Wednesday 26 April 2017

"BUKAKANLAH HATI MAK BAPAKKU" - LUAHAN TERAKHIR THAQIF

LUAHAN MERUNTUN HATI RAKYAT MALAYSIA

Negara digemparkan dengan kisah seorang remaja yang mendakwa telah di pukul dan di dera di sebuah pusat tahfiz. Mangsa kemudiannya telah diamputasi kedua belah kaki kerana jangkitan kuman. Hari ini pemergiannya telah meninggalkan ibu bapanya dalam kesedihan dan turut mengundang kesedihan itu ke seluruh negara.

Namun demikian satu salinan luahan hati Allahyarham Thaqif menyentuh emosi mengenai apa yang beliau lalui sepanjang 42 hari di pusat tersebut.

"Ya Allah, bukakanlah hati mak bapaku dan ustaz afdal dan sheikh fahmi untuk mengizinkan aku pindah besok"

Tulisan ini merupakan antara luahan Allahyarham sebelum kisah beliau di pukul hingga terpaksa di potong kakinya tersebar.

Moga Allah mencucuri rahmatNya keatas roh Allahyarham Thaqif.

Wednesday 12 April 2017

PSM UMUM CALON PARLIMEN P078 DAN DUN JELAI


CABARAN PSM DI DUN JELAI DAN PARLIMEN CAMERON HIGHLANDS

Breaking News : PSM umum calon Parlimen Cameron Highlands dan Dun Jelai, Pahang.

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pilihanraya sebentar tadi mengisytiharkan Saudara Suresh, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM yang memegang portfolio Alam Sekitar dan Orang Asli diamanahkan untuk membawa hasrat rakyat dan Parti sebagai calon di Parlimen Cameron Highlands.

Sementara itu, aspirasi membawa pimpinan akar umbi masyarakat ke badan legislatif telah menampilkan Mat Noor Anak Lelaki Ayat, pemimpin masyarakat Orang Asli Pos Jelai untuk bertanding di Dun Jelai.

Mesyuarat yang dihadiri pimpinan tertinggi PSM pusat dan tempatan hari ini turut dimeriahkan dengan kehadiran ratusan masyarakat Orang Asli yang bangkit bersuara setelah sekian lama terabai dan disisihkan.

Dijangka dari masa ke semasa pengumuman calon akan dibuat dan membawakan kelainan bila parti ini mempertaruhkan aktivis rakyat dan pimpinan pelbagai lapisan masyarakat majoriti yang membezakan dengan calon-calon parti lain yang dipilih dikalangan elitis dan kroni.

Dengan pengumuman ini bermakna PSM siap sedia bertembung dengan Barisan Nasional sekaligus parti DAP di Cameron Highlands dan PAS di Jelai.

Namun demikian, BN yang masih lagi diwakili oleh Dato Wan Rosdy Wan Ismail di jangka tidak akan menghadapi masalah dengan tentangan dari PSM ini. Apa yang dikhuatiri ialah undi protes dari kalangan pengundi Dun Jelai yang selama ini tidak berpuashati dengan penglibatan seorang individu yang rapat dengan Wan Rosdy. Malah pengundi pernah mengutarakan keluhan ini kepada beliau semasa kempen PRU13 namun semuanya ibarat 'mencurah air di daun keladi'.

Bagi kerusi Parlimen pula masih menjadi tandatanya kekuatan PSM untuk merampas kerusi tersebut dari MIC berikutan ada kontroversi perebutan antara Presiden PPP, Tan Sri Kayveas dan Ketua Wanita MIC Mohana Muniandy yang dikatakan sedang rancak membuat lawatan serta kempen turun padang.

Bagi pemerhati politik, PSM sebenarnya hanyalah parti yang tidak mampu membawa apa apa perubahan kepada rakyat tetapi mereka mampu memberi sedikit tekanan awal apabila mengumumkan calon seawal ini.

Monday 10 April 2017

DAP DESAK POLIS TAHAN MUFTI PAHANG - ARIFF SABRI SUDAH 'GILA' MACAM RAFIZI


ARIFF SABRI BUKA PEKUNG SENDIRI

Mengikuti jejak langkah Rafizi Ramli dalam pembentangan 'Sidang Dewan Orang Gila' ahli parlimen Raub dari DAP Ariff Sabri membuat kejutan bagi 'membodek' Lim Kit Siang.

