Tuesday 29 September 2015

Dap Pahang Biadap Terhadap Mufti Yang DiLantik Oleh Sultan Pahang.

Tindakan Dap Pahang yang mahu menyaman Mufti negeri Pahang atas Khutbah AidilAdha dianggap tidak masuk akal.Atas kapasiti apa Dap mahu menyaman Jabatan Agama Islam Pahang( JAIP) yang mengeluarkan teks khutbah untuk seluruh Pahang.

Sangat memalukan ianya diketuai oleh Tengku Zulpuri yang sememangnya dikenali sebagai ahli tegar Dap Pahang.Reputasi beliau yang membawa nama kerabat amat melukai hati orang Islam dalam Pahang.


Adakah kerana terlalu taksub politik haluan kiri maka Dap terlupa bahawa Majlis Agama Islam Pahang diketuai oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Tentulah ini amat mendukacitakan beliau selaku ketua yang diamanahkan oleh Ayahandanya menjaga kepentingan umat Islam didalam Pahang.

Apa yang dilihat kini Dap mula mahu menunjuk lagak serta kuasa mereka dalam apa jua urusan termasuk urusan berkaitan Agama Islam sedangkan dalam Perlembagaan ianya dibawah kuasa Sultan yang memerintah.

Mufti Pahang dalam kenyataannya bertegas tidak akan tunduk dan tidak akan memohon maaf atas kandungan khutbah yang dianggap oleh Dap sebagai rasis.Beliau menegaskan setiap khutbah adalah menjadi tanggungjawap JAIP dan ianya tidak menyentuh agama lain.

Andai Dap Pahang masih berdegil mahu meneruskan saman,tibalah masanya Istana Pekan mencampuri urusan ini.Ini adalah kerana hanya Istana yang mempunyai Hak Mutlak dalam setiap enakmen berkaitan Agama Islam di dalam Pahang.

Juga diharap semangat penyatuan orang Melayu yang dizahirkan semasa perhimpunan rakyat bersatu menjadi satu paradigma kepada seluruh Umat Islam dalam Malaysia dalam menyampaikan amaran kepada Dap supaya tidak mencampuri urusan berkaitan Agama Islam dalam Malaysia.

Dap tidak layak untuk memaksa mana mana pihak tunduk kepada mereka dalam perkara berkaitan Agama.Diharap Dap tidak bermain api keagamaan dengan mempertikaikan apa sahaja urusan Agama Islam.

Tengku Zulpuri dan ahli Dap yang berketurunan Melayu beragama Islam sepatutnya MALU dengan ancaman saman ini.Pertama kali dalam sejarah peradaban Negeri Pahang,Mufti disaman kerana enggan menurut kemahuan parti politik berhaluan kiri.

Rakyat Pahang turut tidak selesa dengan tuntutan dari Dap kerana menurut mereka hak rakyat beragama Islam dinaungi oleh Raja dan bukan parti.Jelas isu ini akan membuat rakyat Pahang menolak kehadiran Dap di Pahang.



Sunday 27 September 2015

Dron Beraksi..Pemandangan Indah Di Rakam.

Ini adalah pemandangan dari udara oleh saudara Adib menggunakan drone miliknya.

Masjid Sungai Koyan yang sekian lama terbengkalai pembinaannya akibat masalah kontraktor yang tidak sepatutnya berlaku.

Masyarakat setempat telah mengeluh apabila sudah 4 tahun tidak dapat menunaikan solat Jumaat,solat Aidilfitri serta AidilAdha apabila masjid ini terbengkalai.

Mungkin tahun depan masjid ini boleh digunakan oleh masyarakat disini.Menjadi persoalan kepada faktor kelewatan penyiapan masjid ini sepatutnya dijawap oleh Jabatan Kerja Raya.

Pemilihan kontraktor yang salah oleh pihak JKR sebenarnya menimbulkan pelbagai persepsi yang buruk buat JKR.Bagaimana ketirisan boleh berlaku dengan mudah?

Mungkin ini pengajaran yang boleh JKR manfaatkan dalam soal pemilihan kontraktor berwibawa.Tidak mahu menuduh mahupun menuding jari apakah JKR terlibat dalam rasuah oleh kontraktor?

Mungkin perkara biasa kontraktor membawa para penjawat dalam JKR keluar 'minum' dan melayan kehendak mereka dengan baik asal projek dipastikan di tangan kontraktor.Memandang perkara ini sebagai sesuatu yang serius dan menjelekkan,adakala mereka yang terdiri penjawat tinggi dalam pengurusan JKR setempat menerima pelawaan dari kontraktor dan tidak mengganggap ini sebagai rasuah.

Perlakuan jijik ini antara faktor kerajaan disangka penuh dengan kaki rasuah demi mengejar rundingan kontrak.Laba yang disediakan oleh kontraktor sememangnya mampu mengaburi mata mereka.

Adakah JKR tiada panel penilai sebelum menyerahkan tugasan kepada kontraktor,atau memang ada kontraktor pilihan yang dipilih oleh pihak JKR?

SPRM sepatutnya memantau dalam hal sebegini yang hanya merosakkan imej kerajaan Malaysia.Ini adakala menjadi isu dikalangan rakyat yang memandang dari segala aspek.

Kerajaan juga sebaiknya proaktif dan memantau kelakuan sumbang ini untuk mengelak persepsi yang ditelan bulat bulat oleh rakyat.



Saturday 26 September 2015

Hanya Sekadar Keldai Dap,Mat Sabu Bakal Perdana Menteri Malaysia.

Parti Amanah Negara ringkasnya PAN kini agresif mencari ahli dari kalangan golongan kecewa.

Presidennya Mat Sabu merupakam mantan Pas yang kecewa setelah menerima tamparan hebat dalam Muktamar Pas yang lalu.

Dimomokkan dengan nama Pasma kini ianya secara rasmi dinamakan Parti Amanah Negara berslogankan Amanah Progresif Peduli ini giat mencari ahli ahli Pas yang sedia bertukar idealisme dari berwatak Islamik ke watak yang lebih liberal dan terbuka.

Menerima sokongan yang agak kuat dari nama nama besar dalam Pas satu ketika,PAN sebenarnya adalah eksperimen Dap dalam mengeksploitasi undi dari kaum Melayu yang memberi undi kepada Pas.
Jika diteliti dengan sebaiknya apa objektif sebenar penubuhan PAN dalam turut merancakkan arena politik Malaysia.Yang pastinya adalah untuk memecahkan dominasi Pas dikerusi yang menjadi idaman Dap dalam hasrat menuju ke Putrajaya.

Menggunakan pengaruh ala selebriti yang dimiliki oleh Mat Sabu,sebenarnya ahli PAN tidak lebih dari sekadar tunggangan untuk kuasa oleh Dap terhadap mantan ahli Pas.Presiden Pas,Hj Hadi Awang sememangnya tidak menggemari situasi kehilangan ahli kepada PAN namun beliau akur akan kelebihan yang dimiliki Mat Sabu.Bayangkan belum berdaftar PAN mampu ada bamgunan sendiri.Dari mana sumber kewangan PAN untuk membiayai kos tersebut.

