Friday 25 March 2016

Rakyat Pahang Tolak Pembangkang



Kecelaruan politik yang melanda 3 parti dalam Pakatan Harapan bakal meruntuhkan kerjasama pembangkang yang kini semakin binggung dengan isu yang telah diketegahkan. Dengan pelbagai skandal melanda parti mereka, wakil Pakatan sudah hampir lemas apabila di asak dengan percaturan yang mereka lempar kepada rakyat.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini berhadapan dengan isu skandal Selangor membabitkan Naib Presiden mereka, Azmin Ali memberikan impak negatif mengenai penyelewengan wang rakyat yang dilakukan PKR apabila berkuasa. Perjuangan parti yang henay menumpukan kepada pembebasan Anwar dan bukan mengenai rakyat menghimpit wakil PKR di Pahang. Apatah lagi PKR tidak dapat memberi khidmat yang baik kepada rakyat di Pahang dan hanya berkisar kepada isu remeh dan berharap isu nasional yang dibangkitkan pemimpin mereka di peringkat nasional akan membantu kempen mereka.

Parti Amanah Negara (PAN) pula sekadar menumpang kepada isu memburukkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan berusaha menghapuskan pengaruh PAS dalam PH, di samping membantu Democratic Action Party (DAP) sebagai suara rasmi bagi mengaburi pengundi kaum Melayu.

DAP pula sedang kepanasan apabila skandal banglo Setiausaha Agung parti tersebut sedang berada dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sedang berkira kira meminta Lim Guan Eng melepaskan jawatan Ketua Menteri P.Pinang yang disandangnya sebagai jalan selamat parti sosialis sekular itu.

Malah wakil DAP di Pahang tidak berani mengulas mengenai skandal tersebut dan tidak dapat dipastikan samada terdapat arahan tertentu bagi semua ahli untuk menutup mulut dari mengulas perkara ini.

Di Pahang pembangkang tidak memainkan peranan penting kepada masyarakat setempat dan menangani isu rakyat dengan baik. Mereka hanya menuding kepada kerajaan negeri dan meminta rakyat mendesak kerajaan negeri menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul. Alasan mudah bagi pembangkang bukan PH yang mentadbir tetapi Barisan Nasional. Cara mudah pembangkang mengalih tanggungjawap yang sepatutnya mereka pikul ini menampakkan mereka hanya ingin kuasa dan bukan rakyat.

Pengabaian wakil pembangkang terhadap rakyat Pahang bukan perkara baru tetapi kesempatan atas isu telah berjaya di ambil untuk meraih simpati rakyat Pahang. Hampir semua tempat yang di wakili pembangkang di Pahang tidak membangun seperti sepatutnya dan wajah mereka juga jarang dilihat dalam kawasan yang mereka wakili.

Rakyat Pahang yang mahukan pembangunan sebenarnya telah lama tertipu dengan janji manis pembangkang yang menjanjikan pembaharuan di tempat yang diwakili pembangkang namun tetap akan menyalahkan kerajaan negeri apabila mereka tidak dapat menunaikan janji denagan alasan peruntukan tiada. Apa guna pembangkang terus berada dalam Pahang jika tidak dapat memberi khidmat untuk rakyat?

Segala isu rakyat yang timbul di Pahang diselesaikan oleh kerajaan BN dan pembangkang hanya mengambil mudah perkara tersebut dan mengakui merekalah yang mendesak hingga selesai sesuatu isu tersebut walhal pembangkang langsung tidak membantu.

Dalam PRU14, rakyat Pahang perlu disedarkan bahawa pembangkang hanya mahukan undi rakyat dan bukan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijanjikan. Tidak seperti wakil BN, setiap janji dipenuhi walau terpaksa mengambil masa untuk mengatasi setiap masalah yang timbul.

Ayuh rakyat Pahang, jangan lagi berikan tempat kepada pembangkang di Pahang walau mereka meletakkan wakil dari kaum Melayu kerana itu hanyalah helah Pakatan untuk meraih simpati sahaja.

Hanya rakyat Pahang sahaja berhak kepada Negeri Tok Gajah dan buktikan pembangkang tiada tempat di Pahang!!!

No comments:

Post a Comment