Wednesday 25 January 2017

DAP RAUB HANYA MAIN 'WAYANG' KABURI RAKYAT - BANJIR DI RAUB, MANA ARIFF SABRI HILANG?


BANJIR RAUB - MANA WAKIL DAP RAUB BILA RAKYAT MEMERLUKAN KHIDMAT ARIFF SABRI?


Hujan lebat selama beberapa hari telah mengakibatkan kenaikan air di Pahang meningkat dan menyebabkan kejadian banjir berlaku. Saban tahun Raub turut menerima tempias banjir dan tahun ini kejadian sama berulang lagi. Walau demikian, kejadian banjir kali ini telah di jangka dan pasukan bertanggungjawab bersiap siaga lebih awal agar memudahkan sebarang operasi pemindahan dilakukan.

Umno Raub merupakan antara yang barisan hadapan membantu mangsa banjir yang berlaku di Raub dan bantuan awal diuruskan secara sistematik oleh Umno Raub yang di ketuai oleh Adun Dong, Dato Seri Shahiruddin Moin bersama barisan kepimpinan lain bersama Pegawai Daerah Raub Dato Hamdan Husin yang baru berkhidmat di Raub. Turut serta ialah Dato Ir Azinuddin Rahim, CADO Raub Mahathir, ADO Share, ADO Hilmi bersama Ketua Pemuda Umno Raub.

Malang sekali bagi mangsa banjir kali ini Ahli Parlimen Raub, Dato Ariff Sabri langsung tidak menampakkan muka di kawasan yang terlibat banjir sedangkan kawasan tersebut berada dalam Parlimen Raub yang di wakili DAP. Mengapa DAP sering menganaktirikan kawasan banjir yang rata rata penduduknya Melayu walhal wakil DAP sendiri ialah Melayu? Adakah penduduk Raub yang terlibat bukan menjadi keutamaan Ariff untuk menjenguk dan menghulurkan bantuan? Tahun 2014 semasa kejadian sama berlaku, rungutan dari rakyat mengenai ahli parlimen berkenaan kedengaran dan mereka hairan mengapa Ariff tidak menjalankan tugasnya selaku wakil rakyat di Raub.

Jika ada birokrasi dari DAP Raub terhadap rakyat maka tidak hairanlah kehadiran DAP di Raub sudah tidak relevan lagi apabila keperluan rakyat pun DAP tidak mampu berikan apatah lagi khidmat seorang wakil rakyat di saat rakyat memerlukan. Berbanding dengan Umno Raub yang sentiasa prihatin dengan musibah yang melanda penduduk Raub, perbezaan ketara antara parti yang memerintah dan pembangkang amat jelas sekali dan akan dijadikan pedoman di masa akan datang agar rakyat memilih mereka yang benar benar memberi khidmat kepada rakyat dan bukan sekadar retorik politik seperti amalan DAP sekarang.

Sejak mengambil alih kerusi Parlimen Raub dari 2013 hingga kini boleh dikatakan Ariff Sabri tidak mampu memberi khidmat cemerlang kepada penduduk serta pengundi Raub seperti yang sering DAP laungkan ketika merayu undi. 'Politik Penipu' yang diamalkan kebanyakan wakil DAP sudah mula kelihatan apabila rakyat di landa musibah seperti banjir apabila hanya BN yang akan tampil terlebih dahulu menghulurkan bantuan tanpa mengira fahaman politik rakyat.

Mampukah DAP Raub terus menipu rakyat dan pengundi Raub di PRU akan datang dengan rekod khidmat yang boleh dikatakan sebagai gred 'F' ini? Rakyat Raub boleh menilai sendiri keprihatinan BN setiap kali musibah melanda dan di mana pula pembangkang berada apabila rakyat memerlukan.



No comments:

Post a Comment