Dipalit kontroversi 'sumpah bai'ah' mereka yang menyertai PAN ternyata tidak ambil pusing akan perjanjian itu.Bagi mereka menubuhkan satu parti baru yang berkiblatkan liberal lebih penting dan slogan Negara Islam dilupakan terus demi cita cita politik.

Secara halus anwarisme berjaya mempengaruhi bekas ahli pas untuk menolak kepimpinan Ulama' yang selama ini merupakan pegangan ideologi Pas.

Pahang juga antara diintai oleh PAN dalam melaksanakan misi menawan antara kubu kuat BN,lebih lagi dengan platform yang disediakan Dap dan PKR memudahkan pergerakan mereka.
Jika BN Pahang tidak menangani isu rakyat Pahang dengan baik,tidak mustahil PAN akan memjuarai isu isu panas dalam Pahang.

Pendekatan berteraskan slogan PAN pastinya menjadi senjata utama dan ini sebenarnya direstui Dap.Akan terjadi persaingan sengit bila Pru14 nanti kerana kini Pas bergerak sendirian setelah Pakatan Rakyat telah tiada dan digantikan dengan Pakatan Harapan yang ditunjangi Dap dan PKR.

Adakah misi mereka menawan Pahang akan berjaya?Jika Umno Pahang dan BN Pahang leka maka bersedialah untuk menjadi pembangkang pula dalam Dewan Negeri.Apa tindakan proaktif BN,Umno Pahang dalam menangkis serangan pembangkang nanti.

Hanya Pengerusi Perhubungan Umno Pahang Dato Seri DiRaja Adnan Yaakob pastinya punyai modul khas untuk menangkis propaganda pembangkang dan adalah dinasihatkan agar setiap Adun BN  Pahang turut serta membantu menangkis setiap serangan pembangkang.

Walau PAN baru tidak mustahil paling tidak mempengaruhi Rakyat Pahang bila tiba Pru14.Mungkin Pahang bersedia bertukar kerajaan Negeri bila PAN menguasai DUN kelak.

Tuesday 22 September 2015

Laluan Maut Menanti Pemandu..Di Mana Adun Dan Ahli Parlimen?

Cameron Highlands merupakan salah satu tempat pelancongan yang dikunjungi ramai terutama waktu cuti sekolah dan perayaan.Jalan utama dari Perak adalah melalui Tapah namun atas keprihatinan kerajaan satu jalan alternatif telah dibuat untuk keselesaan pelancong.

Kini Cameron Highlands boleh dilalui menerusi jalan Gua Musang-Lojing dan Raub-Sungai Koyan-Betau.Prasarana ini adalah bukti kerajaan Barisan Nasional mementingkan kawasan pelancongan sebagai sumber pendapatan setempat.

Jalan paling selesa untuk dilalui pemandu yang ingin kesana adalah melalui Raub yang mengambil masa lebih kurang 3jam dari ibukota.Pelancong boleh menikmati perjalanan yang menyejukkan mata bila merentasi ladang sawit serta hutan disepanjang laluan Raub-Sungai Koyan sebelum meneruskan ke Cameron Highlands.

Namun begitu ada kelemahan yang ketara di laluan Raub-Sungai Koyan.Jalan yang agak kecil serta gelap menyukarkan pemandu apabila malam.Ditambah dengan kawanan haiwan peliharaan yang berkeliaran diatas jalan memburukkan pemandangan.

Jalan Tersang-Sungai Koyan dikategorikan berbahaya kepada pemandu yang pertama kali membuat pemanduan waktu malam.Faktor jalan yang rosak serta gelap ditambah dengan ketiadaan lampu jalan amat membimbangkan.Garisan jalan pula sudah tidak kelihatan dan ini pastinya menjadi igauan ngeri kepada mereka yang memandu.

Laluan Raub-Sg Koyan adalah jalan persekutuan dan menjadi tanggungjawap Jabatan Kerja Raya untuk membaikpulih struktur jalan itu.Walau kadar kemalangan maut dilaluan itu tidak tinggi namun JKR seharusnya prihatin dengan keadaan itu.

Penduduk setempat telah berkali meminta agar diperbaiki pihak yang bertanggungjawap masih enggan melaksanakannya.Dimana tanggungjawap Ahli Parlimen Raub serta Cameron Highlands dalam memohon peruntukan menaiktaraf laluan tersebut.

Apa yang dikesali pemilik haiwan ternakan juga melepaskan tanggungjawap mereka dan membiar ternakan berkeliaran diatas jalan dan ini adalah amat berbahaya buat mereka yang tidak biasa dengan laluan itu.

Menjadi harapan penduduk dan pelancong agar jalan itu dinaiktaraf untuk keselesaan pemandu terutama ketika waktu puncak sektor pelancongan.Adun Batu Talam serta Adun Jelai tentu maklum dengan keadaan tersebut,namun sikap berdiam diri dan tidak membantu membawa perkara ini ke pengetahuan negeri adalah dikesali.

Adakah mahu menanti pilihanraya atau kemalangan maut besar besaran terjadi baru mahu pertimbangkan permintaan penduduk serta pemandu?Mungkin itu sudah terlewat.

Apa yang diharapkan keprihatinan Menteri Kerja Raya menyalurkan peruntukan menaiktaraf jalan itu dilaksanakan.Ini pastinya akan merancakkan ekonomi setempat serta sektor pelancongan Cameron Highlands.


Saifuddin Sertai Pakatan Harapan?

Saifudfin Abdullah satu nama yang tidak asing buat Parlimen Temerloh.Pernah mewakili parlimen tersebut atas tiket Barisan Nasional sebelum kalah dalam Pru13 kepada calon Pas.

Sejak kekalahan beliau ditangan Tantawi,Saifuddin seakan lantang mencari kesalahan Umno dan Barisan Nasional.Senada dengan pembangkang dalam isu isu panas yang melanda negara dan tidak konsisten mencerminkan bahawa beliau sebenarnya ahli Umno.

Saifuddin juga memperlihatkan sisi sebenar 'politic view' dengan memperlekehkan 'blogger' dalam kenyataannya.Katanya era politik sekarang berbeza dengan zaman lepas beliau lupa akan kerjasama erat antara pemimpin dan media.

Apa yang menyebabkan beliau beralih arah.Adakah kerana kecewa kalah dan menyalahkan pengundi yang majoriti adalah Melayu di Temerloh atau sememangnya beliau lemah dalam menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen.

Saifuddin juga seakan menentang arus dalam pelbagai isu seperti kempen 'I Want To Touch A Dog' serta membisu dalam isu perhimpunan Bersih oleh pembangkang.

Adakah beliau sudah tidak lagi berminat dengan Umno dan sedia menyertai Pakatan Harapan yang dijenamakan semula oleh pembangkang.Apa sebenarnya niat beliau senada dengan pembangkang dalam menyatakan pendapat dan pandangan.

Andai beliau tidak lagi setia kepada Umno maka sebaiknya dinyatakan dan isytihar keluar dari Umno seberapa segera agar tidak membebankan Umno Temerloh yang selama ini menyokongnya sebagai ahli Parlimen.

