Saturday 28 January 2017

PRIHATIN NASIB MANGSA BANJIR - KELAB ANAK RAUB TURUN PADANG AGIH BANTUAN PASCA BANJIR



PROGRAM BANTUAN PASCA BANJIR KELAB ANAK RAUB-MINDEF 2017 - INISIATIF NGO BANTU MANGSA BANJIR RAUB

Musim hujan yang melanda seluruh negara telah menyebabkan air naik dengan mendadak di kebanyakan tempat di pantai timur mengakibatkan kejadian banjir berlaku tanpa di duga penduduk yang mengalami musibah. Pahang turut terlibat dengan dengan sesetengah daerah mengalami kenaikan air yang tidak di duga sama sekali. Raub antara daerah yang terlibat apabila air di hulu turun berserta hujan lebat melanda daerah tersebut beberapa hari.

Bantuan segera kepada mangsa banjir telah di hantar dengan kadar segera kerana ada tempat yang selalunya tidak mengalami banjir telah menerima kejutan apabila mereka di landa musibah tersebut. Akibat kejadian tersebut ada mangsa yang tidak sempat menyelamatkan harta benda kerana tidak menduga akan terlibat dengan musibah tersebut. Tidak ketinggalan Umno Raub prihatin dengan nasib rakyat telah turun padang memberi bantuan segera kepada rakyat yang terlibat bersama agensi kerajaan untuk mengelakkan mangsa banjir mengalami kesukaran.

Kadar penurunan paras air dengan cepat telah memberi kelegaan kepada yang terlibat namun demikian keadaan kediaman serta harta benda yang musnah meninggalkan kesan trauma terhadap mereka. Mengambil kira kesan banjir terhadap mangsa, sebuah kelab NGO, Kelab Anak Raub mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir dengan kerjasama ahli ahli sukarelawan.

Program yang dilakukan tanpa perancangan adalah atas dasar prihatin Kelab Anak Raub yang tidak mahu ketinggalan dalam memberi sumbangan ikhlas bagi meringankan beban mangsa terlibat. Menurut CEO Kelab Anak Raub, Mejar (Kehormat) Fadzli Mohamad Kamal, mereka hanya mengambil masa tidak sampai sehari bagi mengumpul bantuan berupa barangan keperluan harian serta beberapa kelengkapan rumah untuk diagihkan kepada mangsa yang terlibat. Memilih Tanjung Putus dan Maahad Tahfiz Bukit Pampong sebagai lokasi pemberian bantuan, konvoi 16 buah kenderaan bergerak dari Kuala Lumpur ke Raub ketika cuti Tahun Baru Cina.

Turut membantu pergerakan serta pengagihan bantuan ini Pemuda Umno Raub menghulur bantuan sukarelawan bagi memudahkan operasi bantuan pasca banjir Kelab Anak Raub. Apa yang membanggakan semangat ahli Kelab Anak Raub berkobar kobar kerana bagi mereka rakyat yang terlibat dalam banjir ini seperti keluarga mereka sendiri memandangkan semua ahli kelab tersebut berasal dari Raub.

Adun Dong, Dato Seri Shahiruddin Moin yang juga Exco Mesyuarat Kerajaan Pahang diberikan penghormatan bagi menyampaikan bantuan bagi pihak Kelab Anak Raub dan kemesraan yang ditunjukkan mereka menyentuh hati penduduk yang menerima bantuan tersebut. Berharap akan terus dapat membantu penduduk Raub yang di timpa musibah, Timbalan CEO Kelab Anak Raub, Kamil Ibrahim mahu program seperti ini disertai lebih ramai anak anak Raub bagi membantu meramaikan lagi keahlian dan boleh membantu orang Raub apabila musibah melanda dengan kerjasama agensi serta Umno Raub dan mewujudkan semangat kesukarelaan di kalangan anak anak Raub.










Thursday 26 January 2017

PAS HANYA DIKEKALKAN DALAM SELANGOR DEMI KUASA - PENDEDAHAN WAKIL DAP RAUB (Bahagian ke-2)





PAS SELANGOR DIKEKALKAN HANYA UNTUK KUASA MEMERINTAH, TIDAK LEBIH DARI ITU - ARIFF SABRI (DAP RAUB) Part-2

Selepas memenangi kerusi P080 Raub dalam PRU13, Dato Ariff Sabri dari DAP tidak menampilkan khidmat cemerlang seperti seorang yang pernah berkhidmat sebagai ADUN sewaktu beliau masih bersama Umno. Beliau yang sukar di temui pengundi Raub, sebenarnya mula menampakkan muka di kawasannya apabila terasa PRU14 semakin hampir dan mula mendekati pengundi yang beliau rasakan akan mengundinya sekali lagi bagi mengekalkan kerusi P080.

