Saturday 23 January 2016

Pembangkang Pahang Mahu Sokong Najib


Wakil Pembangkang Tukar Pendirian.



Pergolakan politik dalaman dalam parti pembangkang telah menjejaskan keyakinan wakil mereka di dalam Pahang. Semalam merupakan kemuncak keresahan 'retak menanti belah'. Himpunan demo haram menentang TPPA di Kuala Lumpur semalam semakin jelas menampakkan hubungan dalam Pakatan Harapan sudah goyah.

Dengan kehadiran hanya seramai 3000 peserta, demo haram semalam di angap gagal mencapai matlamat. Pemimpin utama dalam PH juga tidak hadir menyebabkan peserta merasa kecewa dengan mereka. PAS yang memonopoli keseluruhan acara semalam tidak berada dalam Pakatan Harapan yang baru di bentuk. Tiada muka muka yang selalu mengepalai demo haram semakin membuat peserta resah dan tertanya mengapa perkara ini terjadi.

PAN yang hanya di wakili Presidennya Mat Sabu pula bergegas pulang apabila mendapati kehadiran peserta demo haram mengecewakan. DAP pula sekadar melepas batuk di tangga hanya melihat peserta yang rata rata adalah kaum Melayu. PKR pula menghantar Tian Chua dan sambutan dari peserta kepada beliau jelas menunjukkan PKR di tolak oleh pendemo haram.

PAS yang menggunakan pelajar sekolah menyertai demo haram perlu di pandang serius kerana membabitkan keselamatan pelajar di bawah umur. Turut kelihatan anak kecil yang tidak terbabit dengan politik turut di bawa berpanas oleh ibu bapa mereka.

Pembangkang di Pahang meneliti situasi ini dengan baik dan mula menimbangkan untuk beralih sokongan. Kejayaan Dato Sri Najib melakukan perubahan untuk rakyat menjadi antara pemangkin utama mereka berfikir untuk memberikan sokongan kepada Barisan Nasional.

Menurut sumber, wakil pembangkang masih menanti masa yang sesuai untuk bertemu dengan PM dan meluahkan hasrat tersebut. Ini akan menjadikan Pahang salah satu negeri yang mempunyai sokongan penuh terhadap BN.

Sumber juga menyatakan, wakil pembangkang kini telah mula merasakan bahang kontroversi parti mereka dan mereka enggan terlibat kerana telah lama diketepikan oleh parti masing masing. Kegusaran ini jelas sekali memaksa mereka beralih arah dan menyatakan sokongan terbuka kepada Najib.

Sejauh mana maklumat dari sumber berkenaan akan di ketahui dalam masa terdekat.

ADUN Tidak Bantu OKU..Mengadu Nasib Hingga Ke Perak.


Di Mana Adun Dan Pusat Zakat Hingga OKU Pahang Mengadu Kepada Kenalan Di Perak?


Golongan Orang Berkelainan Upaya (OKU) di beri perhatian khas oleh kerajaan. Keprihatinan kerjaan kepada golongan ini sentiasa diutamakan di mana bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi mereka. Pejabat Agama Negeri juga tidak ketinggalan mengeluarkan bantuan kepada golongan beragama Islam di mana OKU ditakrifkan sebagai golongan Asnaf.

Namun tidak semua golongan ini melalui pengalaman 'manis' menerima bantuan dari Pusat Zakat Negeri. Rintihan seorang ibu tunggal di Pahang mendapat perhatian di mana beliau telah mengadu situasinya kepada seorang kenalan di dalam media maya.

Puan Rosliza Binti Ramliberalamat 27,Jalan Saga Indah 1/6 Taman Saga, Mentakab menyampaikan luahan beliau mengenai kesukarannya mendapat bantuan dari pihak yang berkenaan. Beliau meluahkan pengalamannya berurusan dengan ADUN serta Pusat Zakat namun mendukacitakan.

Pihak yang sepatutnya membantu beliau pula seperti menutup mata permasalaahan ini. Pn Rosliza yang sudah buntu mencari sumber kewangan terpaksa menebalkan muka dan mengadu kepada kenalannya di Perak.

Kemana hilang semua ADUN yang perlu bertanggungjawap menjaga kebajikan pengundinya? Apakah mereka hanya diperlukan bila mahukan undi dan akan di pandang sepi setelah usai Pilihanraya. Pusat Zakat pula seolah mengamalkan 'Double standard' dalam membari bantuan kepada golongan ini.

Menurut Pn Rosliza beliau merupakan balu kepada anggota tentera dan kini tidak bekerja. Pihak berwajib perlu menyiasat perkara ini sebelum ianya menjadi isu diskriminasi terhadap golongan OKU. Pihak Zakat Negeri Pahang juga perlu untuk meneliti bantuan yang boleh disalurkan kepada golongan Ibu Tunggal yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyara diri dan keluarga.



Thursday 21 January 2016

3 Wakil Pembangkang Nekad Sokong Najib?


Makin Hampir Jadi Kenyataan, Tiada Pembangkang Mampu Tembusi Pahang.