Umno Pahang sewajarnya melihat perkara ini dan mempertimbangkan kewajaran beliau berada didalam Umno,bukan sebagai kelebihan tapi beban.

Monday 21 September 2015

MCA..Setia Atau Tidak Kepada Barisan Nasional.

Tindakan MCA Pasir Gudang yang membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Dato Sri Najib kerana menyokong Himpunan Rakyat Bersatu baru baru ini amat dikesali.

Mengapa MCA P.Gudang perlu melenting hanya kerana isu Merah sedangkan ianya adalah himpunan menifestasi kaum Melayu yang membantah himpunan Bersih 4.0 yang telah diadakan pada 29Ogos lepas.

MCA P.Gudang menyatakan himpunan itu sebagai rasis namun tidak dapat memberi bukti bahawa himpunan 'Merah' itu sebagai didakwa mereka.Apakah MCA lupa bahawa mereka sebenarnya juga turut bergantung kepada undi dari kaum Melayu untuk memenangi pilihanraya.

Umum mengetahui kekalahan teruk MCA dalam Pru13 hingga memaksa MCA menolak sebarang jawatan dalam kabinet,walau selepas itu ramai dari kalangan MCA dilantik ke jawatan penting dalam kerajaan.Apakah MCA tidak malu memperlekehkan DsN yang telah memberi ihsan dengan menempatkan nama besar MCA dalam barisan kerajaan.

MCA juga patut berasa mereka sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional dan mengambil tanggungjawap dalam menjelaskan isu nasional kepada masyarakat cina khususnya.Tapi MCA tidak berbuat demikian dan hanya meletakkan segalanya kepada Umno.

Dimana tanggungjawap MCA sebagai komponen BN? Dengan rekod Pru yang tidak stabil MCA hanya mahu menjuarai sentimen yang membabitkan kaum cina sahaja.Apa rasional tindakan itu sebenarnya.Apa pula halatuju MCA dalam BN.

Presiden MCA berdiam diri dalam isu tersebut dan ini tidak mencerminkan semangat Barisan Nasional yang mementingkan setiakawan dalam satu parti yang besar.Adakah MCA memberi isyarat bahawa mereka tidak lagi berminat untuk berada dalam komponen BN dan bersedia menjadi sekutu kepada pembangkang.

Tindak tanduk MCA kebelakangan ini amat meragukan dengan sikap berdiam diri mereka dalam isu nasional dan tempatan.Inikah semangat setiakawan mereka kepada parti yang banyak membantu mereka dikala kesempitan di arus politik nasional.

Malahan MCA tidak dilihat membantu BN menangani kebanyakan isu yang melanda negara,tiada program menjelaskan dan penerangan kepada kaum cina membabitkan kerajaan.Dap semestinya melihat ini sebagai kelebihan untuk mereka bersekutu dalam memerangi BN kelak.

Kesetiaan MCA juga nampaknya agak goyah dipelbagai peringkat negara.Adalah menjadi satu kemusykilan bila MCA P.Gudang mengambil keputusan drastik dan keanak-anakan dalam memutuskan hubungan dengan Dato Sri Najib diperingkat nasional.

Adakah tindakan mereka mendapat restu dari kepimpinan tertinggi MCA Pusat? Presiden MCA perlu menjernihkan keadaan sebelum ianya menjadi isu besar dalam Barisan Nasional dan mengambil tindakan tatatertib keatas mereka yang terlibat.

Jika mereka merasakan 'Himpunan Merah' sebagai rasis mereka juga perlu melihat kebaikan Kerajaan yang masih bertoleransi dalam isu SJKC serta pelbagai isu yang melibatkan kaum cina.Apakah Dong Zhong tidak mempraktikkan rasis dalam memperjuangkan matlamat mereka? Tidak perlu untuk MCA menjadi berat sebelah dalam hal ini dan hanya mempergunakan isu 'Merah' sebagai batu loncatan meraih sokongan kaum cina.

MCA perlu bertegas kepada semua ahli dan mengingatkan mereka bahawa semua parti komponen berkongsi kuasa dalam memerintah negara.

Sunday 20 September 2015

Palanivel Tidak Layak Di Cameron Highlands

Adakah masih relevan untuk meletakkan calon berdasarkan kuota didalam Dun yang majoritinya Melayu.Tidak dapat dinafikan ini adalah sebahagian sikap toleransi yang diamalkan didalam Barisan Nasional.

Ternyata pada Pru13 pengundi lebih kolektif dengan pemilihan calon disetiap kawasan mengundi.Ada yang mengundi untuk parti dan ada yang mengundi berdasarkan calon.

Di Parlimen Cameron Highlands misalnya MIC diberi kepercayaan untuk bertanding diatas semangat kerjasama komponen walau majoriti disitu memihak kepada Melayu.Namun atas semangat jitu pemgundi setia BN,G.Palanivel memenangi kerusi dengan majoriti yang tidak boleh dibanggakan.

Kemelut MIC pula memburukkan reputasi Presiden MIC tersebut disamping sikap tidak mesra beliau dengan pengundi.Kelemahan ketara pada Palanivel ialah tidak lancar berbahasa Malaysia dan ini sebenarnya tidak disenangi oleh pengundi.

Walau dibantu dengan undi dari Dun Jelai,Palanivel tidak dapat keyakinan menyeluruh dari pengundi.Hanya Adun Jelai,Wan Rosdy yang dilihat memainkan peranan bagi pihak Palanivel.

Apakah Pru akan datang Palanivel akan pertahankan kerusi itu?Mungkin sudah sampai masanya Umno mengambilalih kerusi Cameron Highlands dan menampilkan calon anak tempatan yang diyakini mampu menawan pengundi.

Dato Wan Rosdy bukanlah calon yang sesuai dikerusi tersebut memandangkan ada kontroversi kronisme dalam senarai AJK Bahagian yang bakal membuat pengundi berfikir dua kali untuk memberi undi.Dengan kegagalan menyiapkan Masjid di Felda Sungai Koyan dan isu kuku besi oleh Setiausaha Bahagian Umno Bahagian ini tidak bagus untuk Wan Rosdy ditampilkan menggantikan Palanivel.

Ramai yang kecewa dengan keadaan ini namun tidak mahu bersuara.Sesuatu yang amat tidak baik untuk Umno tampilkan kepada pengundi.Namun disebalik itu semua Dato Maznah Mazlan dilihat sebagai calon yang hampir sempurna untuk memgambilalih kerusi Cameron Highlands.

Rekod cemerlang beliau di Muadzam adalah sesuatu yang pasti sukar ditandingi oleh lawan.Merupakan anak tempatan Cameron Highlands dan dikenali oleh setiap lapisan masyarakat tidak dapat dinafikan kredibiliti beliau sebagai calon Cameron Highlands.

Wanita Cameron Highlands pastinya berbangga andai beliau dipilih sebagai calon untuk Pru akan datang.Dun Tanah Rata juga mampu dimenangi kembali oleh BN selepas terlepas ke tangan Dap pada Pru13.

