Friday 15 January 2016

Parlimen Raub - Antara Faktor 'Patung Cendana' DAP Menang PRU13.


Ariff Sabri Hanya  'Patung Cendana' DAP.




Parlimen P080 Raub telah menyaksikan peralihan kuasa dari Barisan Nasional kepada DAP melalui calonnya Dato Mohd Ariff Sabri Abd Aziz pada 2013. Dengan kelebihan 2814 undi beliau memenangi kerusi tersebur melawan calon BN yang di wakili oleh Hoh Khai Mun dari MCA. Sebagai rujukan P080 telah di menangi Datuk Ng Yen Yen (BN) sebelum PRU13.

Kemenangan Ariff banyak di bantu oleh persepsi buruk yang telah dimulakan seawal usai PRU12. Pernah menjadi Adun Pulau Manis mewakili Umno dari 2004 -2008, Ariff telah menyertai Democratic Action Party (DAP) pada 2012. Bertanding di atas tiket DAP, Ariff dilihat hanya menjadi 'patung mainan' untuk memecah undi penyokong BN. Beliau yang bermastautin di Damansara, tidak mempedulikan rakyat yang telah mengundinya di Raub.

Selepas hampir 2 tahun kemenangannya, pembangunan dalam daerah Raub terbantut dan tiada perkembangan yang realistik mampu di bawa oleh wakil DAP itu. Malahan perkembangan ekonomi Raub juga tidak menjadi agenda penting kepada Ariff Sabri. Rakus mendapat kedudukan dalam Parlimen, suara beliau tidak membawa suara majoriti rakyat dan sekaligus membuktikan beliau hanya 'makan gaji buta'.

Tiada apa yang mampu diberikan kepada pengundi selain retorik politik murah dari DAP kepada penduduk Raub. Kebanyakan perkembangan projek adalah dari perancanganyang telah disediakan BN sebelum kalah dalam pertarungan satu lawan satu PRU13. Malah kewujudan Kampus UiTM dalam daerah Raub merupakan sebahagian dari rancangan BN untuk rakyat dan ekonomi setempat.

Pelbagai rungutan telah mula kedengaran tentang kelemahan Ariff Sabri yang dikatakan tidak prihatin dengan masalah rakyat. Malahan untuk bertemu beliau dalam kawasan juga amat sukar dilakukan dan semua urusan hanya diuruskan pembantunya. Tiada program membina yang diberikan kepada penduduk setempat malah masalah kecil turut di rujuk kepada BN.

Kemenangan beliau yang di dorong faktor 'tidak puashati' oleh pengundi banyak memberi kelebihan buat Umno Raub. Namun demikian sikap opportunis tiada dalam Umno Raub. Leka dalam mencari muka baru mewakili Umno dan BN, persepsi berlegar bahawa BN tiada wakil berkaliber untuk menjadi calon pada PRU14. Malahan komponen yang sepatutnya berfikir unuk mengasah bakat baru turut tidak berbuat demikian.

Perlu di akui Ariff yang pernah menjadi ahli Umno Pulau Manis dan berkhidmat sebagai wakil rakyat lebih maklum dalam strategi memenangi hati pengundi. Malahan hubungan baik beliau dengan Adun serta Ahli Parlimen dalam Pahang juga menjadi daya tarikan untuk dipilih menjadi wakil Raub di Parlimen. Umno Raub dan MCA Raub perlu bangkit dari kekalahan lepas dan merangka strategi untuk menawan kembali kerusi Raub.

Kedudukan MCA Raub yang agak goyah dan 'kalah' dari pandangan anak muda perlu di tangani segera. Persekitaran selesa dengan bermain dalam kalangan sendiri hendaklah di kikis dari MCA Raub. Ini menjadi sebab mengapa MCA Raub tidak lagi relevan kepada pengundi dan mereka akan mengalihkan sokongan kepada pihak lawan. Kelemahan menagani isu tempatan oleh MCA Raub memain peranan penting 'kekalahan' mereka kepada wakil DAP samada DUN mahu pun Parlimen.

Tidak menuding semua kesilapan kepada MCA, Umno Raub juga perlu bangkit dari lena panjang. Keselesaan mewakili DUN selama beberapa penggal perlu disegarkan dengan kehadiran 'muka baru' untuk menyeimbangi pola pengundi yang di jangka akan di dominasi anak muda pada pilihanraya akan datang.

Persediaan mencari calon sesuai perlu bermula seberapa segera sebelum tiba masa kuasa memilih di beri kepada rakyat. Menggilap bakat baru sememangnya bukan mudah tetapi jika tiada peluang dan ruang diberikan hingga bila Umno dan BN mahu berharap kepada 'kuda tua'. Khidmat yang di tagih oleh rakyat hendaklah di pikul dengan kerja keras dan bukan sambil lewa. Pahang yang masih dalam keategori 'selamat' buat BN tidak selamanya akan menjadi KUBU KUAT jika perubahan mengikut masa dihentikan.

Pembangkang yang di lihat lebih kehadapan dengan propaganda membentuk kerajaan negeri sentiasa mencari peluang meraih polpulariti manakala BN yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan peruntukan ketinggalan jauh. Penerangan isu nasional dan tempatan amat kurang dititikberat dan ini memberi ruang kepada pembangkang mempengaruhi pemikiran rakyat dengan fitnah dan persepsi.

Menteri Besar Pahang selaku Ketua Perhubungan BN perlu mengambil langkah drastik untuk membetulkan semula pandangan negatif terhadap BN Pahang. Rakyat Raub pula kini boleh menilai semula sokongan terhadap wakil DAP yang sebenarnya tidak berkhidmat untuk rakyat tetapi berkhidmat untuk parti sahaja.

Barisan Nasional masih yang terbaik untuk mewakili rakyat dan memastikan kesejahteraan Pahang. Bersedia awal untuk menjamin kemenangan BN  Pahang dan memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Ini adalah andangan peribadi penulis dan tidak mewakili mana mana parti.








No comments:

Post a Comment