Thursday 3 December 2015

Nurul Basah Sebelum Malam J........

Parlimen Malaysia hari ini telah meluluskan usul secara undi blok untuk merujuk ‘Pelakon Wanita Terbaik’ yang juga merupakan Ahli Parlimen PKR bagi Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berhubung pertemuannya dengan Jacel Kiram III, anak perempuan Ketua Pengganas Jamalul

Kiram III yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu dan melancarkan serangan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Lakonan sebak bercampur air mata bagai sandiwara sengaja dilakonkan oleh beliau ketika di Dewan Rakyat sekadar untuk meraih simpati rakyat sedangkan beliau masih enggan mengakui pertemuan itu sebenarnya adalah satu pertemuan yang dirancang awal tanpa memikirkan sensitiviti rakyat Malaysia khususnya keluarga mangsa pembunuhan kejam Militia Sulu Kiram III. Bagi Nurul Izzah, rakyat Malaysia mudah dibohongi dengan hujah mantap untuk menafikan dakwaan ia adalah pertemuan yang mempunyai maksud tersirat dan hubungan yang terjalin itu adalah hubungan sekian lama.
Nurul Izzah terus meraih simpati rakyat dengan menyatakan beliau menangis untuk rakyat Malaysia sedangkan beliau hanya menangis dalam sandiwara semata-mata untuk mengaburi mata umum, pertemuan yang diadakan itu adalah perancangan pembangkang seperti mana yang diulas awal oleh Tian Chu......

No comments:

Post a Comment