Mungkinkah ini akan terjadi di Pru14?Diharap semangat Barisan Nasional dalam pemilihan calon akan memihak kepada Umno untuk satu penggal.Berikan peluang untuk Umno Cameron Highlands berbakti kepada pengundi disana.

Friday 18 September 2015

Khairuddin Di Berkas..Cubaan Keluar Negara Secara Tidak Sah.

Khairuddin Abu Hassan telah ditahan polis ketika cuba meninggalkan negara melalui jalan lain.

Beliau kini ditahan di Balai Dang Wangi untuk siasatan keatas dakwaan beliau kepada Dato Sri Najib berkenaan 1MDB.Setelah lepas dari isu bangkrap Khairuddin telah membuat laporan polis dipelbagai negara berkenaan 1MDB.

Bagaimana beliau mampu keluar dari status bangkrap tidak diketahui.Ada ura ura mengatakan beliau ditaja oleh seseorang untuk menyerang Dato Sri Najib dan kerajaan Malaysia dengan isu tersebut.

Sebagai imbuhan beliau dibayar untuk melepaskan statusnya sebagai bangkrap.Dipercayai beliau ada kaitan dengan Claire Brown dari Sarawak Report dalam usaha memburukkan kerajaan Malaysia diluar negara.

Sebelum ditangkap Khairuddin juga menyatakan ketidakpercayaan kepada Imegresen Malaysia kerana enggan melepaskan passport beliau untuk keluar negara.Apa perlunya beliau keluar negara dan memburukkan kerajaan Malaysia?

Apakah tindakan seterusnya oleh PDRM terhadap Khairuddin.

Wednesday 16 September 2015

MB Tempelak Pemfitnah.

Dato Sri DiRaja Adnan Yaakob hari ini menegaskan bahawa pengeluar bauksit perlu mematuhi arahan cara pengeluaran dan cara penghantaran mineral itu selepas Aidiladha akan datang.

Hala ini telah beliau tegaskan dalam sidang media selepas merasmikan Hari Malaysia Peringkat Negeri yang diadakan di daerah Raub.

Menjawap persoalan perhimpunan 'merah' Adnan menegaskan bahawa ianya tidak perlu dihalang kerana memperolehi permit dan kebenaran,selain membandingkan himpunan Bersih bermula siri 1 hingga 4 tanpa sebarang permit dan kebenaran.Jadi tidak timbul soal berat sebelah seperti didakwa pembangkang.

Menyentuh isu fitnah dana yang dilemparkan kepada Dato Sri Najib,Dato Adnan berkata dana yang DsN ada hanya untuk kegunaan parti dan bukan individu,sambil menyatakan sokongan Umno Pahang terhadap Dato Sri Najib beloau juga menegaskan dan meminta rakyat supaya tidak cepat melatah.

Beliau juga mengingatkan rakyat supaya beringat bahawa Malaysia mempunyai pelbagai kaum,jadi ada perkara sangat sensitif yang terlepas pandang.

MB Tempelak Pemfitnah.

Dato Sri DiRaja Adnan Yaakob hari ini menegaskan bahawa pengeluar bauksit perlu mematuhi arahan cara pengeluaran dan cara penghantaran mineral itu selepas Aidiladha akan datang.

Hala ini telah beliau tegaskan dalam sidang media selepas merasmikan Hari Malaysia Peringkat Negeri yang diadakan di daerah Raub.

Menjawap persoalan perhimpunan 'merah' Adnan menegaskan bahawa ianya tidak perlu dihalang kerana memperolehi permit dan kebenaran,selain membandingkan himpunan Bersih bermula siri 1 hingga 4 tanpa sebarang permit dan kebenaran.Jadi tidak timbul soal berat sebelah seperti didakwa pembangkang.

Menyentuh isu fitnah dana yang dilemparkan kepada Dato Sri Najib,Dato Adnan berkata dana yang DsN ada hanya untuk kegunaan parti dan bukan individu,sambil menyatakan sokongan Umno Pahang terhadap Dato Sri Najib beloau juga menegaskan dan meminta rakyat supaya tidak cepat melatah.

Beliau juga mengingatkan rakyat supaya beringat bahawa Malaysia mempunyai pelbagai kaum,jadi ada perkara sangat sensitif yang terlepas pandang.

Tuesday 15 September 2015

Hari Malaysia Peringkat Negeri Pahang Meriah

Raub Meriah Dalam Suasana Aman.

Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pahang diadakan di daerah Raub dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelbagai kaum.

Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang Dato Sri DiRaja Adnan Yaakob.Exco Pahang juga kelihatan bersama sama memeriahkan sambutan serta wakil wakil parti komponen BN.

Sunday 13 September 2015

Raub Hilang Dari Pandangan

Raub Hilang Dari Pandangan

Bandar Raub hari ini seperti hilang dari pandangan kerana diselimuti jerebu.Tinjauan mendapati seluruh bandar Raub kelam.

Dikhuatiri fenomena ini akan terus berlarutan.Adakah kerajaan negeri akan bertindak menutup sessi persekolahan jika keadaan semakin buruk.

Keadaan juga tidak menunjukkan perkembangan positif walau hujan turun disekitar Raub.Pihak Kementerian Kesihatan juga tidak proaktif dalam menyampaikan khidmat pesanan kepada penduduk setempat mengenai bahaya jerebu.

Sampai bila kita akan jadi mangsa pembakaran terbuka.



Surat Terbuka Buat Ketua Pemuda Cameron Highlands.

Surat Terbuka Buat Ketua Pemuda Umno Cameron Highlands.

Anak Jelai
Saudara KP..selama dilantik ke jawatan ketua pemuda Umno Cameron Highlands saudara tidak seperti dijangka.
Saudara seolah memandang jawatan ini sebagai sandaran buat saudara mencari keuntungan diri sendiri.

Selepas saudara memenangi jawatan ketua pemuda kelibat saudara amat payah dilihat didalam kawasan sendiri.Bila ditanya saudara tidak dapat beri jawapan yang memuaskan.Adakah saudara kenal semua ahli pemuda bahagian Cameron Highlands?

Malang sekali saudara tidak mahu belajar dari mantan ketua pemuda yang mesra dengan ahli.Saudara sombong dengan kami sebagai pemuda Umno.Hinggakan dalam PRK Rompin saudara menjauhi kami dan lebih rela bersama mereka yang berjawatan dari bahagian lain.Saudara juga tidak mahu bergaul dengan kami.Siapakah kami dimata saudara?

Belum masuk kisah peruntukan kepada Pemuda Cawangan.Pelbagai alasan saudara beri,menafikan bahawa peruntukan untuk pemuda bergerak itu ada,hingga menimbulkan syak bahawa saudara berbohong kepada kami.

Sebenarnya apa fungsi saudara di Bahagian Cameron Highlands selaku Ketua Pemuda Bahagian?Sudahlah tidak dikenali saudara pula tidak mesra dengan ahli pemuda,saudara juga bersifat pilih kasih.Program bersama pemuda jauh sekali saudara mahu lakukan.

