka menjadi lebih berdaya saing.
d. Mengatakan bahawa Gagasan 1Malaysia adalah sama dengan “Malaysian Malaysia” merupakan suatu putar belit, dengan niat yang tidak lain dan tidak bukan iaitu untuk mengelirukan orang Melayu.

2. “Penjajah dahulu dilantik sebagai penasihat”
a. Dalam era globalisasi ini, kebanyakan negara di dunia telah mengambil ramai perunding asing yang memberi nasihat kepada Kerajaan dan sektor swasta. Peranan mereka ini tidak lebih daripada memberi pandangan bukannya menjadi penguasa. Hakikatnya Negara ini masih ditadbir oleh orang tempatan, Melayu, Cina, India, Bumiputera Sarawak dan Sabah. Bukan orang luar. Kuasa tetap di tangan kita dan bukannya di tangan orang luar seperti zaman penjajah.
b. PM mempunyai ramai penasihat di kalangan anggota kabinet, Majlis Tertinggi UMNO, pegawai tertinggi kerajaan, NGO, termasuklah rakyat Malaysia yang beliau sering lawati. Apalah sangat sumbangan “perunding luar” ini berbanding orang-orang tempatan yang begitu ramai yang sentiasa menasihati pentadbiran hari ini? Mengapa Tun menggunakan perumpamaan “penjajah” yang langsung tidak sama dengan keadaan sebenar? Beliau hanya ingin memburukkan PM dan menimbulkan kerisauan tentang kedaulatan negara dengan tak semena-mena.

3. “Penubuhan PEMANDU untuk menggantikan Unit Perancang Ekonomi”
a. PM telah pun menjawab tohmahan yang dikitar semula ini.
b. PM menubuhkan PEMANDU sebagai badan untuk menyelia program transformasi, yang bukan sahaja meliputi aspek ekonomi di bawah Program Transformasi

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/

MUHYIDDIN PERCAYA PORTAL PEMBANGKANG.



Dalam etika perperangan, seorang Jeneral tidak sepatutnya mengeluarkan kenyatan yang bakal melemahkan angkatan yang di pimpinnya. Namun begitu, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang di gugurkan dalam rombakan kabinet memilih untuk melemahkan Umno walau mengaku dirinya sebagai ‘Totok Umno’.


Dalam ceramah anjuran Umno Pagoh pada 29 November 2015, Muhyiddin memberitahu bahawa Barisan Nasional kehilangan hampir 70% sokongan kerana Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak enggan mendengar ‘nasihat’nya. Juga mendakwa 78% rakyat tidak berpuas hati dengan ekonomi sekarang, Ahli Parlimen Pagoh sebenarnya menyerang Presiden Umno secara tidak langsung. Beliau mendakwa mendapat angka angka tersebut dari Merdeka Center yang pro kepada parti pembangkang.


Dengan serangan beliau dalam isu 1MDB dan 2.6 billion, Muhyiddin mendakwa ia menjadi antara faktor penolakan terhadap kerajaan dalam kaji selidik oleh Merdeka Center yang beliau jadikan rujukan. Mantan Timbalan Presiden itu pernah di tempelak oleh seorang anggota kabinet apabila mendakwa beliau tidak mendapat penjelasan dan kertas rujukan semasa berada dalam kabinet berkenaan isu yang di bangkitkan oleh pembangkang.


Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/