Dalam satu temubual eksklusif bersama beliau di Taman Bandar Raub, Ariff cuba menampakkan dirinya sebagai pejuang rakyat yang di terima oleh semua lapisan rakyat walau tahu karier beliau hanyalah sekadar sebagai 'batu loncatan' DAP untuk menguasai kerusi tradisi BN selama ini. 

Mengikut penilaian penulis, Ariff tanpa sedar telah digunakan oleh DAP hanya untuk memecah undi kaum Melayu yang selama ini setia kepada BN dan watak beliau sebagai Melayu di'kuda'kan DAP bagi menembusi kawasan Melayu di mana selama ini tidak mampu di masuki DAP. Pertembungan antara beliau dan wakil BN telah memberi beliau kelebihan kerana Raub mempunyai 51% pengundi Melayu dan DAP nampak peluang ini untuk membuka ruang bagi mereka menguasai pengundi Melayu.

Soalan Penulis - S
Jawapan Ariff Sabri - J

S - berbaloikah Dap P.Pinang dengan projek terowong dasar laut di sana? Mengapa Dap bazirkan hingga RM300 juta untuk kertas kerja sahaja?
J - saya tidak mahu komen dan saya tidak tahu menahu mengenai projek berkenaan, malah Nazri Azizi sendiri ada terlibat dengan projek bersama kerajaan negeri Dap. (Nazri Aziz ada bisnes dealing dengan mereka)
S - apa pandangan mengenai konsep Malaysian Malaysia yang masih jadi pegangan Dap?
J - konsep 1Malaysia adalah sama seperti Malaysian Malaysia..jadi apa bezanya?
S - mengapa baru sekarang Dap berminat dengan Felda?
J - saya bawa Lim Kit Siang masuk Felda baru baru ini dan beliau baru sedar pengundi Felda mampu menjadi penentu kemenangan dalam Pru dan kini Dap boleh menembusi Felda bila kita ada tenaga muda yang boleh bercakap Melayu dan kita boleh bercakap dengan peneroka di mana sebelum ini Dap tidak mampu menembusi kawasan Melayu. Felda mewujudkan 1.5 juta penempatan Melayu dan kita mahu menguasai mereka serta menyedarkan peneroka Felda.Sekarang ini Felda nak bayar bonus mereka kena jual aset satu persatu untuk bayar bonus dan dividen kepada peneroka Felda. Demografi pengundi perlu di ambil kira dan berapa parlimen  boleh di menangi kecuali Najib bawa masuk 700,000 orang dari China.
S - dari mana datangnya 700,00 pengundi?
J - Forest City Johor..tidak mustahil Najib bawa masuk dan beri IC untuk mengundi dan tidak mustahil Najib akan buat parlimen baru dengan 700,00 orang dari China di Forest City Johor. Cina sekarang ini bukak tingkap je pandang roket (DAP)
S - sebelum PRU13, Mohamed Razali( bekas ahli DAP) pernah dedahkan mengenai dana dari Israel tetapi hingga hari ini Lim Kit Siang tidak berani menyaman Razali sedangkan bukti audio visual ada dan seorang ahli Pas di saman kerana bercakap mengenai hal tersebut?
J - saya tidak tahu mengenai perkara tersebut..tidak ada pendakwaan dari Razali dan tidak ada bukti kukuh untuk dakwaan tersebut..
S - tapi mengapa Dap saman ahli Pas bila bercakap hal tersebut?
J - saya tahu masa dia (ahli Pas) kena saman itu adalah gerakan yang bagus kerana itu boleh dedahkan segalanya tetapi tidak ada. (Dap tidak lanjutkan kerana tidak ada bukti)
S - pandangan mengenai Tunku Aziz? (bekas ahli DAP)
J - dia seorang penipu...mana ada perjanjian segala...dia tak pandai cakap Melayu..dia anti sangat kerana dia senator yang di lantik Dap..tetapi bila sudah habis tempoh Senator dia tidak mahu terima penamatan kerana Lim Guan Eng hantar Zairil untuk memberitahu perkara tersebut (Zairil budak kecil)
S - ada kemungkinan dato kembali kepada Umno?
J - bukan bawah Najib...saya bawah Umno dulu saya merupakan kaki lawan (Dun Pahang tahu)
S -Anwar Ibrahim pernah dedah kekayaan Mahathir dan anak anaknya..bagaimana boleh mereka jadi kaya raya?
J - masalah untuk kita menilai kata kata Anwar adalah dia sendiri ada salah laku dan kena macam macam dengan Mahathir..saya simpati dengan Anwar kerana dia dikenakan oleh Mahathir dan kini Najib pula..dia bekas TPM..Anwar ni pula kalau saya nak ulas..dia ni banyak cakap tapi pelaksanaan kurang..pandai berdrama..pandai bercakap..dan Wan Azizah tidak rapat dengan saya kerana pandangan saya. (Dia) dikenakan kerana penghakiman, doktor, peguam negara segalanya di kawal oleh dia (Najib)
S - bukankah Mahathir yang kenakan Anwar?
J - ye dulu Mahathir kenakan Anwar tetapi kini Najib pula
S - kerajaan Selangor merupakan kerajaan campuran yang mempunyai Pas,Pkr,Dap..mengapa Pas dikekalkan sebagai sebahagian kerajaan tetapi tidak dalam pakatan Harapan?
J - itu untuk kekalkan kuasa pemerintah sahaja bukan untuk Pru dan ini hanyalah untuk mengekalkan kuasa dan tidak lebih dari itu.