Saudara KP Cameron Highlands...
Sampai bila saudara mahu bertahan dalam Umno.Pada kami,saudara sebenarnya tidak layak menjadi seorang Ketua Pemuda.Atas pilihan siapa sebenarnya saudara dipilih?Saudara pergilah kemana mana cawangan pemuda dan saudara tidak akan disambut selayaknya kerana saudara tidak layak.

Kepada Ketua Bahagian Umno Cameron Highlands..
Tuan telah melakukan kesilapan besar dengan merestui saudara Wan Kamal sebagai Ketua Pemuda Cameron Highlands.Belum pernah dalam sejarah Pemuda berpecah kerana KP,kini gara gara KP yang tuan mahukan inilah akibatnya.

Mungkin sekarang tuan belum rasai tapi tunggulah bila pilihanraya umum kelak.Adakah pemuda akan bantu kerja kerja pru kalau perangai KP masih belum berubah?Saya selaku Anak Jelai tidak dapat memberi kepastian.

Selagi KP ini tidak mengubah cara dan tabiatnya..saya gusar Pemuda tidak lagi menyokong kepimpinan Ketua Bahagian Cameron Highlands.

Saya hanya menyampaikan hasrat Pemuda Umno Cameron Highlands buat saudara Ketua Pemuda CH.Berubah sebelum rebah.

Yang Benar
Anak Jelai

Selamat Lagi Kalau Kotor?

Sampai bila akan kembali jernih kembali air di sungai Pahang?
Terkenal sebagai salah sebuah negeri yang kaya dengan sumber alam semulajadi namun dek rakus manusia,ianya seakan ditelan nafsu.

Sampel air yang diambil oleh saudara Khaidir Ahmad menunjukkan betapa kotornya air walau dihulu sekalipun.

Antara faktor yang menyebabkan kekeruhan ini berlaku adalah pembalakan dan carigali mineral yang terjadi.

Adakah kerajaan Negeri sedar akan perubahan ini?Dan masih mahu terus berdiam diri tanpa apa apa tindakan proaktif untuk membaikpulih kebersihan sungai sungai di Pahang.

Apakah satu hari nanti rakyat Pahang perlu mendapatkan bekalan air bersih dari negeri lain seperti Selangor.

Harap YAB Menteri Besar Pahang peka tentang masaalah yang timbul ini.Usah biar ianya menjadi satu beban yang akhirnya ditanggung oleh rakyat Pahang.

Kembalikan kejernihan sungai di Pahang.Hentikan aktiviti yang merosakkan alam semulajadi Pahang.

Saturday 12 September 2015

Troli KLIA Pula Kena Samak?

Selepas kejadian anjing diletak dalam troli di pasaraya terkenal yang menyebabkan kariah masjid diminta menyamak kesemua troli pasaraya tersebut,ianya dilihat dilakukan pula di sebuah pasaraya lain pula.

Terbaru sekeping gambar seekor anjing diletakkan didalam troli di KLIA pula.
Kemana penguatkuasa KLIA?

Adakah mereka tidak peka dengan sensitiviti Islam?Jika ini terjadi dengan sengaja maka pengurusan KLIA kena bertanggungjawap.

Thursday 10 September 2015

Adun Tahan Biadap..Mencela Rakyat Pahang.



Adun Tahan Dato Wan Amizan telah menaikmuat status dilaman facebook secara kurang sopan terhadap mantan wartawan TV3.

Ini disebabkan saudara Khaidir telah mempersoalkan kualiti air diakibatkan pembalakan disepanjang sungai Pahang.Amatlah dikesali cara seorang Adun menjawap dan memyindir bila persoalan ini berbangkit.

Saudara Khaidir dikenali sebagai seorang wartawan yang memperjuangkan alam sekitar sejak berkhidmat dalam TV3.Apakah ini cara seorang Adun yang dipilih rakyat menjawap hal ehwal alam sekitar di Pahang?

Harus diakui pembalakan haram adalah antara faktor penyumbang kepada kerosakan alam dan antara penyebab bekalan air yang dibekalkan kepada pengguna menjadi berkeladak serta kotor.

Bagaimana pembalakan ini boleh terjadi dan siapa pihak yang meluluskannya?Rakyat Pahang memerhati isu ini kerana seorang Adun tidak sepatutnya mencela apabila seorang rakyat Pahang membangkitkan hal terbabit.

Mereka Rakyat Pahang..jadi tidak menjadi kesalahan kepada mereka menyayangi alam semulajadi Pahang.Apakah tindakan oleh Menteri Besar Pahang dalam isu ini?

Ingatlah...rakyat akan menghukum Adun terbabit andai ini cara beliau yang membangkitkan kemarahan kepada rakyat Pahang.Saudara Khaidir hanya menyuarakan Hak beliau selaku rakyat Pahang.

Raub Di Pilih Untuk Sambutan Hari Malaysia.

Selepas Pru13 Parlimen Raub yang dikuasai Dap melalui Dato Ariff Sabri terus sunyi dari program yang melibatkan penduduk setempat.Tidak seperti semasa BN menguasai kerusi itu bandar Raub tidak pernah sunyi dari program melibatkan Ahli Parlimen dan rakyat.

Atas prihatin kerajaan negeri pada 16September ini sambutan Hari Malaysia akan diadakan di Raub.Program ini akan melibatkan seluruh penduduk Raub amnya dan Pahang seluruhnya.

Difahamkan pelbagai aktiviti akan dianjurkan sempena sambutan Hari Malaysia nanti.Ini tentunya memberi tamparan hebat buat Dap kerana gagal menepati janji mereka di Pru13.

Barisan Nasional sentiasa mendengar denyut rakyat.Terimakasih Dato Sri DiRaja Adnan Yaakob yang sudi memilih daerah Raub sebagai daerah menyambut Hari Malaysia.

Wednesday 9 September 2015

PAIP OH PAIP

Krisis air dikawasan tertentu didalam Pahang amat merisaukan.Walau pun Pahang sebagai negeri yang sumber airnya banyak masaalah keputusan bekalan air sering terjadi.

Sejak Paip(Pengurusan Air Pahang)mengambil alih pengurusan bekalan air dari JBA(Jabatan Bekalan Air) perkara ini seakan meruncing.Raub salah satu daerah yang mencatit sejarah bila 30kali memgalami gangguan bekalan dalam masa sebulan.

Antara sebab yang pengurusan PAIP beri adalah kerana keladak yang merosakkan pam di loji bekalan.Dari mana semua timbunan selut ini? Sudah tentu pembalakan dan perlombongan menjadi penyebab utama.

Masaalah paip lama juga memberi implikasi terhadap bekalan air.Proses mengganti paip paip lama kadang mengambil masa yang menyukarkan rakyat Pahang.

Alasan pam loji sering menjadi jawapan klise buat pengguna.Rakyat membayar tanpa servis yang sepenuhnya.Ini seharusnya ditangani dengan baik oleh pengurusan PAIP.

Jika dilihat dilaman sesawang aduan PAIP sememangnya terdapat notis gangguan tetapi ianya kadang berlarutan hingga membuat pengguna menjadi marah kerana bekalan lori air tidak dihantar dengan segera.

