Wednesday 30 March 2016

Deklarasi Rakyat - Rafizi Akui Najib Terlalu Kuat Untuk DiTewaskan



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di tempelak kerana sudah tidak lagi sehaluan dengan Pakatan Harapan dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak.

"sekarang Hj Hadi sudah sedondon, saya dulu tak sedondon dengan pemimpin Umno, Hadi sudah makan dedak Umno" - Tamrin Ghaffar

Dalam siri jelajah pembangkang yang menampilkan Ahli Parlimen Raub, Dato Ariff Sabri bersama Tamrin Ghaffar, Tan Sri Muhammad Mat Taib dan Ahli Parlimen Pandan rafizi Ramli. Kehadiran penyokong Pakatan yang tidak memberangsangkan di penuhi dengan dongeng pembangkang yang berselindung di sebalik nama rakyat dalam usaha mendapatkan sokongan untuk Deklarasi Rakyat.

"Jangan baca Utusan,Berita Harian..jangan tonton tv3...kalau mahu umur panjang kerana akhabr hanya terdapat 3 perkara sahaja yang betul..1.tarikh hari akhbar dikeluarkan...2. nama pemimpin Umno...3. keputusan nombor ekor"-Tamrin Ghaffar

Kemunculan Ariff Sabri dalam ceramah tersebut hanyalah berkisar mengenai DAP dan bukannya solusi daripada beliau untuk membantu rakyat yang di wakilinya. Selama hampir 3 tahun menjadi Ahli Parlimen Raub, kehadiran Ariff dalam kawasan boleh di bilang dengan jari. Dengan memburukkan Najib, Ariff dengan bangganya berkata beliau adalah Melayu pertama yang mewakili Parlimen Raub selepas Umno pada 1974. Turut menyifatkan Melayu yang tidak menyokong Pakatan sebagai pemakan dedak , Ariff dengan bangganya mendakwa beliau berjuang untuk kaum Melayu di dalam DAP.

"tuhan tak suruh kita berdiam diri apabila dizalimi,tuhan suruh kita lawan kezaliman...Najib zalim terhadap rakyat"- Ariff Sabri

Menolak tanggapan DAP sebagai parti yang rasis terhadap kaum Melayu, Ariff tidak pula mahu menyentuh kejadian yang menimpa bumiputera Pulau Pinang apabila mereka di tindas oleh DAP. Malah Ariff hanya menyampaikan hasrat agar Najib ditumbangkan dan ini bermakna Barisan Nasional ditewaskan sekaligus akan memastikan Pakatan Harapan memerintah.

"Najib curi duit rakyat, kita kena jatuhkan Najib walau dengan cara menandatangani deklarasi, jangan takut tuan tuan..Najib tak boleh buat apa..kita kena jatuhkan Umno..jatuhkan Barisan Nasional..kita mahu betulkan keadaan dan jika tuan tuan mahu betulkan maka Najib harus diturunkan"- Ariff Sabri

Ariff yang mendakwa Najib menipu rakyat dan mencuri wang rakyat hanya mengulang isu 1MDB dan dana politik yang di terima Najib dari keluarga DiRaja Arab Saudi. Tiada isu pembangunan mahu pun bantuan daripada DAP yang Ariff kemukakan sepanjang ceramahnya malah beliau mendakwa peruntukan selaku Ahli Parlimen Raub tidak di terima beliau sehingga kini. Jelas sekali kredibilti Ariff hanyalah berkisar mengenai 'hebat'nya beliau selaku orang Melayu yang mewakili DAP.

Ariff yang mengakui Najib sukar ditewaskan berpendapat rakyat perlu bangkit menentang kepimpinan sediada dan sekarang merupakan masa yang terbaik dengan kerjasama dari bekas PM, Tun Mahathir. 

Jelas sekali pembangkang hanya mengambil kesempatan dari kesanggupan Mahathir untuk turut serta dalam kempen mereka merampas Putrajaya dari BN. Malah, Mahathir diibaratkan sebagai boneka kepada DAP bagi merealisasikan impian parti sosialis sekular tersebut. DAP yang meletakkan harapan kepada Parti Amanah Negara(PAN) bagi memastikan undi penyokong PAS berpecah dan memihak kepada mereka turut memuji kesanggupan Mat Sabu melupakan sengketa lama beliau dengan Mahathir.

Isu skandal yang mewarnai DAP dan juga skandal dana RM1.2 billion dari Israel yang di terima DAP sebelum PRU13 tidak dikemukakan Ariff. Skandal banglo Lim Guan Eng tidak di sentuh langsung kerana beliau begitu menyanjung DAP yang memberi peluang kepada beliau. 