Tidak dapat dipastikan samada 3 wakil pembangkang dalam Pahang akan mengisytiharkan hilang keyakinan mereka terhadap parti masing masing. Menurut sumber, mereka terdiri dari 3 Ahli Parlimen yang semakin dipinggirkan oleh parti kerana tidak lagi mampu menggalas tugas yang diberikan.

Sumber juga memberitahu, mereka sebenarnya mahu menyatakan sokongan terbuka kepada Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak namun hingga kini masih menantikan masa yang sesuai. Penantian ini di jangka berbaloi buat mereka kerana karier politik mereka di dokong sokongan rakyat setempat dengan kemenangan besar semasa Pru13.

Melihat prestasi yang ditunjukkan oleh wakil pembangkang ini mereka masih meletakkan harapan untuk menguasai semula kerusi yang di tandingi. Namun demikian percaturan besar perlu di ambil dan memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional. Dengan kehadiran Parti Amanah Negara (PAN) kedudukan 3 wakil ini pasti tergugat. Walau salah seorang dari 3 wakil ini adalah dari DAP, tiada kata putus diberikan oleh pimpinan parti mereka bahawa tiada pertarungan sesama mereka.

Malah wakil tersebut yang pernah menjadi Adun Barisan Nasional mula resah bila mendapati DAP tidak memenuhi janji dan tidak membantu beliau memenangi hati pengundi. kemenangan beliau pada Pru lepas hanyalah bersandarkan populariti semasa menjadi Adun Umno dan bukannya prestasi semasa beliau menjadi ahli DAP.

Seorang lagi wakil pembangkang juga sebenarnya banyak terhutang budi kepada Umno yang memberi peluang kepadanya untuk bergiat aktif. Menyertai parti lawan dan memenangi kerusi Parlimen yang di tandingi juga berdasarkan rekod semasa berkhidmat dalam Umno Pahang. Tersisih dari arus perdana parti yang di wakilinya, kini beliau tidak lagi mempunyai aura memikat pengundi dan hanya berharap kontroversi menyebelahinya.

Transformasi yang dibawakan oleh Najib banyak mempengaruhi perubahan sokongan dari 3 wakil pembangkang ini. Prestasi cemerlang yang ditunjukkan BN dan Umno banyak memberi impak kepada pengundi di tempat mereka. Ini enambahkan lagi keyakinan mereka untuk kembali menyokong Najib dan meninggalkan parti.

Parlimen Pekan yang di wakili Najib pula di lihat sebagai 'role model' kepada 3 individu terbabit untuk menerapkan perkara sama di tempat masing masing. Kemajuan dan penambahbaikkan infrastruktur yang dilakukan Najib juga memikat mereka dan ini pastinya menjadi alasan kukuh untuk memberi sokongan terbuka kepada Perdana Menteri.

Menurut sumber juga 3 individu ini tidak akan menyertai BN tetapi akan keluar parti dan kekal menjadi wakil bebas dan menyokong BN. Kekecewaan terhadap kepimpinan parti turut memainkan peranan dalam perubahan sokongan mereka. Setelah berhempas pulas mereka kini hanyadiperlukan ketika Pru dan akan disisihkan selepas parti memenangi kerusi tersebut. Tiada peruntukan khusus yang diberikan oleh parti untuk mereka melakukan aktiviti di Parlimen masing masing. Ini sangat meninggalkan kesan buat mereka yang berjuang untuk parti namun akhirnya terbiar.

Mampukah Barisan Nasional Pahang menjadi satu satunya negeri yang menyapu bersih semua kerusi Parlimen dalam Pru14 dengan sokongan 3 wakil ini. Hanya masa yang akan menentukan dan mereka pastinya menimbangkan perkara yang akan menjamin kedudukan sebagai Ahli Parlimen bebas dan menyokong BN.

Tiada lagi kehadiran pembangkang dalam Pahang dan ini bakal jadi igauan buat mana mana parti pembangkang yang sedang berura ura mahu menawan Pahang Darul Makmur.




Wednesday 20 January 2016

Fuziah Salleh Ganti Adnan Yaakob?



Satu sumber telah menyatakan Fuziah Salleh berminat menggantikan Adnan Yaakob selaku Menteri Besar Pahang.

Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang dikatakan bakal keluar dari PKR dan menyokong Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini mencari publisiti murahan. Tindakan ini di percayai untuk menutup isu lompat parti yang bakal dilakukannya bersama 2 lagi wakil pembangkang dalam Pahang.

Menurut sumber, Fuziah kini menanti masa yang sesuai untuk mengumumkan hasratnya. Beliau yang telah memuatnaik status memerli Menteri Besar Pahang, Dato Sri Adnan Yaakob, menggunakan isu pertukaran MB Kedah yang sedang hangat di arus media perdana.

