Wednesday 20 April 2016

Siapa Wakil Pembangkang Pahang Yang Akan Beralih Sokongan - Pakatan Harapan Berkubur Di Pahang?






Pilihanraya Umum 13 telah menyaksikan kejayaan Pakatan Rakyat menghasut pengundi dengan pelbagai kisah buruk mengenai Barisan Nasional namun ternyata percaturan mereka di Pahang tidak mendatangkan impak kepada rakyat Pahang yang masih memberi mandat kepada BN. Gabungan Democratic Action Party (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membentuk Pakatan Rakyat dan mereka berusaha merampas kubu kuat BN seterusnya membentuk kerajaan negeri yang baru.

Usaha PR menemui kegagalan walaupun mereka berjaya melakukan beberapa kejutan di kerusi DUN dan Parlimen Pahang. Paling mengejutkan kekalahan BN kepada DAP di P080 Raub menyaksikan wakil DAP, Dato' Mohd Ariff Sabri bin Abd Aziz menyingkirkan calon BN daripada kerusi tradisi. Beliau yang juga merupakan bekas ahli Umno sebelum beralih kepada DAP telah berjaya meyakinkan pengundi Raub untuk memberikan khidmatnya kepada rakyat setempat.

Namun demikian wakil DAP itu sebenarnya telah gagal menjalankan fungsinya sebagai Ahli Parlimen dengan berkesan. Beliau mendakwa kerajaan tidak menyalurkan peruntukan kepadanya sebagai Ahli Parlimen dan ini menyukarkan pergerakan beliau untuk berkhidmat dengan efisien. Beliau yang sukar di temui di dalam kawasan Raub hanya muncul apabila ada acara 'mengutip derma' melalui majlis makan malam yang dianjurkan DAP dan Pakatan Rakyat. 

Daripada 14 kerusi Parlimen di Pahang, pembangkang menduduki 4 kerusi dan ini menjadi tanda aras kegagalan pembangkang dalam politik Pahang. Kekuatan mereka selaku pembangkang tidak hebat namun berjaya kerana propaganda yang telah dijalankan bertahun sebelum PRU diadakan. Mereka ketandusan isu dan hanya bergantung kepada isu nasional sebagai modal memancing pengundi.

Pada PRU14, kedudukan pembangkang dalam Pahang dijangka berubah berikutan keengganan beberapa wakil pembangkang mewakili Pakatan Rakyat yang telah dijenamakan semula dan kini dikenali sebagai Pakatan Harapan setelah menyingkirkan PAS dari kerjasama politik pembangkang. Tempat PAS akan digantikan denagn PArti Amanah Negara (PAN) yang merupakan 'keldai' terbaru kepada DAP dalam usaha memecahkan penguasaan undi kaum Melayu di Pahang.

BACA : http://pahangnewsdaily.blogspot.com/2016/04/wakil-pembangkang-pahang-beralih.html

Berikutan itu ada wakil pembangkang yang berasakan mereka perlu berubah haluan demi menjaga kedudukan di kawasan masing masing. Perubahan ini tidak melibatkan Parlimen sahaja tetapi dikhabarkan turut melibatkan wakil pembangkang di DUN. Mereka dikatakan sudah hilang keyakinan kepada pimpinan parti masing masing berikutan DAP telah mendominasi semua keputusan yang perlu dipatuhi dalam Pakatan Harapan. Sikap DAP Pahang yang tidak disenangi juga telah menimbulkan persoalan kepada sekutu lain mengenai keperluan DAP meletakkan calonnya bertanding di Pahang.

PAS yang kini semakin menerima kebersamaan Umno dalam memerintah Malaysia pula dilihat akan memberi tentangan kepada PAN kerana beranggapan PAN hanya mem'bodoh'kan sebahagian besar ahli PAS yang meletakkan kepercayaan kepada Pakatan. Pengkhianatan PAN kepada PAS juga merupakan faktor bagi PAS menentang kehadiran PAN dalam arena politik Pahang. Sikap Presiden PAS Dato Hj Hadi Awang yang berbaik dengan Presiden Umno merupakan sesuatu yang baik di pandangan rakyat Pahang dan kerjasma ini disambut baik oleh kebanyakan ahli PAS Pahang.

Perubahan sokongan beberapa wakil pembangkang ini merupakan tamparan kepada kerjasama Pakatan Harapan di Pahang. Kewujudan skandal yang melanda pimpinan tertinggi pembangkang antara faktor penyumbang perubahan sokongan ini. Walau serangan terhadap Najib dilakukan secara agresif oleh pembangkang namun ia tidak menjamin kedudukan mereka dan sebagai alternatif menjaga kepentingan politik berubah haluan merupakan jalan terbaik mereka lakukan. Walau Mahathir telah berikrar membantu pembangkang menjatuhkan BN, kebanyakan pengikut tegar pembangkang tidak yakin akan kerjasama yang ditunjukkan Mahathir dan beberapa pemimpin Umno yang berhasrat menjatuhkan Najib.

Dengan peralihan sokongan ini, Pakatan  dijangkakan akan kehilangan beberapa kerusi DUN dan besar kemungkinan 3 kerusi Parlimen turut di rampas semula BN. Sumber dari bilik gerakan pembangkang pula menyatakan seorang wakil dari PKR akan menyatakan sokongan terbuka kepada Najib dalam masa terdekat namun tidak dapat dipastikan siapa yang dimaksudkan sumber.

Cubaan pembangkang bermain sentimen simpati rakyat Pahang juga tidak berjaya melunturkan kepercayaan rakyat terhadap BN dan Umno Pahang. Semakin mereka berusaha menjatuhkan imej Umno Pahang, tanpa menyedari sebenarnya mereka turut menaikkan maruah Umno apabila setiap perkara berbangkit telah ditangani dengan baik oleh Umno dan Barisan Nasional. Keyakinan rakyat Pahang kepada BN dan Umno pula dikatakan semakin baik setelah isu berbangkit telah diselesaikan dengan baik di Parlimen. Penjelasan oleh pihak yang diberikan tanggungjawab menyiasat beberapa isu memulihkan kembali imej Najib dan Umno di mata rakyat.

Pembangkang sebaliknya kini berhadapan dengan kesukaran untuk menjelaskan segala penipuan yang telah mereka lakukan dan ini akan juga menimbulkan persepsi kepada rakyat bahawa pembangkang hanya menipu rakyat dengan pelbagai cerita mengarut dan tidak sahih.

Kini perkhabaran peralihan sokongan pula menimbulkan keresahan kepada pemimpin tertinggi dalam Pakatan Harapan dan mereka mungkin akan bertindak memaksa setiap wakil pembangkang menandatangani akaun bersumpah untuk taat setia kepada parti. Sebarang pertukaran sokongan yang dilakukan wakil mereka mungkin akan dianggap sebagai pengkhianat dan besar kemungkinan akan didakwa di Mahkamah.

Sikap kuku besi dalam Pakatan Harapan sebenarnya terbit dari pengaruh DAP dan penularan sikap 'gila kuasa' ini telah ditunjukkan dalam Pilihanraya Negeri Sarawak apabila DAP berkeras mahu menentukan siapa calon dan dimana calon akan bertanding.

Benarkah akan ada perubahan sokongan wakil pembangkang dalam masa terdekat ini di Pahang?
Siapakah wakil pembangkang yang akan menyatakan sokongan terbuka kepada Najib dan BN?
Pakatan Harapan akan hancur di Pahang dan siapakah yang akan menjadi gunting dalam lipatan terhadap mereka?





No comments:

Post a Comment