Friday 28 October 2016

PREMIS JUDI BERLELUASA DI CAMERON HIGHLANDS - TERMASUK SENARAI TEMPAT LAWATAN TAHUN MELAWAT PAHANG 2017?

Satu posting mengenai premis perjudian haram di Cameron Highlands yang dinaikmuat oleh Safe Cameron Highlands di laman media facebook pada 22 Oktober 2016 jam 6.49 petang mengeluh mengenai kewujudan semula tempat itu.

"Entertainment Complex Equatorial Hotel Kea Farm telah diserbu oleh pihak berkuasa dan mesin telah dirampas".

Namun demikian, menurut Safe Cameron wujud pula premis lain bertempat di hadapan Hotel Natasya Resort Kea Farm yang menggunakan kaca gelap dan menampal pelekat gambar pahlawan.

Dalam tulisan Safe Cameron lagi, mereka khuatir akan wujud lagi premis perjudian yang akan membawa imej buruk kepada industri pelancongan tanah tinggi itu.

Polis DiRaja Malaysia diminta oleh Safe Malaysia agar bertindak terhadap kewujudan premis judi yang hanya mendatangkan implikasi buruk kepada rakyat serta anak muda Cameron Highlands.

No comments:

Post a Comment