Tuesday 12 December 2017

PARTI SOSIALIS MALAYSIA CUBA UGUT KERAJAAN NEGERI?

PSM CUBA CARI POPULARITI CARA 'JIJIK'

Tular satu rakaman video Dato Sri DiRaja Adnan Yaakob yang juga Menteri Besar Pahang mendepani provokasi seorang individu bernama Suresh. Beliau yang mewakili Parti Sosialis Malaysia cuba melakukan provokasi terhadap MB Pahang di hadapan wartawan konon beliau memperjuangkan isu tanah penduduk Cameron Highlands.

Dalam menulis di laman facebook, Suresh yang juga Setiausaha PSM Cameron Highlands banyak melakukan kesalahan fakta apabila mengaitkan Adun Tanah Rata dengan BN sedangkan Dun Tanah Rata selama ini diwakili oleh DAP. Di mana suara Adun Tanah Rata semasa sidang Dewan Undangan Negeri? Malah beliau turut menuding kepada Ahli Parlimen Cameron Highlands dan sekali lagi fakta beliau salah kerana G.Palanivel telah di pecat dari MIC sejak 2015 dan beliau kekal sebagai MP yang menyokong Barisan Nasional sahaja.

Provokasi terhadap MB bermula apabila rombongan mereka 'berkampung' dihadapan pagar Pejabat Menteri Besar dan pihak Polis telah memberi amaran namun sikap BIADAP PSM enggan mematuhi arahan pihak berkuasa. Dalam klip video secara jelas salah seorang daripada peneroka tanah mengakui telah meneroka tanah di Cameron selama hampir 40 tahun. Adakah selama ini mereka telah MENCEROBOH TANAH KERAJAAN tanpa dikenakan tindakan kerana ihsan kerajaan negeri? Tetapi PSM ternyata telah menghasut empunya tanah haram dan memaksa kerajaan negeri memberi tanah yang telah mereka terokai secara percuma? Ini perjuangan PSM? Mengugut kerajaan dengan gertakan dan undian?

MB Pahang telah menyatakan kesediaan beliau berjumpa peneroka tanah di Cameron tetapi dengan syarat Suresh tidak boleh berada bersama kerana sikap BIADAP beliau yang tidak menghormati kerajaan. Difahamkan Suresh merupakan seorang yang suka 'Memutar belit' kenyataan supaya memihak kepadanya dan menjadikan setiap kenyataan sebagai 'political mileage' untuk dirinya dan PSM. Dalam klip video tersebut ternyata Adnan telah memberi jawapan mudah kepada mereka namun provokasi masih diteruskan bagi memburukkan imej MB Pahang.

Perlu diingatkan, Suresh telah mengisytiharkan akan bertanding dalam PRU14 sebagai calon Parlimen dan atas sebab ini cubaan meraih populariti dilakukan beliau. Hakikat sebenar PSM tidak pernah membantu rakyat Cameron Highlands dan segala usaha yang di buat untuk rakyat Cameron adalah dari Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment