Wednesday 12 April 2017

PSM UMUM CALON PARLIMEN P078 DAN DUN JELAI


CABARAN PSM DI DUN JELAI DAN PARLIMEN CAMERON HIGHLANDS

Breaking News : PSM umum calon Parlimen Cameron Highlands dan Dun Jelai, Pahang.

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pilihanraya sebentar tadi mengisytiharkan Saudara Suresh, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM yang memegang portfolio Alam Sekitar dan Orang Asli diamanahkan untuk membawa hasrat rakyat dan Parti sebagai calon di Parlimen Cameron Highlands.

Sementara itu, aspirasi membawa pimpinan akar umbi masyarakat ke badan legislatif telah menampilkan Mat Noor Anak Lelaki Ayat, pemimpin masyarakat Orang Asli Pos Jelai untuk bertanding di Dun Jelai.

Mesyuarat yang dihadiri pimpinan tertinggi PSM pusat dan tempatan hari ini turut dimeriahkan dengan kehadiran ratusan masyarakat Orang Asli yang bangkit bersuara setelah sekian lama terabai dan disisihkan.

Dijangka dari masa ke semasa pengumuman calon akan dibuat dan membawakan kelainan bila parti ini mempertaruhkan aktivis rakyat dan pimpinan pelbagai lapisan masyarakat majoriti yang membezakan dengan calon-calon parti lain yang dipilih dikalangan elitis dan kroni.

Dengan pengumuman ini bermakna PSM siap sedia bertembung dengan Barisan Nasional sekaligus parti DAP di Cameron Highlands dan PAS di Jelai.

Namun demikian, BN yang masih lagi diwakili oleh Dato Wan Rosdy Wan Ismail di jangka tidak akan menghadapi masalah dengan tentangan dari PSM ini. Apa yang dikhuatiri ialah undi protes dari kalangan pengundi Dun Jelai yang selama ini tidak berpuashati dengan penglibatan seorang individu yang rapat dengan Wan Rosdy. Malah pengundi pernah mengutarakan keluhan ini kepada beliau semasa kempen PRU13 namun semuanya ibarat 'mencurah air di daun keladi'.

Bagi kerusi Parlimen pula masih menjadi tandatanya kekuatan PSM untuk merampas kerusi tersebut dari MIC berikutan ada kontroversi perebutan antara Presiden PPP, Tan Sri Kayveas dan Ketua Wanita MIC Mohana Muniandy yang dikatakan sedang rancak membuat lawatan serta kempen turun padang.

Bagi pemerhati politik, PSM sebenarnya hanyalah parti yang tidak mampu membawa apa apa perubahan kepada rakyat tetapi mereka mampu memberi sedikit tekanan awal apabila mengumumkan calon seawal ini.

No comments:

Post a Comment