Fuziah yang meminta Najib menukarkan Adnan juga dikatakan berminat untuk mengisi kekosongan tersebut. Beliau sanggup untuk bertanding dalam DUN untuk memenuhi hasrat menjadi MB Wanita Pertama dalam Pahang.

MP Kuantan yang di landa kontroversi bauksit turut berhasrat membawa penyokongnya kembali menyokong pimpinan Najib jika berpeluang menggantikan Adnan. Ini antara tindakan beliau untuk menutup isu bauksit yang dikaitkan dengan beliau di mana dikatakan Fuziah turut terlibat secara tidak langsung di dalam industri tersebut.

PKR yang kini semakin lemah sejak ketiadaan Anwar dan pelbagai kontroversi yang melanda kepimpinan tertinggi parti pula tidak lagi menjadi sandaran Fuziah untuk bergiat dalam politik Pahang.

Demi menyelamatkan kedudukannya, Fuziah sanggup melupakan sengketa beliau dengan Barisan Nasional dan Umno. Ini akan turut diikuti oleh 2 lagi wakil pembangkang yang telah hilang kepercayaan terhadap parti masing masing.

Fuziah yang dikatakan berminat bertanding atas tiket BN akan mencari DUN yang dirasakan boleh memberi kejayaan kepada beliau sekaligus memungkinkan beliau mengambil tampuk kuasa dari Adnan Yaakob. Sumber juga menyatakan Pada bila bila masa 3 wakil pembangkang ini akan bertindak dan menyokong BN.


Monday 18 January 2016

3 Wakil Pakatan Pahang Lompat Parti?


Bakal Berlaku Kerana Pesona Najib.


Tiga wakil pembangkang dalam Pahang dilaporkan berminat untuk memberi sokongan terbuka kepada Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak setelah yakin dengan komitmen Perdana Menteri membela nasib rakyat . Walau bagaimanapun sokongan tersebut hanya akan ditunjukkan semasa tarikh PRU14 diumumkan.

Langkah memberi sokongan terbuka buat BN ini di ambil kerana mereka telah hilang keyakinan kepada pucuk pimpianan parti yang mereka wakili. Menurut sumber, faktor yang membuat 3 wakil pembangkang mengambil keputusan itu adalah kerana isu dalaman.

Menyedari tidak lagi di hargai oleh pucuk pimpinan, peralihan sokongan adalah langkah drastik yang akan di ambil untuk memastikan kesinambungan politik mereka. Isu tempatan dalam Pahang pula telah banyak diselesaikan dengan baik oleh Kerajaan Negeri yang komited berkhidmat kepada rakyat.

Antara yang di sebut oleh sumber Fuziah Salleh (Kuantan) antara yang akan beralih arah politik. Selepas isu Lynas yang dimulakannya, beliau mendapati banyak kebaikan yang ada dalam projek Lynas untuk penduduk Kuantan sendiri. Malahan Lynas sendiri banyak memberi peluang pekerjaan kepada rakyat setempat.

Sumber juga menyatakan Ahli Parlimen Indera Mahkota akan turut memberi sokongan terbuka selepas melihat bantuan tanpa mengira latar belakang politik oleh Umno Kuantan dan Umno Pahang mencurah buat penduduk setempat. Dato Fauzi yang juga bekas ahli Umno dahulu melihat perkembangan ini sangat menarik kerana PKR Pusat tidak pernah prihatin dengan kawasan yang diwakilinya.

Raub yang terlepas ke tangan DAP juga akan memberi tamparan hebat apabila wakilnya Dato Ariff Sabri dikatakan akan turut melakukan perkara sama. Sumber juga menyatakan Ariff sebenarnya termakan hasutan DAP yang ingin memecahkan undi Melayu yang selama ini menyokong Umno dan Najib. Parti DAP pula tidak memperdulikan pembangunan Raub selepas memenangi kerusi tersebut.

Malah mantan Adun Pulau Manis itu turut kecewa dengan DAP kerana berlaku tidak adil kepada Bumiputera dalam CEC DAP. Hanya seorang wakil Melayu yang berada dalam barisan tertinggi DAP dan ini bertentangan dengan janji DAP kepada Ariff.

Kekecewaan ini akan di tebus oleh Ariff apabila beliau melihat kejayaan Najib dalam melaksanakan transformasi pentadbiran dan sedang memacu Malaysia ke arah lebih baik. Hubungan baik beliau dengan kebanyakan wakil Umno Pahang juga menjadi faktor untuk berbuat demikian.

Jelas sumber lagi, perkara tersebut dalam perancangan teliti kerana tidak mahu di kecam pemimpin parti mereka. Apa yang dilakukan kini umpama 'menarik rambut dalam tepung'.

Kini wakil pembangkang telah sedar akan hala tuju sebenar Najib untuk rakyat dan pastinya mereka akan memberi sokongan untuk memastikan Pahang terus Makmur. Kejayaan Najib dalam membuka mata ramai pihak yang menetangnya satu ketika dahulu turut menarik minat wakil pembangkang.