Bersambung bahagian ke-3

PENDEDAHAN TEMURAMAH BERSAMA AHLI PARLIMEN RAUB SIRI 1 - ARIFF SABRI YAKIN MAMPU KEKALKAN KERUSI P080 RAUB




TEMUBUAL EKSKLUSIF BERSAMA AHLI PARLIMEN DAP RAUB

Ahli Parlimen P080 Raub mengakui ada masalah dalaman dalam DAP sendiri tetapi beliau masih menaruh harapan dan yakin mampu menumbangkan BN pada PRU14. Beliau berkata demikian dalam pertemuan 4 mata bersama penulis di Taman bandar Raub petang tadi. Banyak persoalan yang dikemukakan kepada beliau dan Ariff Sabri selaku Ahli Parlimen Raub memberi jawapan yang boleh difikirkan bersama mengenai apakah jawapan jawapan beliau mencerminkan kekuatan sebenar DAP dalam politik Malaysia.

Dalam pendedahan perbualan ini, Ariff turut menyatakan pendiriannya dalam isu pindaan RUU355 yang sama sekali bertentangan dengan pendirian partinya? Pendedahan akan di buat dalam bentuk bersiri dan ini merupakan siri pertama yang dikeluarkan.

Berikut adalah sebahagian dari soalan dan jawapan yang diberikan kepada soalan soalan yang diberikan kepada Ariff Sabri.

