Tuesday 10 October 2017

SIVARRAAJ TIDAK DIKENALI PENGUNDI P078

Ketua Pemuda MIC Sivarraaj Chandran yang mendakwa mendapat sokongan akar umbi pengundi P078 Cameron Highlands sebenarnya tidak dikenali ramai. Beliau yang di lantik MIC sebagai Penyelaras MIC Cameron Highlands kini seolah 'Mabuk Kerusi' apabila nada mahukan kedudukan sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands. Sepatutnya Sivarraaj yang merupakan lantikan MIC menjalankan tugas menjaga serta mendekati pengundi MIC di Cameron Highlands dan bukan memggembar gemburkan seolah dialah bakal calon yang paling layak sedangkan Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak masih belum memutuskan siapa calon terbaik di situ.

Sivarraaj yang kalah di Dun Buntong pada PRU 13 dengan majoriti 8,629 memihak kepada DAP kini mahu mencuba nasib di Cameron Highlands pula. Adakah ini percaturan terbaik MIC yang mahukan kerusi 'selamat' selepas bekas Presiden MIC, G Palanivel hampir kalah di kerusi tersebut akibat tidak mendapat sokongan dari pengundi Dun Tanah Rata menyaksikan hanya mampu memenangi dengan majoriti yang sedikit.

Perebutan antara MIC sendiri memberi imej yang agak menyukarkan pengundi memberi kepercayaan kepada mereka lagi apatah lagi Umno Cameron Highlands pada asalnya menolak calon MIC tetapi kini berubah nada. Pernah satu ketika kepimpinan Umno CH sendiri menolak mereka yang kalah tetapi tidak diketahui mengapa tiba tiba pendirian itu berubah selepas Sivarraaj di lantik MIC sebagai penyelaras MIC Cameron Highlands

Agak pelik bila Sivarraaj mengakui beliau menerima sokongan dari pengundi akar umbi untuk dicalonkan sebagai Ahli Parlimen CH apabila satu temuramah dilakukan. Dalam temuramah tersebut jelas sekali Sivarraaj tidak pernah tampil berdepan dengan pengundi tetapi mampu mendakwa beliau menerima sokongan?

Temuramah berkaitan : https://youtu.be/SHedCw56lEo

Dakwaan Sivarraaj : http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/umno-terima-sivarraajh-di-cameron-highlands-1.739421

No comments:

Post a Comment