Selaras dengan itu satu deklarasi dari mereka untuk menyatakan sokongan terbuka kepada Najib akan dilakukan. Dikatakan mereka akan turut mengisytiharkan menjadi wakil bebas dan menyokong BN.

Sunday 17 January 2016

Pembangkang Hilang Sokongan Di Pahang.


Wakil Pembangkang Mahu Lompat Parti?


Pakatan Rakyat bukan sahaja gagal menguasai Pahang malah tidak mendapat tempat di hati rakyat
. Selepas PRU13, wakil PR ini seakan 'hidup segan,mati tak mau' sahaja di dalam DUN mahupun Parlimen. Kehadiran mereka dalam Pahang hanya sekadar memecahkan dominasi Barisan Nasional yang sememangnya kuat di Darul Makmur ini.

Walau ada menunjukkan agresif dalam meningkatkan sokongan terhadap mereka, rakyat sedar akhirnya bahawa hanya BN yang mampu melaksanakan tanggungjawap sosial dan menjaga kebajikan rakyat Pahang. Dengan kepimpinan Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan wakil Parlimen Pekan, tidak dinafikan transformasi yang menjadi impian Najib sedang berlaku dalam suasan harmoni.

Pembangkang yang berada di dalam Pahang turut mengakui keberkesanan Najib melaksanakan janji yang telah diberikan kepada rakyat semasa PRU13. Malah Pahang turut tersenarai dalam pembangunan yang dibentangkan dalam Belanjawan Negara.

Menurut sumber, wakil dari pembangkang kini amat segan dengan semua ini, apatah lagi parti yang mereka wakili tidak berbuat apa apa untuk rakyat Pahang. Segalanya datang dari keprihatinan BN dan pucuk pimpinan Umno Pahang.

Setelah Penasihat PKR dikenakan hukuman oleh Mahkamah, wakil pembangkang hilang arah tujuan politik. umpama 'anak ayam hilang ibu' kini Fuziah, Fauzi,Ariff Sabri amat lemah dalam mentadbir kawasan yang mereka wakili. Kecewa dengan pergolakan dalaman parti serta dipinggirkan dari teraju utama, mereka kini sedang berkira kira untuk keluar dari parti yang di wakili dan menjadi wakil bebas serta menyokong Najib.

Perkara ini adalah normal bila mereka memikirkan yang terbaik untuk rakyat yang mengundi dan meletakkan kepercayaan terhadap mereka.Walau mewakili PR, hakikatnya satu masa dahulu mereka juga datang dari Umno kecuali Fuziah. Apa sahaja transformasi yang dilakukan Najib memberi impak yang baik dan ini merupakan alasan terbaik mereka beralih arah.

Bagi Ariff Sabri kehadirannya dalam DAP hanya sekadar 'patung' untuk memanipulasi undi kaum Melayu terhadap DAP. Tiada apa manafaat yang DAP beri kepada kaum Melayu dari peringkat bawah hingga tertinggi. Malah dalam CEC DAP hanya seorang sahaja wakil Melayu diberikan tempat dan itu pula sekadar mengambil hati.

Khabar ini bertiup dengan kuat dalam Pahang sekaligus membuktikan wakil pembangkang turut mengiktiraf kepimpinana Najib menerajui Malaysia. Mungkin mengambil sedikit masa buat mereka menyatakan sokongan secara terbuka namun pastinya ini satu berita yang menggembrakan bagi seluruh Pahang.

Kedudukan Najib yang semakin kuat dalam Umno sendiri memberi keyakinan kepada rakyat untuk sekali lagi memilih BN sebagai wadah perjuangan. Wakil PR pasti enggan ketinggalan dalam memajukan kawasan mereka dan ini hanya boleh dilakukan dengan kerjasama erat bersama pimpinan BN Pahang.

Kedudukan PKR dan DAP kini semakin goyah di peringkat Nasional dengan pelbagai isu menguatkan lagi hasrat mereka untuk keluar parti. Tiada guna mereka berjuang untuk parti yang tidak menghargai setiap usaha yang dilakukan.

Menurut sumber lagi, tiada jaminan parti akan mencalonkan mereka dalam PRU14 dan ini menjadi tamparan hebat buat wakil pembangkang. Pastinya muka baru akan ditampilkan oleh Pakatan Rakyat (Pakatan Harapan) dengan kehadiran PAN sebagai proksi DAP untuk meraih undi.

Malah PKR juga bersetuju memberi laluan kepada DAP untuk menentukan bilangan kerusi serta pengagihan kedudukan dalam PRU akan datang. PAS pula pastinya akanmemberi tentangan sengit apatah lagi ada ura ura akan ada kerjasama politik antara Umno dan Pas demi memastikan kemenangan mutlak untuk menguasai Parlimen.

Barisan Nasional akan kembali menguasai Pahang dengan cemerlang jika wakil PR ini bertindak bijak sekarang dan menjamin kehadiran mereka adalah untuk rakyat Pahang.

Friday 15 January 2016

Parlimen Raub - Antara Faktor 'Patung Cendana' DAP Menang PRU13.


