Wednesday 25 May 2016

GST Dan Sistem Pilihanraya - ADUN DAP Bilut Jadi Bodoh?




Dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pahang pada 24 Mei 2016, Adun Bilut dari Democratic Action Party (DAP) Chow Yu Hui cuba memutar belit kenyataan mengenai GST yang dilaksanakan di Malaysia sejak April 2105 apabila cuba mengaitkannya dengan sistem pilihanraya Malaysia. 

Soalan Yu Hui " (Jika) semua 160 negarayang mengamalkan GST mengamalkan pilihanraya yang bersih dan adil, mengapa Malaysia tidak amalkan?"

Beliau yang bertanya soalan itu selepas Dato Seri Shahiruddin Moin menyatakan pembangkang tidak pernah menyokong GST walau telah dilaksanakan di 160 negara di dunia. 

"saya cuma bersuara tentang sistem pilihanraya"  ujar Yu Hui apabila di temuramah portal rasmi DAP. Adun dari DAP yang sememangnya tidak fasih berbahasa Melayu walau di angkat menjadi wakil rakyat itu sepatutnya faham mengenai perkara yang disebutkan di dalam dewan mengenai GST dan ianya tiada kaitan dengan sistem pilihanraya Malaysia di mana DAP turut mengiktiraf sistem tersebut.

Sebagai bukti paling kukuh DAP yang turut memperakui keberkesanan sistem pilihanraya Malaysia ialah penubuhan kerajaan DAP di Pulau Pinang selepas mereka berjaya memperdayakan rakyat P.Pinang agar mengundi mereka dengan jaminan keselesaaan rakyat akan lebih terjamin di bawah DAP. Walau bagaimanapun perkara sebaliknya telah terjadi sejak DAP memerintah P.Pinang berikutan pembongkaran pelbagai skandal berkaitan DAP dan Setiausaha Agung DAP.

Speaker Dewan Undangan Negeri yang meminta agar Yu Hui menarik balik kenyataan tersebut bagaimanapun telah menggantung Adun Bilut apabila beliau enggan menarik balik kenyataannya semalam. Wakil pembangkang lain yang kononnya mahu menunjukkan solidariti kepada Yu Hui turut keluar dari Dewan sebagai tanda protes atas penggantungan Yu Hui.

Pembangkang di Pahang yang kini goyang kerana terdapat ura-ura peralihan sokongan dari pembangkang kepada BN cuba meraih simpati dari rakyat dengan mencari alasan yang boleh digunakan untuk memburukkan kerajaan namun hakikatnya mereka di dalam Pakatan Harapan tidak pernah bersatu.

Yu Hui sepatutnya faham perlaksanaan GST di Malaysia telah di terima pakai oleh kerajaan Pakatan Harapan sendiri dimana Menteri Besar Selangor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui beliau tidak mampu menghapuskan GST di PBT masing masing begitu juga kerajaan P.Pinang di bawah pentadbiran DAP sendiri tidak memansuhkan GST di negeri tersebut.

Sistem pilihanraya yang dipersoalkan oleh Adun Bilut sebenarnya hanyalah retorik mereka dalam mencari jalan mudah untuk 'bercerita' kepada rakyat di kawasan yang di wakili bahawa mereka telah membawa suara rakyat sedangkan hakikat sebebnar kebanyakan Adun Pembangkang hanyalah makan 'gaji buta' dan tidak mempedulikan keperluan rakyat setempat. Aduan rakyat mengenai Adun pembangkang di Pahang yang tidak membantu rakyat mula diperkatakan apabila mereka kini mula beralih arah kepada wakil dari Barisan Nasional bagi meluahkan permasalahan di kawasan mereka.

DAP yang semakin terdesak mencari populariti kembali selepas kalah teruk dalam PRN Sarawak cuba memper'bodoh'kan rakyat Pahang tetapi mereka lupa bahawa rakyat Pahang sudah semakin bijak menilai ketidakmampuan DAP sebagai wakil rakyat dalam Pahang dan mereka bakal menghukum Adun DAP dalam PRU14.


Thursday 19 May 2016

Video Masjid Al Muhajirin Yang Telah Siap Pembinaannya - Terimakasih Adun Jelai



Kariah Masjid Felda Sungai Koyan kini akan dapat menunaikan Solat Terawih dan Solat Sunat AidilFitri di Masjid yang baru siap pembinaannya selepas hampir 3 tahun menunggu. Solat Jumaat yang pertama di Masjid Al Muhajirin akan dilakukan pada 27 Mei 2016 selepas pihak Jabatan Agama Islam Daerah Lipis memberi kebenaran berbuat demikian.