S - soalan -penulis
J - Jawapan- Ariff Sabri


S - apakah tindakan pihak Dato mengatasi premis judi dan kewujudan rumah urut yang berleluasa di Raub?
J - saya tidak boleh lapor di sini kerana laporan perlu di buat kepada pihak lebih atas kerana semua ini di jaga oleh pihak tertentu yang berkuasa (kena cakap ke timbalan menteri)
S - adakah Dato akan memilih pendirian parti atau peribadi dalam soal RUU355?
J - pendirian DAP jelas menolak RUU355 tetapi saya secara peribadi akan mengenepikan parti dalam soal kedaulatan agama (DAP beri kelonggaran untuk saya)
S - dalam isu yang dikeluarkan CIA mengenai skandal BMF, apa pandangan Dato mengenai penglibatan Mahathir dalam skandal tersebut?
J - seperti kita tahu ketika kes ini berlaku yang berkuasa adalah Mahathir dan semua itu berlaku dalam zaman Mahathir. Tidak mustahil jika CIA di bayar untuk keluarkan laporan sebegitu. Ketika itu Mahathir yang mengawal segalanya termasuk isu BMF.
S - adakah ini bermakna mereka (pembangkang) turut membayar kepada WSJ dan segala rangkaian media untuk mengeluarkan tuduhan terhadap Najib?
J - tidak mustahil mereka (pembangkang) berbuat demikian atas kepentingan politik.
S - potensi Pakatan Harapan untuk menang PRU14?
J - pakatan harapan sebenarnya tidak mempunyai seorang yang boleh menjadi ketua kepada pembangkang
S - adakah Anwar layak menjadi status quo untuk menjadi pemimpin pakatan harapan?
J - Anwar tidak layak dan saya tidak berminat dengan cara Anwar kerana dia hanya pandai bercakap, berdrama dan sebagainya
S - adakah pakatan harapan sudah mencapai kata putus siapa layak jadi PM jika pakatan menang?
J - kita kena berbincang sebab kita gabungan pembangkang, tidak boleh atas parti secara individu
S- adakah DAP akan bertanding di kerusi yang ditinggalkan Allahyarham Adenan Satem?
J - Dap tidak akan bertanding seingat saya melalui whatsapp pembangkang
S - CEC Dap tidak mencerminkan sikap tidak rasis Dap..mengapa ini terjadi kerana tidak ramai melayu menjadi sebahagian dari CEC?
J - sebab Melayu tidak ramai dalam Dap dan saya tidak rasa itu sebagai masalah 
S - mengapa Dap berminat dengan Felda hingga tubuhkan parlimen Felda Dap?
J - selama ini Lim Kit Siang tidak menyedari kekuatan pengundi Melayu di Felda dan kami mahu menjadi juara untuk Felda, kini ramai dari ahli Dap sudah boleh menembusi Felda dan kami akan terus mendampingi kerana Lim Kit Siang baru sedar 54 kerusi parlimen datangnya dari Felda

Bersambung dalam siri ke-2

Wednesday 25 January 2017

DAP RAUB HANYA MAIN 'WAYANG' KABURI RAKYAT - BANJIR DI RAUB, MANA ARIFF SABRI HILANG?


BANJIR RAUB - MANA WAKIL DAP RAUB BILA RAKYAT MEMERLUKAN KHIDMAT ARIFF SABRI?


Hujan lebat selama beberapa hari telah mengakibatkan kenaikan air di Pahang meningkat dan menyebabkan kejadian banjir berlaku. Saban tahun Raub turut menerima tempias banjir dan tahun ini kejadian sama berulang lagi. Walau demikian, kejadian banjir kali ini telah di jangka dan pasukan bertanggungjawab bersiap siaga lebih awal agar memudahkan sebarang operasi pemindahan dilakukan.

Umno Raub merupakan antara yang barisan hadapan membantu mangsa banjir yang berlaku di Raub dan bantuan awal diuruskan secara sistematik oleh Umno Raub yang di ketuai oleh Adun Dong, Dato Seri Shahiruddin Moin bersama barisan kepimpinan lain bersama Pegawai Daerah Raub Dato Hamdan Husin yang baru berkhidmat di Raub. Turut serta ialah Dato Ir Azinuddin Rahim, CADO Raub Mahathir, ADO Share, ADO Hilmi bersama Ketua Pemuda Umno Raub.

Malang sekali bagi mangsa banjir kali ini Ahli Parlimen Raub, Dato Ariff Sabri langsung tidak menampakkan muka di kawasan yang terlibat banjir sedangkan kawasan tersebut berada dalam Parlimen Raub yang di wakili DAP. Mengapa DAP sering menganaktirikan kawasan banjir yang rata rata penduduknya Melayu walhal wakil DAP sendiri ialah Melayu? Adakah penduduk Raub yang terlibat bukan menjadi keutamaan Ariff untuk menjenguk dan menghulurkan bantuan? Tahun 2014 semasa kejadian sama berlaku, rungutan dari rakyat mengenai ahli parlimen berkenaan kedengaran dan mereka hairan mengapa Ariff tidak menjalankan tugasnya selaku wakil rakyat di Raub.

Jika ada birokrasi dari DAP Raub terhadap rakyat maka tidak hairanlah kehadiran DAP di Raub sudah tidak relevan lagi apabila keperluan rakyat pun DAP tidak mampu berikan apatah lagi khidmat seorang wakil rakyat di saat rakyat memerlukan. Berbanding dengan Umno Raub yang sentiasa prihatin dengan musibah yang melanda penduduk Raub, perbezaan ketara antara parti yang memerintah dan pembangkang amat jelas sekali dan akan dijadikan pedoman di masa akan datang agar rakyat memilih mereka yang benar benar memberi khidmat kepada rakyat dan bukan sekadar retorik politik seperti amalan DAP sekarang.