Ariff Sabri Hanya  'Patung Cendana' DAP.




Parlimen P080 Raub telah menyaksikan peralihan kuasa dari Barisan Nasional kepada DAP melalui calonnya Dato Mohd Ariff Sabri Abd Aziz pada 2013. Dengan kelebihan 2814 undi beliau memenangi kerusi tersebur melawan calon BN yang di wakili oleh Hoh Khai Mun dari MCA. Sebagai rujukan P080 telah di menangi Datuk Ng Yen Yen (BN) sebelum PRU13.

Kemenangan Ariff banyak di bantu oleh persepsi buruk yang telah dimulakan seawal usai PRU12. Pernah menjadi Adun Pulau Manis mewakili Umno dari 2004 -2008, Ariff telah menyertai Democratic Action Party (DAP) pada 2012. Bertanding di atas tiket DAP, Ariff dilihat hanya menjadi 'patung mainan' untuk memecah undi penyokong BN. Beliau yang bermastautin di Damansara, tidak mempedulikan rakyat yang telah mengundinya di Raub.

Selepas hampir 2 tahun kemenangannya, pembangunan dalam daerah Raub terbantut dan tiada perkembangan yang realistik mampu di bawa oleh wakil DAP itu. Malahan perkembangan ekonomi Raub juga tidak menjadi agenda penting kepada Ariff Sabri. Rakus mendapat kedudukan dalam Parlimen, suara beliau tidak membawa suara majoriti rakyat dan sekaligus membuktikan beliau hanya 'makan gaji buta'.

Tiada apa yang mampu diberikan kepada pengundi selain retorik politik murah dari DAP kepada penduduk Raub. Kebanyakan perkembangan projek adalah dari perancanganyang telah disediakan BN sebelum kalah dalam pertarungan satu lawan satu PRU13. Malah kewujudan Kampus UiTM dalam daerah Raub merupakan sebahagian dari rancangan BN untuk rakyat dan ekonomi setempat.

Pelbagai rungutan telah mula kedengaran tentang kelemahan Ariff Sabri yang dikatakan tidak prihatin dengan masalah rakyat. Malahan untuk bertemu beliau dalam kawasan juga amat sukar dilakukan dan semua urusan hanya diuruskan pembantunya. Tiada program membina yang diberikan kepada penduduk setempat malah masalah kecil turut di rujuk kepada BN.

Kemenangan beliau yang di dorong faktor 'tidak puashati' oleh pengundi banyak memberi kelebihan buat Umno Raub. Namun demikian sikap opportunis tiada dalam Umno Raub. Leka dalam mencari muka baru mewakili Umno dan BN, persepsi berlegar bahawa BN tiada wakil berkaliber untuk menjadi calon pada PRU14. Malahan komponen yang sepatutnya berfikir unuk mengasah bakat baru turut tidak berbuat demikian.

Perlu di akui Ariff yang pernah menjadi ahli Umno Pulau Manis dan berkhidmat sebagai wakil rakyat lebih maklum dalam strategi memenangi hati pengundi. Malahan hubungan baik beliau dengan Adun serta Ahli Parlimen dalam Pahang juga menjadi daya tarikan untuk dipilih menjadi wakil Raub di Parlimen. Umno Raub dan MCA Raub perlu bangkit dari kekalahan lepas dan merangka strategi untuk menawan kembali kerusi Raub.

Kedudukan MCA Raub yang agak goyah dan 'kalah' dari pandangan anak muda perlu di tangani segera. Persekitaran selesa dengan bermain dalam kalangan sendiri hendaklah di kikis dari MCA Raub. Ini menjadi sebab mengapa MCA Raub tidak lagi relevan kepada pengundi dan mereka akan mengalihkan sokongan kepada pihak lawan. Kelemahan menagani isu tempatan oleh MCA Raub memain peranan penting 'kekalahan' mereka kepada wakil DAP samada DUN mahu pun Parlimen.

Tidak menuding semua kesilapan kepada MCA, Umno Raub juga perlu bangkit dari lena panjang. Keselesaan mewakili DUN selama beberapa penggal perlu disegarkan dengan kehadiran 'muka baru' untuk menyeimbangi pola pengundi yang di jangka akan di dominasi anak muda pada pilihanraya akan datang.

Persediaan mencari calon sesuai perlu bermula seberapa segera sebelum tiba masa kuasa memilih di beri kepada rakyat. Menggilap bakat baru sememangnya bukan mudah tetapi jika tiada peluang dan ruang diberikan hingga bila Umno dan BN mahu berharap kepada 'kuda tua'. Khidmat yang di tagih oleh rakyat hendaklah di pikul dengan kerja keras dan bukan sambil lewa. Pahang yang masih dalam keategori 'selamat' buat BN tidak selamanya akan menjadi KUBU KUAT jika perubahan mengikut masa dihentikan.