Pembinaan Masjid ini yang tertangguh hingga 3 tahun bukanlah kegagalan kerajaan negeri atau pun kelemahan ADUN Jelai seperti yang digembar gemburkan. Siasatan penulis mendapati pihak kontraktor yang dilantik tidak menjalankan amanah yang telah diberikan kepada mereka hingga menyebabkan kelewatan pembinaan.

Sudah tentu dengan siapnya Masjid Sg Koyan ini tepat pada masanya melegakan banyak pihak terutama mereka yang telah dikambing hitamkan oleh sesetengah pihak yang tidak mengetahui perkara sebenar.

Cabaran besar untuk menyiapkan Masjid ini telah berjaya diharungi dengan penuh kesabaran penduduk Sg Koyan dan kini pastinya kariah tidak sabar untuk menggunakannya bagi menyebarkan dan menyuburkan lagi Syiar Islam di Sg Koyan khususnya dan Dun Jelai amnya.

Individu yang paling gembira dengan siapnya Masjid Sg Koyan ini tentunya ADUN Jelai, Dato Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang sentiasa komited memberikan khidmat yang terbaik kepada pengundi di kawasannya. Beliau yang kini boleh menarik nafas lega dengan selesainya pembinaan Masjid Sg Koyan ini sudah tentu akan terus menabur khidmat bagi komuniti Jelai dengan pelbagai usaha untuk kemajuan setempat.

Berkhidmat sebagai ADUN selama hampir 3 penggal sebenarnya cukup memberi Wan Rosdy pengalaman yang menarik. Beliau yang pernah penulis kritik menunjukkan kesungguhan bagi membuktikan komitmennya kepada penduduk Jelai dan ini diterjemahkan dengan program mendekati masyarakat dan pelbagai bantuan yang disalurkan tanpa ada sempadan politik.

Apa yang penulis banggakan, kini Wan Rosdy yang lebih mesra penulis sapa sebagai "Abang" berjaya membuktikan beliau merupakan 'PERMATA Jelai' yang tidak ternilai. 

Terimakasih Kerajaan Barisan Nasional dan Umno yang sentiasa mendahulukan keperluan rakyat dan menjamin keselesaan beribadat Umat Islam. Bukan mudah bagi BN memuaskan hati semua rakyat namun ini hanya sebahagian dari transformasi yang dilakukan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak.


Tuesday 17 May 2016

Warisan Berharga Untuk Generasi Akan Datang - Sultan Pahang





Penerokaan hutan serta khazanah negara oleh pihak tidak bertanggungjawab menarik minat Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dalam titah baginda merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang penggal ke-4 kali ke-13 di Wisma Seri Pahang.

"Pemuliharaan alam perlu kerana negeri dan isi kandungannya akan diwarisi generasi akan datang. Kita wajib meninggalkan satu warisan yang berterusan dan berkekalan kepada mereka"

Baginda yang turut meminta kerajaan negeri mempercepatkan langkah mewartakan tanah rizab Orang Asli di Pahang selain membantu meningkatkan lagi ekonomi kaum pribumi tersebut.

"Orang Asli tidak lagi boleh mengamalkan kehidupan seperti dahulu,mereka mesti menyesuaikan diri dengan peredaran masa. Kerajaan Beta tidak mengabaikan kepentingan Orang Asli"

Baginda turut menyampaikan rasa puashati atas usaha kerajaan Pahang yang merancang membina kira kira 33,000 unit rumah berharga RM150,000.00 sejak 2013 hingga kini. 

"Beta juga gembira kerajaan negeri mengambil inisiatif melaksanakan program perumahan berharga RM80,000.00 seunit untuk dimiliki rakyat dan sejak Mac lepas sehingga kini sebanyak 1,000 unit rumah telah berjaya dibina"

Berkaitan teguran Sultan Ahmad Shah mengenai kerakusan pihak pemaju yang terus menerus meneroka hutan tanpa mengambilkira faktor muka bumi, seharusnya kerajaan negeri melaksanakan satu undang undang yang mewajibkan setiap syarikat yang berminat memajukan sesuatu kawasan mematuhi syarat ketat pihak EIA.


Penerokaan di Gunung Dulang yang dipercayai antara punca Sungai Tembeling menajdi cetek perlu dipandang serius pihak kerajaan negeri. Sumber air sepatutnya dipelihara dengan baik untuk kelangsungan rakyat Pahang dan ini merupakan ancaman terhadap geologi muka bumi serta hidupan liar di hutan berkenaan.

Kerajaan juga perlu memandang serius penerokaan balak secara haram yang berleluasa dalam negeri Pahang demi menjaga kestabilan ekosistem hutan hujan tropika Pahang yang terkenal sebagai tadahan hujan dan keindahan flora fauna sejak sekian lama. 

