Monday 20 June 2016

Bantuan Risda Tidak Pinggirkan Pekebun Kecil - Rujuk Kepada Agensi Bukan Menabur Fitnah





FITNAH TERHADAP RISDA, RUJUK KEPADA AGENSI BUKAN SEBAR FITNAH


Risda merupakan sebuah agensi Kerajaan untuk membantu pekebun kecil yang tidak berkemapuan untuk menguruskan kebun mereka. Pekebun kecil yang tidak berdaya untuk menguruskan hasil di tanah mereka diberikan bantuan atas keprihatinan kerajaan yang memahami situasi penurunan harga komoditi utama pekebun.

Bagaimanapun, bantuan yang disediakan oleh Risda meletakkan syarat tertentu untuk di patuhi oleh pekebun bagi melayakkan mereka menerima bantuan tersedia. Beberapa perkara perlu difahami pekebun sebelum mereka menikmati bantuan ini dan ianya tidak memudaratkan pekebun langsung.

Dalam satu status yang di naikmuat dalam media sosial telah menuduh kerajaan dan Risda menyusahkan pekebun dengan pelbagai karenah sedangkan individu tersebut tidak memahami kandungan syarat yang telah ditetapkan agensi tersebut bagi melayakkan mereka menerima bantuan RM500.

Arahan yang telah dikeluarkan oleh Dato Seri Ismail Sabri Yaakob kepada Pemaju Masyarakat Risda (PMR) dan Pegawai Seranta Risda (PSR) untuk berjumpa sendiri dengan pekebun untuk mengisi borang bagi membolehkan mereka menerima bantuan daripada Risda untuk meringankan beban akibat kejatuhan harga getah dalam pasaran.

Risda tidak pernah mengabaikan kebajikan pekebun kecil yang bernaung di bawah agensi tersebut malah memberikan khidmat terbaik bagi membawa mereka keluar dari garis kemiskinan dan meletakkan status pekebun kecil ke tahap yang lebih baik.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah amat mengambil berat isu yang sedang hangat diperkatakan oleh kebanyakan pekebun kecil. Rungutan mereka berkaitan harga getah yang merudum di pandang serius dan Risda sebagai agensi yang dipertanggungjawapkan telah mengambil langkah proaktif bagi meringankan beban pekebun kecil.

Tidak masuk akal jika ada individu yang mempertikaikan dan menyatakan bahawa Risda menyusahkan pekebun kecil dengan pelbagai birokrasi sedangkan Ismail Sabri sendiri mengambil berat setiap masalah yang melanda. 

Pekebun kecil perlu merujuk kepada agensi tersebut agar tidak timbul salah faham yang memburukkan imej Risda. Penuhi syarat yang telah ditetapkan dan mereka akan menerima bantuan yang dijanjikan sepenuhnya, bukan menyerang dalam media sosial dan menimbulkan kebencian rakyat terhadap agensi yang telah banyak membantu mereka selama ini.