Friday 19 May 2017

KELAB ANAK RAUB TERUS TABUR BAKTI

ZIARAH KASIH EHYA RAMADHAN KELAB ANAK RAUB BERI SINAR BUAT PENERIMA

Menghampiri Ramadhan 2017 membawa seribu pengertian buat Umat Islam seluruhnya. Persiapan untuk menyambut bulan mulia mula dirasai, tidak kurang juga bantuan kepada yang memerlukan sudah mula diagihkan bagi memberi kegembiraan buat mereka yang kurang bernasib baik.

Kelab Anak Raub yang merupakan sebuah NGO tidak melepaskan peluang untuk menabur bakti dan berkongsi rezeki. Program Ziarah Kasih Ehya Ramadan di atur oleh Kelab Anak Raub bagi menyampaikan bantuan kepada yang terpilih di Felda Lembah Klau, Raub pada 19 Mei 2017. Bantuan berupa keperluan asas disediakan dengan usaha ahli Kelab Anak Raub dan inisiatif ini mendapat sokongan dari Ketua Umno Bahagian Raub, Dato Sri Shahiruddin Moin merangkap Adun Dong.

Membanggakan sekali sambutan dari ahli Kelab Anak Raub di luar jangkaan dan mendapat respon yang sangat baik dari JKKK Felda Lembah Klau. Pihak Felda menyediakan nama nama penerima bantuan serta membawa rombongan Anak Raub menghantar bantuan serta beramah mesra dengan penerima menjadi momen paling indah buat semua ahli Anak Raub.

Shahiruddin yang turut bersama menghantar bantuan rumah ke rumah mengambil kesempatan bertanya khabar serta memberi bantuan segera kepada beberapa individu yang agak memerlukan selain dari apa yang disediakan Anak Raub. Timbalan CEO Anak Raub, Kamil Ibrahim yang turun padang menyampaikan bantuan turut memberi sumbangan berupa wang tunai bagi meringankan beban penerima.

Ziarah Kasih Ehya Ramadhan anjuran Anak Raub mendapat reaksi positif dari penduduk setempat dan melahirkan rasa kesyukuran ada pihak yang prihatin dengan nasib mereka. Program diakhiri dengan perlawanan Petanque antara Anak Raub dan penduduk setempat.

No comments:

Post a Comment