Saranan Sultan Ahmad Shah agar kerajaan negeri memelihara kepentingan warisan hutan perlu diterapkan kepada seluruh rakyat agar terus mempertahankan tinggalan berharga untyk generasi akan datang.

Tuesday 3 May 2016

Kisah Ngeri Di Cameron Highlands - Bersediakah Pahang Untuk Tahun Melawat Pahang 2017?




Tahun 2017 diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Pahang oleh Menteri Besar Pahang di satu majlis di Kuantan. Pahang secara fizikalnya telah bersedia menerima kunjungan pelancong domestik dan juga dari luar dan menjadi salah satu negeri yang berada dalam radar pengembara dari serata dunia untuk di lawati.

Kerja keras Exco Pelancongan Pahang, Dato Sri Mohd Sharkar Shamsuddin mempromosi negeri Tok Gajah ini sesuatu yang perlu di puji. Namun begitu terdapat kes kes terpencil yang akan mencacatkan TMP 2017 jika tidak diperbaiki secara agresif dan sistematik.

Sektor makanan unik dalam Pahang memainkan peranan yang agak berkesan bagi menarik pelancong kembali mengunjungi tempat pelancongan. Namun demikian ada pengusaha makanan yang mengabaikan kebersihan persekitaran premis mereka dan hanya memikirkan keuntungan sahaja.

Pengusaha restoran dan peniaga kecil memainkan peranan dalam sektor pelancongan kerana boleh di anggap sebagai 'Duta Kecil' Pahang dalam menggamit kehadiran pelancong. Pengalaman penulis menikmati makanan di sebuah restoran yang agak terkenal di tanah tinggi Cameron Highlands baru baru ini membuatkan penulis berfikir samada pengusaha sektor pemakanan telah bersedia untuk menerima tetamu atau sekadar berniaga untuk mencari keuntungan berganda.

Umum mengetahui Cameron Highlands antara kawasan yang kerap dikunjungi pelancong domestik serta luar dan kehadiran mereka membawa rezeki kepada peniaga di Cameron Highlands. Namun demikian sikap pengusaha makanan dan restoran yang menyediakan makanan mengecewakan dan meninggalkan kesan kepada penulis.

Makanan yang di hantar tidak memenuhi permintaan dan rasa yang di hidangkan juga sangat mengecewakan. Penulis sempat berbual dengan 3 orang pelancong dari Jerman dan bertanya kepada mereka mengenai makanan yang telah di pesan. Nyata pelancong tersebut juga meluahkan kekecewaan terhadap kualiti makan yang dihidangkan pengusaha serta bertanya kepada penulis samada kualiti makanan dalam Pahang hanya sekadar melepas batuk di tangga?

Agak memalukan apabila penulis cuba meyakinkan pelancong mengenai makanan unik dalam Pahang yang perlu mereka nikmati namun pelancong tersebut berpendapat apa yang telah dihidangkan kepada mereka malam itu adalah gambaran keseluruhan juadah dalam Pahang. Pelawaan penulis mengajak pelancong merasai rasa sebenar masakan Pahang di tolak kerana mereka kecewa dengan cara dan sikap sesetengah pengusaha makanan di Cameron yang tidak mengutamakan kualiti sebaliknya hanya menyempurnakan kuantiti kepada pengunjung.

Mungkin Exco Pelancongan Pahang perlu berbuat sesuatu dalam menangani rungutan kebanyakan pelancong mengenai prestasi pengusaha sektor pemakanan di Cameron Highlands sebelum TMP 2017 bermula. Kesesakan setiap kali waktu cuti juga merimaskan pelancong domestik yang berharap agar kerajaan Pahang dapat memikirkan alternatif untuk mengurangkan rasa rimas akibat kesesakan jalanraya di Cameron Highlands.

Mungkin sudah tiba masa kerajaan Pahang melaksanakan sistem 'Shuttle' bagi pelancong dari luar dan domestik nikmati untuk ke destinasi tertentu. Jumlah kenderaan yang meningkat sebenarnya hanya menyumbang  kepada pencemaran udara di Cameron Highlands. 

Sebelum Tahun Melawat Pahang 2017 berlangsung secara rasmi tahun hadapan banyak perkara yang perlu dititikberatkan kerajaan Pahang untuk di praktikkan di tanah tinggi bagi mengurangkan rungutan pelancong. Seandainya berlarutan tidak mustahil pelancong enggan mengunjungi Cameron Highlands berdasarkan pengalaman mereka yang telah melalui berbagai kisah ngeri di tanah tinggi Pahang.