Ariff menggesa PDRM menangkap Mufti Pahang yang di lantik oleh Sultan Pahang kerana kenyataannya berkaitan Ruu355 kepada mereka yang menentang pembentangan tersebut di parlimen. Ariff mungkin terlupa dalam Perlembagaan Negara termaktub Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan Raja Raja Melayu merupakan Ketua Agama Islam bagi setiap negeri serta berkuasa melantik individu berkelayakan berbicara hal hukum hakam Islam sebagai Mufti Negeri. Adakah gesaan Ariff ini sebahagian dari protes terhadap Tuanku Sultan Pahang?

Dalam 'Sidang Orang Gila' yang di buat oleh Pakatan 'Gila', wakil DAP dari Raub itu ternyata menipu diri dan pengundi di Raub. Beliau yang pernah di tanya mengenai pendiriannya berkaitan Ruu355 ketika di temui di Taman Bandar Raub, memperlecehkan cadangan pembentangan Ruu355 oleh Hj Hadi dan berpendapat PAS hanya mahu mencari keuntungan politik. Mungkin kerana terjangkit penyakit Mahathir, Ariff lupa semasa beliau bertanding di Raub, Pas merupakan pengundi yang menjadi faktor kemenangannya menewaskan calon BN semasa PRU13.

Pengundi di Raub kini boleh menilai mentaliti sebenar Ariff Sabri dan apa sebenarnya matlamat DAP menggunakan orang Melayu sebagai batu loncatan.

Saturday 8 April 2017

KOMITED DENGAN ANAK MUDA, ANAK RAUB TERUS DEKATI SASARAN TN50


KELAB ANAK RAUB TERUS DEKATI BELIA RAUB - SAHUT SERUAN TN50

Dalam menyahut seruan Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib yang mengilhamkan Transformasi 2050 dikenali sebagai TN50, Kelab Anak Raub meneruskan usaha mendekati golongan sasaran. Ceo Anak Raub  Fadzli Kamal bersama ahli Anak Raub menyertai Karnival Kebudayaan Dan Sukan Air anjuran Belia Pamah Rawas Dong.

Penyertaan meriah oleh penduduk setempat bersama Anak Raub dapat di lihat dengan kemesraan yang terjalin. Kehadiran di sambut meriah terus menerima kejutan dengan hadiah cabutan bertuah yang disediakan Anak Raub untuk Karnival tersebut.

Kejutan dilakukan oleh Ceo Anak Raub apabila mengumumkan 5 cabutan bertuah menerima wang saguhati RM100 sebagai pembakar semangat Belia Pamah Rawas. Seorang Ahli Jawatankuasa Anak Raub turut membuat kejutan istimewa kepada penduduk serta peserta apabila turut memberi saguhati berupa wang tunai yang disampaikan oleh wakil Anak Raub.

Jalinan antara Belia dan Anak Raub membuktikan kehadiran suara anak muda adalah penting dalam mengorak langkah menyahut seruan TN50. Golongan anak muda merupakan generasi yang akan membentuk negeri serta negara di masa akan datang dan karnival seumpama ini merupakan satu contoh kerjasama dan semangat kebersamaan antara NGO dan Belia perlu seiring.

Video karnival tersebut : KLIK : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=402623070121356&id=100011209989867

Tuesday 4 April 2017

UMNO MANTAPKAN JENTERA HADAPI PRU14 - ADNAN YAAKOB


JENTERA PILIHANRAYA CAMERON HIGHLANDS DILANCARKAN

Pelancaran jentera pilihanraya Parlimen Cameron Highlands disempurnakan Dato Sri DiRaja Adnan Yaakob di Dewan Umno Bahagian Cameron Highlands pada 4 April 2017.

Ketibaan MB Pahang merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Negeri di sambut 400 orang jentera dari seluruh Parlimen CH dam diiringi Adun Jelai.

Dalam ucapan serba ringkas namun padat dengan kata kata semangat, Adnan memgingatkan jentera agar mengekalkan Kuasa Raja Raja Melayu selaku Ketua Negeri dan Payung Rakyat selepas kerajaan.

"kita bertuah Raja Raja Melayu kita telah memeluk agama Islam sejak sekian lama dan mengekalkan Islam sebagai agama Persekutuan"

"kita perlu komited kepada rakyat tanoa menanti penghujung tempoh undian, kita sebagai kerajaan maka tunjukkanlah komitmen berkhidmat untuk rakyat"

Beliau yang berpuashati dengan perjalanan DUN Jelai namun mengingatkan jentera kepentingan memenangkan kerusi parlimen yang bakal mempengaruhi kuasa BN di peringkat nasional sekaligus mengekalkan penguasaan BN. Ini amat penting bagi kestabilan ekonomi bukan sahaja negeri tetapi negara apatah lagi dengan cabaran yang mendatang.

