Friday 8 April 2016

Siapa Wakil Pembangkang Bakal 'Lompat Parti' Dan Sokong Najib?



Keresahan pembangkang Pahang mengenai kekuatan Barisan Nasional semakin terserlah apabila dikatakan ada wakil pembangkang bakal bertukar haluan sebelum PRU14. Dengan hanya menggunapakai isu nasional mereka mendapati sokongan rakyat Pahang kini semakin pudar terhadap Pakatan Harapan berikutan pelbagai skandal melanda kepimpinan parti.

Walau cubaan menyerang Pahang dengan membawa nama besar setiap kali diadakan ceramah umum, pembangkang menyedari rakyat kini sudah bijak menilai tahap pemikiran mereka yang sering menabur cerita yang tidak berasas terhadap BN Pahang.

Selain dari isu nasional, pembangkang dalam Pahang tidak berusaha membantu rakyat tetapi lebih kepada menabur fitnah yang telah disediakan skripnya oleh kepimpinan parti mereka. 

Menurut sumber, pembangkang Pahang sebenarnya menunggu masa sesuai untuk membawa pengikut mereka menyokong kembali kepimpinan Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak selepas mengetahui isu yang dimainkan sebenarnya hanyalah persepsi dan fitnah yang diterapkan pemimpin atasan demi kepentingan parti.

Skandal yang melanda kepimpinan atasan parti pembangkang telah membuka mata rakyat menilai semula intergriti Pakatan Harapan yang sering mendakwa mereka telus dalam urusan berkaitan kepentingan rakyat.

Difahamkan sekurang kurangnya 3-4 orang dari kem pembangkang telah mula menyedari kesilapan mereka yang bertentangan dengan apa yang terjadi dalam isu nasional. Pembangunan yang dijanjikan pemimpin mereka tidak pernah di bawa kepada rakyat melainkan fitnah sahaja yang di tabur bagi membangkitkan rasa benci rakyat kepada kerajaan.

Pahang yang dikenali sebagai antara kubu kuat Barisan Nasional pula diakui sukar di tembusi oleh pembangkang kerana sikap pengundi yang semakin membezakan pihak mana yang menunaikan segala janji dalam menifesto sebelum PRU.

Terdapat dakwaan bahawa ada juga ADUN dari pihak pembangkang berhasrat menjadi calon yang menyokong Najib dalam Pru akan datang. Mereka akan keluar parti secara beramai dan mengisytiharkan sokongan penuh terhadap Najib di hadapan pengundi mereka kelak. Ini merupakan tamparan kepada 2 parti terbesar Pakatan Harapan yang berhasrat menawan Pahang di masa akan datang.

Hasil kerja keras BN selepas PRU13 menarik perhatian rakyat Pahang terus memberikan kepercayaan mereka kepada pentadbiran Adnan Yaakob. Desas desus pertukaran Menteri Besar pada PRU akan datang bukanlah halangan kepada wakil pembangkang dalam bekerjasama dengan Umno dan BN Pahang.

Rakyat yang dahagakan pembangunan ekonomi setempat sering mendesak wakil rakyat berbuat sesuatu bagi membantu rakyat dan pembangkang sedar tanpa kerjasama Umno dan BN semua itu tidak akan tercapai. atas sebab demikian mereka yang bakal 'lompat parti' mula memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri.

Skandal yang membabitkan Democratic Action Party (DAP) telah menyedarkan rakyat bahawa slogan pembangkang hanyalah retorik politik yang mahu berkuasa dan bukannya memperjuangkan kepentingan rakyat Malaysia amnya dan Pahang khususnya.

Namun demikian sokongan rakyat masih di tagih 'bakal lompat parti' demi mengekalkan kedudukan mereka di kawasan masing masing. Mereka yang enggan dikatakan sebagai pengkhianat oleh pemimpin atasan hanya menantikan masa sesuai bagi menyampaikan kejutan kepada Pakatan Harapan.

Dari satu sumber pula menyatakan wakil pembangkang dalam Pahang sebenarnya sudah menyedari kesilapan mereka menentang BN yang sememangnya berkhidmat kepada rakyat, tidak seperti parti mereka yang hanya mementingkan kedudukan beberapa pemimpin dan mengabaikan rakyat demi kuasa politik.

Siapakah antara wakil rakyat yang dikatakan bakal lompat parti? Walau bakal dikatakan sebagai 'pemakan dedak', wakil rakyat pembangkang yang semakin jelas terhadap visi Najib dalam memajukan rakyat telah memikat mereka. Segala yang Najib lakukan untuk rakyat diakui sebagai usaha yang baik dan belum tentu pembangkang mampu melakukan sebaik Najib jika mereka merampas Putrajaya.

Oleh demikian mereka berpendapat BN adalah parti yang benar benar memperjuangkan kehendak rakyat Pahang dan inilah faktor utama mengapa 'mereka' sanggup berpaling tadah dari Pakatan Harapan. Kerapuhan ikatan dalam pakatan Harapan sendiri menghilangkan keyakinan mereka terhadap parti dan sebagai wakil yang di pilih rakyat adalah menjadi tanggungjawab mereka memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

Kehilangan kepercayaan dari pimpinan tertinggi tidak lagi menjadi keutamaan wakil pembangkang Pahang. Mereka semakin jelas menyokong transformasi yang disediakan Najib sebagai landasan kemakmuran Pahang dan rakyatnya.

Rakyat Pahang tentunya tertunggu siapakah wakil rakyat yang dikatakan akan keluar dari parti pembangkang dan menjadi penyokong kerajaan. 

Tidak dipastikan siapakah wakil rakyat yang dimaksudkan akan menyokong Najib secara terbuka. Ini bakal mengejutkan seluruh negeri kerana pembangkang yang di kenali sebagai tegar serta taksub kepada parti dan pimpinan akan bertanggungjawab menukar landskap politik Pahang sekaligus memastikan BN Pahang beroleh kemenangan mutlak di kedua dua kerusi DUN dan Parlimen.

Rakyat Pahang yang semakin muak dengan semua retorik pembangkang tentunya akan menerima keputusan wakil pembangkang ini dengan terbuka dan mengalu alukan keputusan mereka demi rakyat Pahang dan kemajuan Pahang.

Siapakah antara wakil pembangkang terawal yang akan menyatakan sokongan terhadap Najib secara terbuka? DAP, PKR, PAS bakal kehilangan sokongan wakil mereka di bumi Pahang.


No comments:

Post a Comment