Sejak mengambil alih kerusi Parlimen Raub dari 2013 hingga kini boleh dikatakan Ariff Sabri tidak mampu memberi khidmat cemerlang kepada penduduk serta pengundi Raub seperti yang sering DAP laungkan ketika merayu undi. 'Politik Penipu' yang diamalkan kebanyakan wakil DAP sudah mula kelihatan apabila rakyat di landa musibah seperti banjir apabila hanya BN yang akan tampil terlebih dahulu menghulurkan bantuan tanpa mengira fahaman politik rakyat.

Mampukah DAP Raub terus menipu rakyat dan pengundi Raub di PRU akan datang dengan rekod khidmat yang boleh dikatakan sebagai gred 'F' ini? Rakyat Raub boleh menilai sendiri keprihatinan BN setiap kali musibah melanda dan di mana pula pembangkang berada apabila rakyat memerlukan.



Wednesday 18 January 2017

JENTERA PILIHANRAYA UMNO RAUB DILANCARKAN - ADNAN MAHU RAKYAT MENILAI KERJA UMNO DAN BN




LANCAR JENTERA PILIHANRAYA UMNO RAUB - ADNAN MAHU SEMUA KOMPONEN BEKERJASAMA BANTU KEMENANGAN 

Dato Seri DiRaja Adnan Yaakob semalam melancarkan jentera Pilihanraya Umno Parlimen Raub yang disertai oleh seluruh jentera Umno Raub. Sebagai lokasi pertama pelancaran, Adnan menyampaikan amanat yang lebih merupakan nasihat kepada jentera Umno Raub agar sentiasa mendekatkan diri dengan rakyat tanpa menunggu pembubaran parlimen.


Beliau turut mengingatkan parti komponen BN agar turun padang dan bukannya berharap semua tanggungjawab itu kepada Umno semata mata. Barisan Nasional masih relevan kepada rakyat kerana hanya BN mampu menjaga kebajikan semua kaum dalam Malaysia selain Umno yang menjaga kepentingan kaum Melayu.



"Umno dan Barisan Nasional telah membuktikan kepada rakyat hanya parti ini sahaja yang boleh menjaga semua kepentingan kaum lain sepanjang memerintah" - Adnan Yaakob.



Terdahulu Ketua Umno Bahagian Raub, Dato Seri Shahiruddin Moin dalam ucapan aluannya menyatakan keyakinan Parlimen Raub bakal di rampas semula dari pihak pembangkang yang selama hampir sepenggal tidak melakukan apa apa untuk penduduk setempat. Beliau yang juga Exco Mesyuarat Kerajaan Negeri pahang berkata, sudah tiba masanya parlimen Raub dikembalikan kepada Umno untuk kebaikan bersama. Ahli Parlimen Raub, Dato Ariff Sabri dari DAP yang memenangi kerusi tersebut dalam PRU13 kini semakin di tolak oleh penduduk Raub terutama kaum Cina kerana beliau tidak membawa apa apa perubahan dalam parlimen malah untuk berjumpa beliau merupakan kesukaran bagi orang Raub sendiri. 



"Ariff tidak jaga kita, tak macam BN paling tidak ada juga bawak event mari sini" - Mr Lee (pengundi)



"Susah mau jumpa itu ahli parlimen...dia pun tak mau tengok kita...semua kita mintak Umno sama Datuk Shah tolong sama kita" - Puan Yew (pengundi)



Dalam pada itu Adnan selaku Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Pahang turut mengingatkan corak permainan politik pihak lawan yang suka menabur cerita yang tidak benar melalui media sosial dan berharap Umno Bahagian menanganinya dengan berkesan. Sebelum perasmian tersebut Adnan telah menghadiri majlis ramah mesra bersama rakyat Raub di UiTM Raub.



Dato Seri DiRaja Adnan Yaakob mahu seluruh jentera Umno Pahang menyampaikan segala permasalahan rakyat ke pihak atasan dan mencari jalan menyelesaikan agar rakyat tidak berasa dipinggirkan selepas habis pilihanraya dan kembali mencari pengundi apabila sudah hampir dengan tempoh matang Parlimen. Beliau turut mahu semua Umno Pahang mengubah cara pemikiran yang lama dan bergerak seiring dengan kemjuan teknologi maklumat di hujung jari yang begitu memudahkan seperti pendaftaran pengundi serta penambahan keahlian Umno secara talian internet.