Pembangkang yang di lihat lebih kehadapan dengan propaganda membentuk kerajaan negeri sentiasa mencari peluang meraih polpulariti manakala BN yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan peruntukan ketinggalan jauh. Penerangan isu nasional dan tempatan amat kurang dititikberat dan ini memberi ruang kepada pembangkang mempengaruhi pemikiran rakyat dengan fitnah dan persepsi.

Menteri Besar Pahang selaku Ketua Perhubungan BN perlu mengambil langkah drastik untuk membetulkan semula pandangan negatif terhadap BN Pahang. Rakyat Raub pula kini boleh menilai semula sokongan terhadap wakil DAP yang sebenarnya tidak berkhidmat untuk rakyat tetapi berkhidmat untuk parti sahaja.

Barisan Nasional masih yang terbaik untuk mewakili rakyat dan memastikan kesejahteraan Pahang. Bersedia awal untuk menjamin kemenangan BN  Pahang dan memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Ini adalah andangan peribadi penulis dan tidak mewakili mana mana parti.








PRU14 - Di Mana Umno Pahang.


Dilemma Umno Pahang..Berubah Atau Rebah.

Pahang yang mempunyai 14 Parlimen keseluruhannya dengan pecahan dengan jumlah keseluruhan pengundi seramai 727,047 orang. Penguasaan Barisan Nasional dalam Parlimen Pahang banyak di bantu oleh gerak kerja tersusun dan efektif. Umno pula mendominasi kedudukan dalam senarai Ahli Parlimen dan Adun Pahang.
  • 10 Barisan Nasional (Parlimen)
  • 4 Pakatan Rakyat (Parlimen)
  • 30 Barisan Nasional (Adun)
  • 12 Pakatan Rakyat (Adun)
Dari keseluruhan jumlah tersebut Pahang masih lagi mengekalkan rekod sebagai antara kubu kuat Barisan Nasional dalam PRU13. Namun tidak akan menjadi mustahil perkara sebaliknya akan terjadi jika tsunami politik melanda Pahang dengan kewujudan pelbagai isu tempatan.

Umno Pahang yang masih berada dalam 'mimpi indah' masih berharap sokongan dari pengundi akan menyebelahi manakala parti komponen seperti menumpang 'tuah'. Dengan isu nasional yang masih belum dijelaskan dengan baik kepada setiap lapisan rakyat dalam Pahang, jentera Penerangan BN masih dalam dilemma.

Isu tempatan juga banyak memainkan peranan untuk kelangsungan Umno dalam PRU14. Kebanyakan dari keluhan pengundi seperti tidak diendahkan oleh Adun dan hanya akan di tangani apabila hampir dengan tarikh pilihanraya. Inilah kelaziman yang sering terjadi dan ianya menjadi tradisi kepada Adun BN.

'Bila terhantuk baru terngadah' sering menjadi bualan tempatan dan kelaziman apabila berbicara tentang Umno dalam Pahang. Segelintir Adun hanya akan menonjol apabila keadaan menjadi runcing dan mereka memerlukan sokongan untuk memastikan kedudukan tidak tergugat. Transformasi yang disarankan oleh Presiden Umno Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak pula di pandang sepi. Memberi ruang kepada 'muka baru' tidak wujud dalam kamus Umno Pahang. Dominasi sesetangah Ketua Umno Bahagian (KUB) pula menjadi antara faktor golongan profesional enggan menyertai Umno Pahang.

Pada mereka kedudukan itu telah menjadi 'Hak Milikan' bila memenangi jawatan dan pastinya enggan melepaskan dengan mudah serta memberi ruang yang luas kepada pencabar. Tidak dinafikan sesetengah Adun merupakan KUB di tempat sendiri dan pastinya kedudukan itu akan dipertahankan. Mengapa perlu takut akan cabaran jika merasakan mereka telah memberi khidmat terbaik buat rakyat setempat. Pastinya rakyat menilai akan prestasi mereka untuk di beri mandat mewakili pengundi. Di sini wujud konflik antara golongan 'muda' yang beraspirasi segar dengan golongan 'veteran' yang memandang rendah kebolehan muka baru.

Hingga bila perkara ini akan berlanjutan dan memusnahkan Umno secara perlahan apabila tiada lagi 'anak muda' yang berminat meneruskan legasi Dato Onn.

Sokongan pengundi baru akan menjadi sebahagian faktor penentu kemenangan Umno Pahang dan mengekalkan kekuatan Umno dalam menerajui Kerajaan Pahang. Jika perkara ini tidak di teliti dengan sebaiknya, dibimbangi pada Pru akan datang Umno Pahang akan menduduki kerusi pembangkang dalam Sidang Dewan Undangan Negeri.

Umno Pahang perlu melakukan transformasi dan berubah jika masih mahu memegang tampuk pemerintahan Darul Makmur. Tidak rugi menyahut seruan Najib demi kelangsungan Umno Pahang demi kesejahteraan rakyat Pahang.