Ini sesuatu yang serius dan mesti diambil berat oleh PAIP dalam memastikan keselesaan pengguna.Masaalah air berkeladak juga menjadi rungutan pengguna.Dimana Hak Pengguna PAIP?Adakah semata mengejar keuntungan maka kebersihan kurang dititikberat oleh PAIP?

Apa juga alasan PAIP,pengguna hanya mahu yang terbaik dan berbaloi dengan setiap sen yang mereka bayar kepada PAIP.

Krisis Kepercayaan..Mukhriz DiHujung Tanduk?

Bertempat di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir telah mengadakan mesyuarat Bahagian UMNO Kedah. Agak mengejutkan, mesyuarat yang diadakan jam 9 malam itu hanya dihadiri kira-kira 10 orang termasuk beliau dimana hanya 5 bahagian sahaja yang hadir.
Antara yang hadir semalam adalah Datuk Haji Tajul Urus Haji Mat Zain, Said Ali Said Rastan, Ketua Bahagian UMNO Pokok Sena, Datuk Paduka Md Rozai’ Shafian, Ketua Bahagian UMNO Pendang, Datuk Abdullah Hasnan, Ketua Bahagian UMNO Kuala Kedah dan Datuk Haji Mohd Rawi Abdul Hamid, Exco Kerajaan Negeri.

Hadir sama Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz, Ketua Wanita UMNO Negeri Datuk Maznah Abd Hamid, Naib Ketua Puteri UMNO Negeri dan Setiausaha Kerja UMNO Negeri Kedah, Hasri Che Mat.
Untuk rekod, Negeri Kedah mempunyai 15 Bahagian UMNO dan kehadiran hanya 5 Ketua Bahagian pada mesyuarat Bahagian UMNO Negeri ini begitu mengejutkan.
Tanpa kehadiran Bendahari UMNO Negeri dan 9 Bahagian yang lain, jelas menampakkan sokongan terhadap Datuk Seri Mukhriz seperti telur dihujung tanduk.
Dengan hanya 5 Bahagian sahaja yang masih kekal menyokong beliau, komposisi beliau selaku Menteri Besar jelas goyah dan ketidak hadiran 10 lagi Bahagian UMNO di Kedah menandakan penolakan mereka terhadap beliau semakin kuat dan nyata.
download
Tidak seperti apa yang beliau laungkan sebelum ini yang menyatakan seluruh Negeri Kedah masih menyokong kepimpinan beliau, apa yang berlaku di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam jelas menunjukkan sebaliknya.
Ini memungkinkan peralihan pucuk pimpinan baru mungkin akan melanda negeri Kedah dan desas desus yang mengatakan peralihan ini akan berlaku pada 1 Oktober ini mungkin menjadi kenyataan.

Monday 7 September 2015

Gempar!!!Surat Terbuka Untuk Adun

Penulis telah menerima satu surat terbuka yang ditujukan kepada Adun Jelai Dato Wan Rosdy oleh penama Anak Jelai.
Berikut adalah luahan dari Anak Jelai.

Dato Wan Rosdy..telah menggungguli Dun Jelai selama 3Pru.Tahniah diucapkan kerana konsisten mempertahankan kerusi Dun.Dato juga telah bertahan sebagai Ketua Umno Bahagian Cameron Highlands sekian lama.

Namun air tenang usah disangka tidak berarus dibawah.Pelbagai rungutan kedengaran dari suara suara kecil pengundi Dun Jelai dan Bahagian Cameron.Imej bersih yang Dato bawa selama ini ada tercalar dek gaya Dato yang menghimpun kroni kroni didalam Bahagian terbabit.

Bermula dengan penyingkiran Ketua Wanita Bahagian Hajah Ramiza dari Dun Tanah Rata,meletakkan anak Dato sendiri sebagai Naib Ketua Pemuda Cameron,memilih hanya dari kalangan orang Kemas sebagai Ajk Wanita.

Apa sudah jadi dengan janji Dato kepada pengundi semua? Apakah Wan Rosdy lupa kerana berasa selesa sekian lama memegang tampuk Cameron? 

Dikhabarkan juga bahawa Setiausaha Bahagian Cameron sebenarnya yang berkuasa menetapkan apa jua keputusan Dato.Ini sesuatu yang amat memualkan bagi Umno.Sepatutnya amalan kronisme ini telah lama dihapuskan selari dengan kehendak Presiden Umno yang mahu me'remaja'kan Umno.

Tindakan Dato sedikit sebanyak mencalarkan kredibiliti Dato selaku Exco dalam Kerajaan Negeri Pahang.Apakah Dato mampu bertahan pada Pru14?
Kami selama ini menyokong penuh kepimpinan Dato Wan namun Dato seolah lupa segalanya bila disajikan dengan kabar yang indah indah sahaja.

Sekian surat terbuka kami kepada Dato.Moga Dato insaf dan berubah sebelum rebah.

Yang Benar
Anak Jelai

Gempar...Komplot Terdedah..Siapa Perancangnya?



Kuala Lumpur: Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, yang bersubahat dengan beberapa pihak menentang Malaysia, dengan angkuh pernah memberitahu Xavier Andre Justo bahawa beliau sedang “mengubah masa depan sebuah negara” dan akan meraikannya dengan segelas Champagne sebaik “Najib tumbang”.


Susulan hukuman penjara ke atas Justo pada 17 Ogos lalu, pendedahan terbaru menampakkan belang sebenar Rewcastle-Brown dan kesediaannya melanggar undang-undang dengan membantu Justo mengumpul AS$2 juta (RM8.62 juta) sebelum didakwa melakukan pengubahan wang haram sebagai bayaran e-mel yang dicuri daripada bekas majikannya, PetroSaudi International (PetroSaudi).


Justo, warga Switzerland, kini menjalani hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan memeras ugut bekas majikannya. Bagaimanapun, pasukan penyiasat Thailand bagi kes itu merungkai tahap kesungguhan Rewcastle-Brown bersama rakan subahatnya bagi menggulingkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak.


Menurut sumber yang rapat dengan pihak berkuasa Thailand, pendedahan itu antara lain merangkumi perbualan menerusi WhatsApp selama tiga bulan membabitkan Rewcastle-Brown, pengurusan kanan Kumpulan Media The Edge iaitu Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat serta Justo, yang menawar untuk menjual data dicurinya kepada pembida tertinggi.


Pada 15 Julai lalu, akhbar New Straits Times (NST) melaporkan kenyataan bekas editor Sarawak Report yang mendakwa Rewcastle-Brown memalsukan beberapa dokumen untuk memfitnah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Najib, menerusi beberapa pendedahan portal berita itu.


Editor terbabit, Lester Melanyi, dikatakan turut menamakan beberapa individu termasuk ahli politik terkemuka pembangkang sebagai antara yang terbabit dalam konspirasi menggulingkan kerajaan. Perbualan di WhatsApp itu, kata sumber, turut mendedahkan keakraban hubungan Rewcastle-Brown dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman penjara; Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Mahu jatuhkan PM


Dalam satu perbualan WhatsApp dengan Rewcastle-Brown pada 19 Mac 2015 lalu, Kay Tat didakwa menulis (terjemahan): “Artikel anda seolah-olah menggambarkan anda ingin menjatuhkan Perdana Menteri. Kami dituduh bekerjasama dengan anda dengan tujuan menggulingkan PM (Perdana Menteri).”


