Wednesday 25 October 2017

CAMERON HIGHLANDS PERLU ANJAKAN PRADIGMA KEKALKAN KERUSI BN

Mengulas komen Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Zahid Hamidi mengenai perebutan kerusi di P078 Cameron Highlands perlu di lihat dari sudut semangat Barisan Nasional yang saling menghormati dan akur dengan keputusan Pengerusi BN memilih calon yang berkaliber.

Baca : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/10/25/jangan-pertikai-calon-cameron-highlands-zahid-beritahu-parti-bn/

Kepentingan pengundi perlu diutamakan oleh komponen dan bukannya bertelagah menyatakan siapa 'pemilik' kerusi tersebut. Selepas Palanivel di pecat dari MIC pada 2015, kebajikan pengundi kelihatan agak terganggu. Hanya selepas Jun 2017 barulah MIC menghantar seorang penyelaras mewakili parti tersebut namun dengan jangkamasa yang singkat banyak kerja sepatutnya tertangguh. Mengapa bila PRU semakin menghampiri barulah mereka menonjol diri dan bukannya selepas pemecatan Palainivel?

Rata rata pengundi yang kecewa selepas memberikan undi kepada Palanivel sudah mula berbisik siapa bakal menjaga kebajikan mereka selepas PRU14 jika perebutan kerusi masih belum selesai? Umno yang cuba memancing kerusi CH perlu melihat konteks lebih luas sebelum menyatakan keyakinan mampu memenangi kerusi tersebut. Perlu diingatkan dalam pilihanraya parti tidak bertanding atas tiket sendiri melainkan tiket Barisan Nasional dan segala sokongan dari komponen sangat berharga.

Inilah yang perlu dipertimbangkan oleh pengundi dari 2 Dun yang berada dalam Parlimen Cameron Highlands. Mereka pastinya akan memberi undi kepada BN sekiranya bakal calon BN mampu menjaga kembali kebajikan serta sikap rendah hati, rendah diri serta mampu bergaul dengan masyarakat tanpa protokol dan jurang. Penilaian secara telus memang diperlukan bagi menentukan siapa bakal calon BN di Cameron Hghlands bagi mengekalkan kerusi tersebut sekligus mampu membawa perubahan di kawasan pelancongan tanah tinggi di Pahang.

No comments:

Post a Comment