Pada sebelah petang Adnan bersama konvoi turun padang dan beramah mesra dengan penduduk di PPMS (Projek Perumahan Mesra Rakyat) di Kg Lepar, Dong. Turut menyampaikan bantuan kepada penduduk setempat beliau sempat meluangkan masa melawat beberapa penduduk yang tidak sihat dan memberi sedikit bantuan dari kerajaan negeri dan Umno.



Monday 16 January 2017

LELAKI HINA AGONG DAKWA PENGARAH KKM PAHANG 'ORANG KUAT' PEMBANGKANG - BENARKAH KKM PAHANG JADI LUBUK 'PENJAHANAM'?

SELEPAS HINA YDPA, MOHD FAIZ DAKWA PENGARAH KEMENTERIAN KESIHATAN PAHANG SEBAGAI PEMBANGKANG.






Kisah seorang Doktor yang telah menghina Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung mendapat kecaman netizen apabila komentar beliau dalam laman facebook tersebar. Dr Mohd Faiz yang juga dikatakan sebagai ahli Parti Amanah Negara (PAN) bagaimanapun telah meminta maafnamun demikian beliau tetap akan disiasat menurut laporan SKMM.
Namun demikian beliau selaku penjawat awam masih tidak serik melakukan provokasi berbaur politik dalam laman media sosial. Yang terbaru Mohd Faiz menuduh Pengarah Kementerian Kesihatan Pahang sebagai penyokong kuat pembangkang. 

"saja nak bagitau pengarah kesihatan negeri pahang ni orang kuat pembangkang! Kalau apa apa hal, back up power!" - Mohd Faiz

Benarkah dakwaan Mohd Faiz mengenai perkara ini? Beliau membuat komen tersebut kepada salah seorang sahabat facebooknya yang bernama Fazirul Fazri. Carian dalam facebook mendapati Fazirul Fazli merupakan sebahagian daripada penjawat kontrak Kementerian Kesihatan Gred UG41 di Pahang. Dalam komen balas Fazirul mengalu alukan kehadiran Mohd Faiz ke negeri Pahang memandangkan dakwaan Faiz bahawa Pengarah Kesihatan Negeri Pahang adalah antara penyokong kuat pembangkang.

"Kau patut dipindahkan ke Pahang. Lets join us here" -Fazirul Fazli

Adakah dakwaan Faiz ini menunjukkan Kementerian Kesihatan Pahang telah menjadi lubuk kepada penyokong pembangkang dan secara tidak langsung menjadi sebahagian dari jentera pembangkang yang menyebarkan kebencian rakyat terhadap kerajaan? Pahang seperti semua sedai maklum merupakan antara kubu kuat Barisan Nasional dan merupakan negeri kelahiran  Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak dan tapak politik beliau adalah di Pekan Pahang.

Jika benar dakwaan Mohd Faiz ini maka tidak hairanlah mengapa terlalu banyak penjawat awam yang menyimpan kebencian terhadap kerajaan serta kepimpinan sedia ada kerana mereka menjadi sebahagian yang menyebarkan doktrin pembangkang selama ini.

Andai ini merupakan fitnah dari Mohd Faiz, Pengarah Kementerian Kesihatan Pahang wajar mengambil tindakan tegas kerana Mohd Faiz telah menjatuhkan reputasi beliau selaku Penjawat Awam di Pahang. Kementerian Kesihatan Malaysia juga perlu memandang berat perkara ini kerana melibatkan kepercayaan rakyat terhadap kemampuan KKM yang selama ini banyak membawa pembaharuan dalam perkhidmatan kesihatan yang baik untuk rakyat dan seharusnya 'parasit' yang boleh menjahanamkan reputasi KKM wajar dibersihkan.

Carian dalam facebook Pengarah Kesihatan Pahang pula amat mengejutkan apabila satu status yang dinaikmuat berbau hasutan. Timbul persoalan adakah memang benar dakwaan Mohd Faiz ini bahawa Pengarah tersebut memang menjadi alat propaganda pembangkang selama ini. Adakah beliau sememangnya pro pembangkang dan menjadikan KKM Pahang sebagai 'lubuk' untuk semua pro pembangkang mampu bergerak aktif untuk menghasut rakyat membenci kerajaan sekarang? Bagaimanapun individu yang dimaksudkan Faiz kini sudah tidak berkhidmat sebagai Pengarah KKM Pahang dan telah digantikan dengan Pengarah baru.