Rewcastle-Brown didakwa menjawab: “Saya yang menulis berita ini, bukan anda. Penuhi komitmen anda dan saya akan pergi tanpa memberitahu sesiapa.”


Beliau kemudian menyebut “mungkin kita telah mengubah hala tuju sebuah negara”.


Mesejnya pada Jun lalu berbunyi: “Kami merancang satu lagi pendedahan sebelum pilihan raya negeri (Sarawak). Saya akan meraikannya apabila Najib tumbang. Saya sudah mendapat beritanya menerusi orang Anwar. Saya menggunakan Dr Mahathir untuk mendapatkan sumber maklumat lain.”


Justo mendakwa dijanjikan AS$2 juta sebagai pertukaran data yang dicuri daripada bekas majikannya. Dalam temu bual di penjara bersama akhbar Straits Times Singapura baru-baru ini, Justo mendakwa tidak menerima bayaran yang dijanjikan oleh seorang ahli perniagaan terkemuka dari Malaysia.


Sumber Thailand kemudian mengesahkan Kooi Ong sebagai ahli perniagaan terbabit. Menerusi satu lagi temu bual, Justo mendakwa persetujuan berhubung urusan jual beli dokumen berkenaan dicapai di Singapura pada Februari tahun ini, disusuli perbincangan panjang lebar mengenai kaedah pembayaran terhadapnya.


Kumpulan individu yang ditemui Justo di Singapura bagi berunding soal penjualan data terbabit, dinamakan dalam pengakuan 22 muka suratnya kepada polis Thailand. Justo turut mengulangi apa yang dikatakan polis Thailand baru-baru ini, iaitu pengakuannya disokong dengan dokumen termasuk rekod perbualan WhatsApp dengan pembeli berkenaan.


“Apa yang ditulis dalam pengakuan saya itu, sebahagian besarnya dibuktikan menerusi perbualan e-mel, mesej WhatsApp saya dengan mereka,” katanya.


Beliau mendakwa, Rewcastle-Brown bersetuju menerima AS$2 juta daripada pembeli dan memberinya AS$250,000 (RM1.07 juta) sebulan sebagai bayaran perkhidmatan rundingan.


“Saya tidak tahu sama ada dia menerima duit itu atau tidak, (kerana) saya ditangkap. Saya tidak tahu,” katanya.


Sumber Thailand berkata, dalam perbualan panjang lebar menerusi WhatsApp, Rewcastle-Brown turut menjelaskan bagaimana beliau akan membantu Justo mendapatkan AS$2 juta sebelum melakukan pengubahan wang haram.


Awalnya, beliau cuba menggunakan SJS Limited di Singapura bagi menyalurkan dana berkenaan bersama abangnya yang juga Pengarah SJS, Patrick Rewcastle.


Pada 19 Mac, Rewcastle-Brown mengesahkan komisyen bagi pemindahan haram itu dan berkata: “Lelaki itu mahu mengenakan bayaran 67,000 Euro (RM321,929). Saya yakin dia tidak akan menipu.”


Rewcastle-Brown kemudian menawarkan Dana Bruno Manser yang juga warga Switzerland, sebagai saluran bayaran AS$2 juta itu dan pada 22 April menulis: “Dia boleh membuat bayaran ke Dana Bruno Manser jika dia mahu.”


Beliau akhirnya bersetuju menjual Sarawak Report untuk membayar Justo. Berikut adalah sebahagian daripada terjemahan perbualannya dengan Justo:


19 Mei (4:32 petang): Dia ingin membayar menerusi syarikat BVI (British Virgin Island)!! Ia akan kelihatan teruk dalam akaun rasmi saya! Saya akan berbincang secara bersemuka. Itu lebih baik daripada berunding dengan KT yang teruk itu.


19 Mei (4:37 petang): Mereka akan kata saya mengkritik syarikat BVI tapi saya sendiri menggunakannya. Aduh.


19 Mei (5:11 petang): Saya akan berkempen bagi mengelak tempat berlindung cukai ini. Mereka akan menggelarkan saya hipokrit. Saya tidak akan membuat bising sehingga saya berjumpa mereka dan mencari penyelesaian dengan Tong.


Sebelum ini, Rewcastle-Brown menyifatkan dakwaan terhadapnya sebagai mengarut. “Apa yang saya siarkan mengenai 1MDB dan diperjelaskan oleh The Edge serta disokong beberapa sumber rasmi adalah penjelasan yang konsisten, berbanding cerita 1MDB yang kerap dilihat mengelak serta berubah,” katanya.


Mengaku perdaya Justo?


Pada 24 Julai lalu, Kooi Ong dan Kay Tat mengeluarkan kenyataan sebagai menjawab temu bual Justo yang disiarkan Straits Times. Kedua-duanya mengaku memperdayakan Justo dan menganggap ia adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan bukti.


Mereka turut menegaskan tidak membayar sesiapa untuk mendapatkan berita berkenaan. “Kami tidak melakukan apa-apa kesalahan,” kata mereka.


Polis Thailand menahan Justo, 48, pada 22 Jun lalu di kediaman mewahnya di pulau peranginan Koh Samui. Bekas Ketua Teknologi Maklumat PetroSaudi di pejabat London itu, mengaku mencuri data syarikat – bersaiz kira-kira 90 gigabait – ketika meninggalkan PetroSaudi pada tahun 2011. Beliau meminta lebih banyak bayaran daripada PetroSaudi pada 2013 tetapi tidak diendahkan.


Susulan itu, Justo diperkenalkan dengan Rewcastle-Brown menerusi kenalan di Geneva yang mempunyai rangkaian di Malaysia. Justo kemudian menemui Rewcastle-Brown di Plaza Athenee di Bangkok dan Fullerton Hotel di Singapura. Di Singapura, Rewcastle-Brown ditemani oleh mereka yang dinamakan dalam pengakuan Justo. Ketika dihubungi, Rewcastle-Brown, Kooi Ong dan Kay Tat tidak menjawab panggilan.


SUMBER: BERITA HARIAN 7 SEPTEMBER 2015

Sunday 6 September 2015

PRU 14 DiMana BN Pahang... Kekal Atau Tumbang?

16 Kawasan dalam Pahang bolos kepada pembangkang pada Pru13 lepas.Apakah ini tanda aras kepada Barisan Nasional Pahang sebagai peringatan.
Tidak dapat dinafikan kekuatan pembangkang kini seimbang dengan apa yang BN Pahang tawarkan kepada rakyat.

Mengapa ini terjadi? Adakah isu nasional yang membuat pengundi menukar haluan dan memberi kepercayaan kepada pembangkang atau sebagai undi protes terhadap kerajaan negeri?

Kepada pemimpin tertinggi dalam kerajaan Negeri ini haruslah diterima sebagai isyarat kerja keras untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada BN dimulakan dari sekarang.