"Orang Pekan terpikat sebab bibir merah Najib...yang selebihnya dedak...Melayu makan dedak"-Ariff Sabri

Rafizi Ramli cuba mengelirukan penduduk setempat apabila mengakui Lim Kit Siang tidak akan dilantik menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan memenangi PRU14 akan datang. Beliau mendakwa Kit Siang tidak pernah bercita-cita menjadi Perdana Manteri turut mengakui Kit Siang akan menampar sesiapa sahaja yang bertanya kepadanya samada berminat atau tidak menjadi PM seandainya DAP bersama rakan sekutu berjaya menewaskan BN.

"Siapa kata Kit Siang mahu jadi PM? dia akan tampar kalau ada yang tanya jika dia berminat jadi PM kalau Pakatan menang PRU...Kit Siang tahu dia tidak boleh jadi PM sekalipun Pakatan menang"-Rafizi Ramli

Rafizi mendakwa Najib cuba mengelirukan rakyat apabila isu 1MDB diletakkan dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Ahli Parlimen Pandan juga mneyifatkan deklarasi serta perhimpunan rakyat telah berjaya. Enggan mengakui kegagalan program tersebut, Rafizi mendakwa pengunjung yang datang semasa program yang menampilkan Mahathir sebagai penyampai ucaptama menyifatkan laporan di media semasa tidak betul.

Sambutan hambar dari penonton di program tersebut jelas menunjukkan Rafizi sudah kehilangan taring untuk menarik orang ramai kerana beliau diketahui sebagai penabur fitnah kepada pelbagai isu. Cuba mengheret audien dengan isu Lembaga tabung Angkatan Tentera (LTAT) penjelasan Rafizi hanyalah omongan kosong tanpa bukti kukuh. Cuba mempengaruhi penonton dengan isu Tabung Haji, Rafizi tidak berani menjelaskan jumlah dividen yang beliau terima dari simpananya di institusi tersebut.

Rafizi cuba meyakinkan penduduk bahawa hanya Pakatan Harapan mampu membetulkan semua keadaan jika diberikan mandat untuk memerintah. 

"Kita akan perbetulkan semua..jika kita berjaya menjatuhkan Najib..kita akan perbetulkan semua"-Rafizi Ramli

Ungkapan itu sering digunakannya untuk meraih simpati rakyat sedangkan tiada apa yang pembangkang lakukan untuk kesejahteraan rakyat malah kerajaan di bawah pentadbiran Najib telah berjaya membuktikan banyak transformasi untuk rakyat berjaya dilaksanakan. Rafizi yang mengganggap pemberian BR1M sebagai dedak kepada rakyat turut cuba mempertikaikan langkah kerajaan tidak lagi meneruskan tajaan kepada 744 pelajar untuk meneruskan pembelajaran di luar negara.

"Najib terlalu kuat untuk kita jatuhkan...jadi kita perlu fikirkan satu cara untuk menyingkirkannya..melalui deklarasi rakyat kita berharap dapat sejuta tandatangan supaya kita boleh bawa menhadap Yang Di Pertuan Agung bagi memohon melucutkan jawatannya..Najib tidak berani letak jawatan kerana banyak negara menyiasat beliau-Rafizi Ramli

Rafizi yang ditemui selepas program tidak berani mengulas bila di tanya mengenai skandal pembaziran wang rakyat di Selangor dan menyerahkan kepada Azmin Ali untuk menjawap setiap persoalan yang ditimbulkan. Beliau yang mengakui hanya fokus untuk menjatuhkan Najib dan Barisan Nasional enggan mengulas apabila di tanya siapakah penderma bagi projek Gerbang Selangor yang memakan belanja RM9.8juta dan kos tersebut didahulukan kerajaan negeri Selangor.

Rafizi juga enggan mengulas apabila di tanya mengenai skandal banglo RM2.8 juta milik Setiausaha Agung DAP.

"saya tidak mahu komen"- ringkas jawap Rafizi.

Jelas sekali pembangkang tidak akan memberikan jawapan jika sesuatu isu itu berkaitan dengan pembaziran serta skandal yang dilakukan mereka.

Pembangkang yang telah kehilangan idea untuk terus memburukkan kepimpinan Najib kini cuba mengheret Istana untuk menyempurnakan rancangan mereka yang tidak lagi menghormati rakyat dan sistem Demokrasi Berparlimen.

Pembangkang yang sudah ketandusan idea hanya mengulang skrip lama dan tidak menerangkan kepada rakyat perkara sebenarnya demi kepentingan parti mereka.











No comments:

Post a Comment