Sokongan rakyat Pahang terhadap Umno dan BN tidak perlu dipertikaikan selagi kesejahteraan rakyat dan keselesaan diutamakan. Menteri Besar Pahang sudah boleh mula arahkan penambahbaikan sokongan muda terhadap Umno dilakukan sebelum terhukum kerana nafsu segelintir Adun dan KUB.

Saturday 9 January 2016

Pesuruhjaya PAS Selangor Berbohong









Di mana maruah Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad sebenarnya?

Dia adalah antara senarai pemimpin PAS yang awal-awal mengeluarkan kenyataan menolak sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO-BN. Hinggakan menurut sumber, Presiden PAS Hadi Awang dilihat kecut perut dengan ketegasan dengan Exco Selangor ini.

Terbaru menurut Iskandar, selain Umno, Parti Amanah Negara (PAN) merupakan ancaman kepada parti Islam itu.


Ia berikutan PAN dijangka akan bertanding sebanyak lapan kerusi di Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Ancaman kita adalah Umno tapi kita ada musuh baru. Mereka akan bertanding lapan kerusi, letak diri sama macam Umno, bermakna di lapan kawasan mereka akan rampas.

“Jangan kita tengok Umno ancaman tapi ada lebih ancaman, kenapa kita tak pertahankan kerusi kita.

“Kalau kita tidak ada dalam kerajaan siapa yang nak pertahankan Islam?” kata Iskandar dalam ucapannya di Ijtima’ Pilihan Raya Selangor di.................................


Thursday 7 January 2016

Bukti Dalam Mesin Basuh.




KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang termasuk seorang pegawai kanan, kerana disyaki menerima rasuah bernilai lebih RM100,000 daripada pelombong bauksit tidak berlesen di negeri ini.


Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azmi Baki berkata semua suspek berusia antara 30 hingga 38 tahun itu ditahan di sekitar Kuantan, antara pukul 6 petang dan 9 malam semalam, hasil siasatan selama lebih dua bulan setengah.


“Kami turut menjumpai wang tunai dalam jumlah yang banyak di rumah mereka, termasuk di dalam mesin basuh di rumah pegawai kanan terbabit, yang dipercayai duit hasil aktiviti rasuah itu,” katanya pada sidang media di Kompleks SPRM di sini, hari ini.


Beliau berkata suspek memberikan perlindungan kepada aktiviti perlombongan bauskit secara haram dengan menggunakan modus operandi menjual Borang 13D, iaitu Dokumen Pemindahan Bijih Mineral yang dikeluarkan oleh PTG kepada pelombong bauksit bagi tujuan peengangkutan bahan mineral itu.


Borang itu yang hanya sah untuk satu trip perjalanan, akan dibawa dan dikemukakan oleh pemandu lori semasa mengangkut bauksit dari tempat simpanan ke pelabuhan dan perlu ditunjukkan jika lori ditahan agensi penguatkuasaaan, serta perlu dicop di pelabuhan bagi tujuan pengiraan termasuk untuk pembayaran royalti, tambah beliau.


“Borang berkenaan yang dikenali sebagai docket dalam kalangan penduduk tempatan sebenarnya berharga RM1, namun dijual kepada pelombong haram pada harga antara RM150 hingga RM200,” katanya.


Azmi berkata serbuan yang dilakukan turut menjumpai borang berkenaan dalam kuantiti yang banyak dalam simpanan semua suspek, yang kini ditahan reman sehingga 14 Jan ini.


Siasatan dijalankan atas kesalahan menerima rasuah mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi dan penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.


Katanya SPRM mula menerima maklumat berkaitan isu perlombongan bauksit pada pertengahan 2015, namun aduan itu melibatkan isu pencemaran alam sekitar, yang berada di luar bidang kuasa suruhanjaya itu.


“Kami tidak dapat campur tangan kerana tiada elemen rasuah. Tapi jangan kata kami tidak ambil tindakan kerana kami lakukan risikan yang tidak dihebahkan atas faktor kerahsiaan maklumat dan sensitiviti,” katanya.


Azmi juga tidak menolak kemungkinan SPRM akan melakukan tangkapan susulan khususnya orang tengah dan pegawai kerajaan termasuk dari agensi lain berhubung isu bauksit.


Beliau memohon supaya orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan rasuah dalam perlombongan bauksit untuk tampil ke pejabat SPRM, kerana siasatan dalam isu rasuah memerlukan saksi.


Selain itu, Azmi juga berkata siasatan juga mendapati ketirisan berlaku apabila siasatan setakat ini mendapati kutipan royalti kepada kerajaan negeri berjumlah RM47 juta pada tahun 2015 sepatutnya dianggarkan berjumlah lima kali ganda daripada jumlah itu. “Ini menyebabkan kerajaan negeri kerugian dari segi kutipan cukai dan kami berpandangan ini berlaku disebabkan rasuah atau penguatkuasaan yang lemah,” katanya.

Sunday 3 January 2016

Pelan Khas Tangani Isu Bauksit Pahang.


Isu Bauksit Pahang - Penyelesaian Sedang Di Lakukan.