Pautan Klik : SINI




Bagaimanapun setelah di teliti dengan lebih lanjut Pengarah Kesihatan Pahang telah bertukar berkuatkuasa 9 Januari 2017 namun adakah 'saki baki' peninggalan Pengarah yang di sebut oleh Mohd Faiz masih bertebaran dalam KKM Pahang? 

Adalah menjadi harapan rakyat Pahang kepada Pengarah KKM Pahang yang baru di lantik membenteras mereka yang berkhidmat dalam KKM Pahang daripada perbuatan menghasut rakyat membenci kerajaan serta menyebarkan berita yang tidak sahih serta tohmahan pembangkang.

Baca : SINI

Pautan kisah penghinaan Mohd Faiz terhadap YDPA Klik :SINI

Wednesday 4 January 2017

SAIFUDDIN TIDAK BOLEH KEMBALI KE TEMERLOH - UMNO,PAS,PAN BAKAL BERENTAP DI P88 TEMERLOH?




PAS BAKAL 'BERLAGA' DENGAN PAN DAN UMNO DI TEMERLOH - PILIHAN RAKYAT?

Selepas kalah dalam PRU13 Parlimen P88 Temerloh di tangan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Datuk Saifuddin Abdullah tidak konsisten di dalam Umno hingga beliau mengisytiharkan keluar dari parti dan menyertai PKR. PAS yang meletakkan Nasrudin Hassan sebagai lawan Saifuddin membuat kejutan apabila mengalahkan penyandang kerusi tersebut apabila menerima sokongan kuat dari pengundi.

Apabila Saifuddin keluar dari Umno dan menyertai PKR sebagai landasan perjuangan yang baru, belang sebenar beliau sudah ternampak di mata pengundi yang selama ini mempercayai beliau. Sokongan yang dahulu mungkin mudah beliau dapati kini tidak mungkin akan berulang seandainya PKR mencalonkannya bertanding di kerusi yang sama pada PRU14 kelak. Sikap 'talam dua muka' beliau telah merosakkan imejnya sendiri di mata rakyat Temeloh dan tidak mungkin akan ada peluang kedua untuk Saifuddin meraih sokongan setelah berpaling tadah.

Umno Pahang yang menerima baik tindakan Saifuddin sebaliknya menjadi lebih kuat dan sokongan bertambah apabila Dato Seri Sharkar Shamsudin berjaya mengendalikan Umno Temerloh dengan cemerlang dan meneruskan tradisi Umno membantu rakyat. Sesaui dengan kedudukan Sharkar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Pahang, gerak kerja yang metang dalam politik telah berjaya mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Umno khususnya di Temerloh.

Fakta Parlimen P88 Temerloh


  • Saifuddin Abdullah (BN) - 27,197 - 49.0%
  • Nasrudin Hassan (PAS) - 28.267 -51.0%
Peratusan pengundi mengikut pecahan kaum



  • Melayu - 65.3%
  • Cina - 24.2%
  • India - 8.7%
  • Lain lain - 1.71%
Jumlah pengundi P88 Temerloh

  • 66,105 (Mei 2013)
Peratusan keluar mengundi
  • 55,441 (85.4%)
Menurut sumber dari pengundi di Temeloh faktor yang menyebabkan kekalahan Saifuddin kepada Nasrudin berpunca dari kelemahan beliau sendiri yang tidak konsisten membantu pengundi dan hanya menjenguk apabila ada program yang berkaitan dengan kepentingan dirinya. Selain hanya lebih banyak menumpukan isu nasional, pembangunan Temerloh tidak seperti yang diharapkan pengundi yang telah memberinya mendat dalam PRU12.


Selain dari itu Saifuddin turut dikatakan tidak konsisten dalam mempertahankan Umno dari serangan pihak pembangkang malah beliau mengejutkan pengundi di Temerloh apabila turut menyokong program ' Touch the dog' yang dianjurkan di Ibu Negara tidak lama dahulu. Beliau juga turut senada dengan pembangkang apabila mengkritik dasar dasar kerajaan malah lebih memeningkan pengundi beliau lebih banyak menghabiskan masa sepentas dengan pembangkang dan bukannya dengan kalangan Umno Temerloh.