"Dunia politik dari pembangkang kini penuh dengan penipuan dan kebanyakan rakyat terpedaya dengan rekaan tohmahan, manakala jawap balas dari pihak kita (Umno) agak ketinggalan dari apa yang rakyat mahukan"

"Kita (Umno) perlu memberi jawapan yang meyakinkan kepada rakyat apabila ada tohmahan terhadap kerajaan"

Monday 3 April 2017

SURAT TERBUKA KEPADA ADUN JELAI

SURAT TERBUKA KEPADA ADUN JELAI

Dato Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Selaku seorang yang sayangkan parti Umno, saya tidak mahu melihat kekalahan melanda parti hanya kerana ketidakpuasan akar umbi terhadap kepimpinan Umno Bahagian Cameron Highlands.

Apabila saya balik ke kawasan yang selama ini saya berkhidmat sepanjang 4 pru, saya dapati angin perubahan sokongan terhadap Umno CH semakin terhakis apabila timbul isi isu yang agak terpencil tetapi meninggalkan impak besar yang saya rasakan akan menggugat kedudukan Umno sendiri di Dun Jelai.

Saya tidak gusar dengan sokongan yang terhakis di saluran 4,5,6 tetapi saya teramat sukar menerima apabila pengundi dari salur 1,2 mengeluh mengenai beberapa hal dan ada antara mereka menyatakan tidak akan memberi sokongan lagi kepada Umno CH di masa akan datang. Apabila saya bertanya mengapa mengejutkan sekali jawapan yang diberikan jelas merujuk kepada Dato Seri selaku Ketua Bahagian merangkap ADUN Jelai. Keluhan mereka sukar nampak Dato turun ke Sg Koyan 2 dan adakala mereka terasa dipinggirkan oleh Dato amat mengejutkan saya. Mungkin nampak kecil tetapi impaknya apabila saya cuba buat kiraan matematik peringkat 'tadika' menggegar hati saya. Saya letak sebuah rumah ada 5 orang pengundi berpotensi memberi undi kepada Umno/BN didarabkan dengan 240 rumah maka jumlahnya agak besar jika mereka memilih untuk turut mempengaruhi anak anak merek supaya tidak memberi undi kepada BN/Umno.

Belum lagi keluhan kalangan ketua keluarga yang anak mereka tidak mendapat rumah di bawah PGBF yang di pohon serta keluhan anak muda yang tidak berpuashati dengan pengagihan rumah tersebut walaupun hakikatnya mereka sendiri yang mencabut undi. Tidak ketinggalan isu rumah yang kurang sempurna yang diberikan kepada mereka serta kegagalan Umno CH mengikuti arus anak muda yang mahukan perubahan selari dengan seruan Presiden Umno yang mahu parti diremajakan dengan perubahan perubahan membuka ruang kepada anak muda untuk bergiat lebih jauh dalam politik setempat.

Satu perkara yang mengejutkan saya apabila ada khabar bertiup 'Wahyu' sudah disampaikan kepada setiap cawangan Umno dalam Bahagian Cameron untuk mengusulkan agar menolak individu tertentu dari menjadi calon Parlimen Cameron Highlands. Benarkah perkara ini diarahkan oleh Bahagian? Siapa yang mengarahkannya?

Pada pandangan saya 'Titah Perintah' sebegini sudah agak ketinggalan serta menampakkan Umno CH akan menentang keputusan Presiden parti seandainya individu yang mereka arahkan untuk di tolak oleh semua cawangan di pilih Presiden sebagai calon selepas semua kriteria di ambil kira. Adakah benar dakwaan sudah ada arahan tertentu dikeluarkan kepada cawangan cawangan di Bahagian Cameron?

Saya melihat semua perjalanan politik sejak dari Sg Koyan bernaung di bawah Parlimen Lipis hinggalah Ahli Parlimen Cameron mencapai penggal ke - 3. Saya berharap dan saya mahukan kerusi BN dipertahankan demi menjamin kestabilan politik negara tetapi perkara perkara kecil memberi implikasi terhadap sokongan rakyat kepada Umno dan BN.

Saya tidak mempunyai kepentingan kepada mana mana pihak dan saya menegur demi menjamin kemenangan BN sekaligus membantu PM Najib mengekalkan kedudukan BN selaku pemerintah dan terus melaksanakan perancangan untuk Rakyat dan Negara. Itu lebih penting bagi saya selaku pengundi setia BN.

Yusman Zahari Zakaria
No Keahlian Umno 03644769
Sg Koyan 2