Thursday 26 January 2017

PENDEDAHAN TEMURAMAH BERSAMA AHLI PARLIMEN RAUB SIRI 1 - ARIFF SABRI YAKIN MAMPU KEKALKAN KERUSI P080 RAUB




TEMUBUAL EKSKLUSIF BERSAMA AHLI PARLIMEN DAP RAUB

Ahli Parlimen P080 Raub mengakui ada masalah dalaman dalam DAP sendiri tetapi beliau masih menaruh harapan dan yakin mampu menumbangkan BN pada PRU14. Beliau berkata demikian dalam pertemuan 4 mata bersama penulis di Taman bandar Raub petang tadi. Banyak persoalan yang dikemukakan kepada beliau dan Ariff Sabri selaku Ahli Parlimen Raub memberi jawapan yang boleh difikirkan bersama mengenai apakah jawapan jawapan beliau mencerminkan kekuatan sebenar DAP dalam politik Malaysia.

Dalam pendedahan perbualan ini, Ariff turut menyatakan pendiriannya dalam isu pindaan RUU355 yang sama sekali bertentangan dengan pendirian partinya? Pendedahan akan di buat dalam bentuk bersiri dan ini merupakan siri pertama yang dikeluarkan.

Berikut adalah sebahagian dari soalan dan jawapan yang diberikan kepada soalan soalan yang diberikan kepada Ariff Sabri.

S - soalan -penulis
J - Jawapan- Ariff Sabri


S - apakah tindakan pihak Dato mengatasi premis judi dan kewujudan rumah urut yang berleluasa di Raub?
J - saya tidak boleh lapor di sini kerana laporan perlu di buat kepada pihak lebih atas kerana semua ini di jaga oleh pihak tertentu yang berkuasa (kena cakap ke timbalan menteri)
S - adakah Dato akan memilih pendirian parti atau peribadi dalam soal RUU355?
J - pendirian DAP jelas menolak RUU355 tetapi saya secara peribadi akan mengenepikan parti dalam soal kedaulatan agama (DAP beri kelonggaran untuk saya)
S - dalam isu yang dikeluarkan CIA mengenai skandal BMF, apa pandangan Dato mengenai penglibatan Mahathir dalam skandal tersebut?
J - seperti kita tahu ketika kes ini berlaku yang berkuasa adalah Mahathir dan semua itu berlaku dalam zaman Mahathir. Tidak mustahil jika CIA di bayar untuk keluarkan laporan sebegitu. Ketika itu Mahathir yang mengawal segalanya termasuk isu BMF.
S - adakah ini bermakna mereka (pembangkang) turut membayar kepada WSJ dan segala rangkaian media untuk mengeluarkan tuduhan terhadap Najib?
J - tidak mustahil mereka (pembangkang) berbuat demikian atas kepentingan politik.
S - potensi Pakatan Harapan untuk menang PRU14?
J - pakatan harapan sebenarnya tidak mempunyai seorang yang boleh menjadi ketua kepada pembangkang
S - adakah Anwar layak menjadi status quo untuk menjadi pemimpin pakatan harapan?
J - Anwar tidak layak dan saya tidak berminat dengan cara Anwar kerana dia hanya pandai bercakap, berdrama dan sebagainya
S - adakah pakatan harapan sudah mencapai kata putus siapa layak jadi PM jika pakatan menang?
J - kita kena berbincang sebab kita gabungan pembangkang, tidak boleh atas parti secara individu
S- adakah DAP akan bertanding di kerusi yang ditinggalkan Allahyarham Adenan Satem?
J - Dap tidak akan bertanding seingat saya melalui whatsapp pembangkang
S - CEC Dap tidak mencerminkan sikap tidak rasis Dap..mengapa ini terjadi kerana tidak ramai melayu menjadi sebahagian dari CEC?
J - sebab Melayu tidak ramai dalam Dap dan saya tidak rasa itu sebagai masalah 
S - mengapa Dap berminat dengan Felda hingga tubuhkan parlimen Felda Dap?
J - selama ini Lim Kit Siang tidak menyedari kekuatan pengundi Melayu di Felda dan kami mahu menjadi juara untuk Felda, kini ramai dari ahli Dap sudah boleh menembusi Felda dan kami akan terus mendampingi kerana Lim Kit Siang baru sedar 54 kerusi parlimen datangnya dari Felda

Bersambung dalam siri ke-2

No comments:

Post a Comment