Monday 6 February 2017

PENGALAMAN 11 JAM BILIK KECEMASAN HOSPITAL RAUB - PERUBAHAN PERLU DILAKUKAN ELAK KEMARAHAN NETIZEN

Penulis berpeluang merasai pengalaman berada dalam bilik rawatan kecemasan Hospital Raub pada 6Februari 2017 berikutan masalah lelah yang semakin teruk dan memerlukan rawatan. Mengunjungi Bahagian Kecemasan Hospital Raub seawal jam 10.45 pagi penulis menerima layanan yang begitu baik dari petugas bermula dari proses pendaftaran hingga ke ruang pengambilan ubatan untuk pesakit lelah.

Apa yang menarik perhatian ketika itu secara kebetulan ada kes kecemasan kemalangan dan memerlukan komitmen doktor menyelamatkan mangsa terlebih dahulu dan penulis memuji petugas yang komited dalam kes tersebut. Ini menunjukkan dedikasi petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat tinggi dalam memberi khidmat cemerlang. Namun demikian episod seleoas itu meninggalakan persepsi yang agak menjengkelkan.

Seorang ibu muda Orang Asli membawa anak yang berusia 3 bulan datang untuk merawat anaknya yang turut mengalami masalah lelah. Rawatan yang diberikan sama tarafnya dengan warga lain dan tidak dinafikan tiada sebarang diskriminasi timbul sepanjang rawatan. Begitu juga ketika beberapa pesakit lain yang mengalami masalah dan merujuk ke bahagian kecemasan.

Masalah ketara yang penulis nampak ialah kekurangan petugas dan kekurangan doktor serta kelewatan doktor membuat keputusan dalam merujuk pesakit yang rata rata menunggu hingga 5jam untuk ditemui doktor sendiri dan pastinya ini menimbulkan keresahan kepada mereka yang beranggapan doktor sengaja melengahkan waktu merawat mereka. Penulis memerhati dengan tenang fenomena ini dan cuba menerangkan kepada pesakit mengapa doktor lewat berikan keputusan dan rawatan lanjut kepada mereka.

Masih mampu tersenyum, penulis mengambil angin di luar bilik rawatan kecemasan dan melihat ramai pesakit sedang menunggu giliran untuk menerima rawatan selepas waktu bekerja. Sengaja duduk bersebelahan dan bertanya kepada pesakit berapa lama masa mereka menunggu untuk mendapat rawatan ternyata pertanyaan itu mendapat respon segera dan beserta kemarahan namun penulis menerangkan sekali lagi prosedur rawatan di bilik kecemasan. Reda dengan keadaan setelah menerima penerangan, penulis masuk kembali ke bilik rawatan untuk mendapatkan keputusan dari doktor yang bertugas selepas hampir 11 jam menunggu keputusan. Tepat jam 10 malam, penulis dimasukkan ke wad lelaki Hospital Raub setelah menanti sehingga 11 jam bermula dari bilik kecemasan hinggalah dimasukkan ke wad.

Apa yang anda rasa jika anda berada di tempat penulis?

No comments:

Post a Comment