Melihat kepada jumlah peratusan pengundi pada 2013, Umno sebenarnya mempunyai peluang yang agak cerah untuk kembali merampas kerusi tersebut dari tangan pihak lawan tetapi calon yang mahu diketengahkan perlulah seorang yang dikenali di peringkat akar umbi serta mempunyai sokongan kuat dari DUN dalam Parlimen Temerloh. Mungkin anak tempatan lebih sesuai untuk dijadikan calon terbaru Umno menguasai kembali kerusi P88 bagi memperkuatkan kembali penguasaan BN di Pahang.

Walu berkemungkinan berdepan pertarungan 3 penjuru, BN masih menggungguli kepercayaan pengundi Temerloh dan ini sesuatu yang positif bagi imej BN Pahang disertai dengan kerja keras DUN yang berada dalam kawasan P88 Temerloh. Untuk itu Umno Pahang perlu lebih bijak menamakan calon yang mampu meraih sokongan bukan sahaja dari pengundi Melayu tetapi dari kaum lain yang turut serta menjadi pemangkin undian PRU14. 

Jika melihat dari sudut pemerhatian pengundi P88 Temerloh, mereka sebenarnya mahu bakal wakil lebih menitik beratkan pembangunan yang mampu membantu ekonomi tempatan dan memberi tumpuan kepada pembangunan belia yang boleh menjadi penentu kemana undian akan pergi. Isu nasional yang melanda negara tidak banyak memberi kesan kepada pengundi kerana selama di bawah pentadbiran BN Pahang, keperluan rakyat serta keluhan mereka sentiasa mendapat tempat untuk di selesaikan. PAS sebaliknya hanya bermodalkan politik pentas dan tidak membantu pembangunan apatah lagi menaikkan taraf ekonomi penduduk setempat apabila segalanya disediakan oleh BN Pahang. Meninjau kemampuan Nasrudin yang tidak membawa impak kepada Temerloh, ketokohan beliau hanyalah di pentas ceramah PAS dan sekadar mencari populariti murah dalam isu yang agak ketinggalan. Mungkin ada pengundi yang tidak mengenali langsung Nasrudin kerana beliau tidak 'turun padang' sebagaimana yang dilakukan ADUN BN yang sentiasa mendekati rakyat walau berbeza ideologi politik.

Apakah akan berlaku kejutan dalam P88 Temerloh kelak? Dengan kehadiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mewarnai arena politik Malaysia, parti tu sebenarnya tidak mampu meninggalkan kesan kepada rakyat Pahang sekaligus menolak kehadiran mereka di bumi Tok Gajah. Hanya berlandaskan nafsu kuasa, PPBM bukan ancaman sebenar BN Pahang yang perlu diperhatikan sebaliknya PKR akan menjadi musuh utama BN Pahang dalam PRU14 kelak. Dengan sisa sisa pengaruh Saifuddin tidak mustahil beliau akan membawa doktrin Anwar Ibrahim masuk ke Temerloh bagi merencatkan pembangunan terancang BN untuk rakyat. Bagi PAS pula selepas mereka tiada lagi dalam gabungan Pakatan Harapan, Parti Amanah Negara (PAN) akan menjadi duri dalam daging kepada pengaruh terhadap pengundi. Adakah PAS akan berdepan dengan  PAN sebagaimana yang dijangkakan? Jika ini berlaku peluang untuk BN merampas kembali kerusi P88 Temerloh akan lebih cerah. Apa pun segalanya terpulang kepada pucuk pimpinan BN Pahang di bawah Menteri Besar Dato Seri Adnan Yaakob.

Kemungkinan pergeseran antara sekutu dalam gabungan Pakatan Harapan serta perseteruan antara PAS dan PAN mampu membuka mata rakyat Temerloh pihak mana yang selama ini membela nasib mereka dari dahulu hingga kini. Diharapkan Umno Temerloh serta komponen BN Pahang terus gigih memenangi hati rakyat bagi memastikan kemenangan mutlak BN dalam PRU14 nanti. Pengundi sudah muak dengan 'janji politik' PAS yang tidak memberi sebarang menafaat kepada mereka dan ini kesempatan yang perlu digunakan oleh BN Pahang.