Kuantan Port Consortium Sdn Bhd (KPC) kini menyediakan satu pelan khas bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar di Kuantan akibat aktiviti melombong bauksit.

Menyatakan demikian, Ketua Pegawai Operasi KPC, Datuk Khasbullah A Kadir berkata memandangkan saiz projek yang besar, usaha itu akan memakan masa.

Dengan terlaksananya pelan itu, kata beliau, pihaknya yakin proses pengendalian pengeksportan bauksit di kawasan pelabuhan akan lebih bersih antara 60 hingga 80 peratus berbanding sekarang.

“Ini semua dijangka dapat direalisasikan menjelang pertengahan tahun ini,” katanya kepada pemberita .Kuantan semalam.

Di samping itu, katanya, KPC membelanjakan RM1 juta sebulan bagi membersihkan sisa bauksit di kawasan pelabuhan.

Beliau mengulas laporan akhbar semalam berhubung kawasan penyimpanan bauksit di Pelabuhan Kuantan tidak diuruskan dengan baik menyebabkan air Sungai Balok dan Pantai Batu Hitam tercemar dan menjadi merah minggu lepas.

Keadaan itu telah menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk setempat dan mengancam mata pencarian nelayan.

Persatuan pencinta alam sekitar meminta kerajaan menghentikan kegiatan perlombongan tersebut.

Mengulas mengenai pencemaran luas baru-baru ini, Datuk Khasbullah berkata apabila hujan lebat, kegiatan pembersihan menggunakan mesin khas tidak dapat dilakukan.

Pekerja pembersihan pelabuhan, hanya dapat menyodok bahan tersebut di atas jalan raya untuk tidak mencemar alam sekitar.

“Ketika hujan lebat baru-baru ini, kami tidak mampu halang bahan ini daripada mengalir keluar.

“Tambahan pula jumlah bauksit yang perlu kami kendalikan adalah sangat banyak manakala timbunan bauksit tidak diletakkan setempat,” katanya.

Prosedur pada masa ini, katanya, menyukarkan pihak pelabuhan mengawal kejadian pencemaran.

Beliau meminta kerajaan negeri menyediakan satu kawasan khas untuk penyimpanan timbunan bauksit bagi memudahkan pihak pelabuhan mengendalikannya dengan lebih baik dan sistematik.

Kawasan itu difahamkan telahpun dikenalpasti dan hanya menunggu kelulusan daripada kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd Razak sebelum ini menyatakan pihak pelabuhan telah mengambil empat langkah bagi mengatasi masalah pencemaran.

Antara langkah ialah membina struktur penghalang aliran keluar air dari kawasan penyimpanan stok bauksit.

Isu Bauksit Pahang - Kenyataan Rasmi Dalam Masa Terdekat.



Kenyataan Rasmi Mengenai Isu Bauksit Pahang.


Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Seri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob akan bersama mengeluarkan kenyataan tentang isu bauksit dalam masa yang terdekat.

Menurut Wan Junaidi, beliau dan Menteri Besar Pahang akan membuat kenyataan bersama berhubung arahan Kabinet untuk menghentikan sementara perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang.



Semua pihak dimohon untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga pengumuman tersebut dibuat dalam jangka masa terdekat.

Dalam perkembangan berkaitan, semua aktiviti perlombongan bauksit sudah diberhentikan serta merta sebagai mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Sebelum ini, ramai pihak menzahirkan perasaan kurang senang terhadap aktiviti perlombongan yang dijalankan. Dalam banyak kenyataan, mereka mengatakan, perlombongan ini telah menjejaskan kesihatan dan alam sekitar dan ramai pihak menuntut supaya aktiviti ini diberhentikan serta merta.

Friday 1 January 2016

GST..Telco Engkar Berdepan Tindakan.


Kuala Lumpur
1 Januari 2016

Telco Engkar Berdepan Tindakan Tegas.





Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal melaksanakan rebat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada pengguna perkhidmatan prabayar telefon mudah alih yang bermula hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata syarikat telekomunikasi yang didapati ingkar arahan itu dan gagal mematuhi Panduan Peraturan Berhubung Pendaftaran Pengguna Akhir bagi Perkhidmatan Selular Awam Prabayar juga akan dikenakan tindakan.

“Bermula hari ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mula membuat pemantauan pelaksanaan rebat prabayar.

“Pengguna warganegara akan membayar RM10 untuk kad prabayar dan bila diaktifkan, mereka akan dapat kredit sebanyak RM9.43 airtime, kemudian sebanyak RM0.57 akan dikreditkan dalam masa 24 jam… ini adalah janji kerajaan dan saya sendiri akan pantau dan lihat perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan keperluan makanan kepada 70 mangsa banjir di Hulu Terengganu di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Jailani yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu, sekali lagi mengingatkan pengguna internet supaya tidak menyebarkan kembali gambar bencana banjir yang berlaku pada tahun lalu di laman sosial terutamanya melalui Facebook dan aplikasi..............................................