Thursday 22 February 2018

TAWARAN LUMAYAN UNTUK JADI KETUA BAHAGIAN PPBM RAUB?

TAWARAN LUMAYAN BERSAMA GAJI BULANAN DARI PPBM?

Desas desus perebutan kerusi DUN Dong semakin panas kedengaran. Perkhabaran dari sumber yang enggan dikenali menyatakan parti tersebut menawarkan sejumlah bayaran kepada sesiapa yang sanggup menjadi Ketua Bahagian PPBM Raub sekaligus menjadi calon menentang calon Barisan Nasional di kerusi Dong. Benarkah desas desus tersebut?

Bukan tawaran itu sahaja menurut sumber malah elaun bulanan disediakan bagi mereka. Parlimen Raub turut menjadi tumpuan bagi DAP yang memenanginya pada PRU13 dan kemenangan perlu dipertahankan dengan mempertaruhkan muka baru dan sudah tentu sokongan dari PPBM amat diperlukan bagi memastikan undi Melayu mengalir kepada DAP.

Seperti sedia maklum, Ahli Parlimen DAP sekarang Dato Ariff Sabri telah di serang angin ahmar dan DAP memerlukan seorang pengganti yang mampu menarik undi Melayu sepertimana dilakukan pada 2013 yang menyaksikan BN tumbang apabila MCA meletakkan calon yang diimport dari Bentong dan tidak dikenali orang Raub. Malah pengundi tegar dari MCA dan Gerakan juga menampakkan graf menurun apabila tiba hari penentuan.

Kini DAP berura ura menghantar Leong Ngah Ngah (Adun Tanah Rata) sebagai bakal calon mewakili DAP merebut kerusi Raub sekaligus menafikan kerja keras DAP Raub selama ini. Ada ura ura bahawa Adun Tras dari DAP tidak setuju dengan kerjasama Lim Kit Siang bersama Mahathir. Ternyata kerjasama tersebut tidak disenangi akar umbi DAP tetapi mulut mereka tertutup berikutan arahan pucuk kepimpinan DAP yang telah memberi amaran awal kepada mereka agar tidak mengkritik kerjasama tersebut. Malah dikatakan akar umbi terancam dengan amaran tindakan tatatertib yang bakal dikenakan jika mereka mempertikaikan kerjasama tersebut.

Berbalik kepada kisah tawaran, sumber juga mempertikaikan tindakan PPBM yang mahu bertanding di kerusi Dong sedangkan Parti Amanah Negara (PAN) sudah memulakan kempen mereka akan bertanding di kawasan tersebut manakala PKR pula mengambil tempat di kerusi Batu Talam. PAN seperti yang diketahui menerima pembahagian kerusi paling sedikit sekaligus menunjukkan mereka hanyalah 'Alas Kaki' bagi DAP selama ini. Kehadiran PPBM kini seolah memberi harapan baru kepada DAP bagi menembusi undi kawasan Melayu kerana DAP semakin kurang yakin dengan kemampuan PAN seperti rekod tercatat di PRN Sarawak.

Sumber juga memberitahu, tawaran PPBM itu membuka belang sebenar penguasaan DAP yang dikatakan sanggup menaja PPBM bagi memastikan BN tumbang di Raub sekaligus merampas kerusi tradisi Umno Raub yang di sandang Dato Sri Shahiruddin Moin selama 5 penggal. Sudah tentu PPBM memerlukan calon yang lebih berwibawa untuk melawan BN kerana rekod di Dong memihak kepada BN selama ini. Siapakah yang sanggup menerima tawaran tersebut dan benarkah wujud tawaran itu? PPBM yang kini giat membuat video bagi meminta derma daripada orang ramai sudah tentu tidak mahu perkara mengenai tawaran ini tersebar kerana boleh menjejaskan kempen derma yang dilancarkan. Benarkah ada jutawan jutawan tertentu yang berselindung di sebalik PPBM dan meminta kempen derma dilancarkan bagi mengaburi mata rakyat bahawa ada dana tertentu sedang di bawa masuk bagi kempen PRU PPBM?

Penafian : Artikel ini hanyalah persoalan dan tidak menuduh mana mana pihak yang dinyatakan. Pihak parti dialu-alukan jika mahu menjawa persoalan tersebut.

No comments:

Post a Comment