Kepada Exco Negeri usah lagi bermain madah indah membelai dan hanya akan turun padang bila pilihanraya.Padah bila semuanya masih selesa dibangku empuk Dewan Negeri hanya akan diketahui usai Pru14.

Jangan salahkan rakyat andai mereka berubah haluan tapi tuding kepada diri kerana kelemahan dalam memenangi hati rakyat Pahang.Pelbagai isu tempatan sewajarnya diberi perhatian dan ditangani.

Andai kerusi pembangkang bertambah maka kalian gagal memegang janji kepada rakyat Pahang.Berubahlah untuk rakyat Pahang,pulangkan kepercayaan mereka dengan kerja keras untuk mereka.

Dan paling penting UMNO Pahang juga sebaiknya membuka ruang kepada golongan profesional untuk terbabit sama dalam melestarikan Umno.Bukan membiar mereka melukut ditepian.Sikap kiasu patutnya dibuang dari pemikiran Umno dan BN.

Kebanyakan rakyat menjadi meluat kepada BN bila mereka seolah diketepikan selepas BN menang pru dan hanya berguna kepada parti bila tiba pilihanraya.Ini mentaliti yang patut diubah oleh Adun dan Exco Pahang.

Tepuk dada tanya selera..rakyat memerhati anda.

Saturday 5 September 2015

Cameron Highlands Berwajah Baru.

Antara 'winable candidate' untuk diketengahkan bagi Parlimen Cameron Highlands adalah seorang yang tidak asing bagi pengundi.

Dato Maznah Mazlan dilihat sebagai yang paling 'ideal' untuk meneruskan legasi Barisan Nasional memenangi kerusi tersebut.Agak masak dengan segala percaturan politik dalam Negeri Pahang juga berpengalaman dalam Kabinet Negara sebagai Senator.

Yang penting adalah beliau sendiri anak tempatan di Dun Tanah Rata.Dikenali sebagai seorang yang berjiwa besar menabur bakti di Dun Muadzam selama ini.

Tibalah masa untuk beliau diketengahkan ke peringkat Nasional apabila pilihanraya ke14 kelak.Apa yang tidak mampu dinafikan oleh pihak lawan adalah rekod Dato Maznah sendiri.

Walaupun kuota Parlimen diberi kepada MIC namun atas faktor mengekalkan momentum Barisan Nasional amat wajar dipertimbangkan kemampuan Maznah Mazlan.

Polar pengundi di dua Dun iaitu Tanah Rata dan Jelai sebenarnya mahukan perubahan dibawa dalam membantu Kerajaan Barisan Nasional kekal 2/3 majoriti apabila tiba masa pilihanraya.

Dato Seri DiRaja Adnan Yaakob pastinya melihat ini sebagai salah satu langkah menarik balik sokongan yang hilang sewaktu Pru13.Hampir sahaja BN hilang kerusi CH dan ini sedikit sebanyak mencalar imej kubu kuat BN.

Mungkin ada pertimbangan untuk calon lain sebagai 'winable candidate' namun tidak boleh diketepikan kemampuan Maznah Mazlan.

Segalanya terserah kepada kebijaksanaan pimpinan tertinggi BN untuk membuat keputusan namun penulis yakin Maznah Mazlan akan diterima pengundi CH dengan terbuka dan pastinya kerja keras akan dilaksanakan untuk memastikan BN kekal di Parlimen Cameron Highlands.

Pahang Post: Dap Semakin Mencengkam Pahang..Dimana Barisan Nasional?

Pahang Post: Dap Semakin Mencengkam Pahang..Dimana Barisan Nasional?

Tangan Ghaib Yang Mahu Merosak Imej Malaysia.

Menurut Mykmu, beberapa hari ini Transperancy International menjadi tumpuan apabila tanpa segan silu datang ke Malaysia dan menghina sistem keadilan dan pencegahan rasuah negara dalam Persidangan Antirasuah Antarabangsa

Tidak cukup itu, Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak juga dijadikan bahan kritikan oleh Presiden TI sungguhpun undang-undang negara membenarkan pemungutan dana politik selagi tidak membabitkan pemberian balas dan hubungan rasmi antara penderma dengan penerima.

Kedatangan TI ke sini dan mencerca pentadbiran negara ini sebagai rasuah seperti kata pepatah Melayu, “berkokok sekampung, ekor penuh tahi.”

Kita tahu politik merupakan satu bidang yang sangat “kelabu” (grey area) apabila membabitkan ketelusan kerana ia bersifat strategik dan “need to know basis” bagi menjaga kepentingan kumpulan politik terbabit.
.
Namun TI sebuah pertubuhan yang menentang rasuah, kronisme dan sebarang ketidaktelusan menerima dana berjuta dollar US dari syarikat yang sedang berhadapan dengan pendakwaan rasuah di banyak negara adalah sangat tidak masuk akal.

Pada tahun 2015, TI menerima derma sebanyak USD 3 juta daripada Siemens. Pada 2008, Siemens mengaku salah atas tuduhan rasuah dan membayar denda lebih daripada USD 1.6 bilion di Greece, Norway, Iraq, Vietnam, Italy, Israel, Argentina, Venezuela, China and Russia.

Pada 2014, Siemens berhadapan dengan siasatan rasuah di Kuwait, Asia Tengah, kepulauan Caribbean, Brazil, Argentina, Greece, Switzerland, Austria, Venezuela, South Africa, Thailand, dan Bangladesh. Selain itu ia turut disiasat membabitkan Inter-American Development Bank dan European Investment Bank.

Bagaimana TI boleh menerima derma daripada organisasi yang berhadapan dengan puluhan tuduhan rasuah merupakan sesuatu yang melucukan.

Dap Semakin Mencengkam Pahang..Dimana Barisan Nasional?

Dap menganggarkan majoriti akan didapati dari Pahang.Ini berdasarkan populariti mereka yang dilihat seolah memyebelahi rakyat Pahang.Tanpa disedari Pahang sebenarnya antara negeri idaman mereka.

Kerja keras Dap mencari pengundi muda dan didoktrinkan dengan cara Dap seakan tidak menjadi kudis buat Barisan Nasional Pahang.

Mungkin laporan yang disediakan untuk setiap peti undi menyenangkan wakil wakil BN.Tanpa disedari juga Dap mula menggunakan wakil mereka dari kalangan orang Melayu untuk menembusi pengundi di Dun dan Parlimen.

Cara kempen mereka juga sangat licin dan kemas.Berbanding Umno dan komponen,Dap terus membuka kaunter pendaftaran dan ini sama sekali tidak dibuat oleh BN,Umno.

Apakah kerana terlalu mudah menang maka setiap perkara diambil mudah? Pru13 menjadi contoh terbaik betapa Dap mudah menerobos peti undi kawasan majoriti Melayu.

Tidak dinafi pengaruh Dap dikawasan pengundi Cina amat kuat beserta sentimen kebencian kepada kerajaan yang mereka tanamkan.

Apa yang BN,Umno perlukan untuk menangkis dakyah Dap dari menular dikalangan pengundi Pahang?

Tepuk dada tanya selera.Pastinya pemimpin Pahang lebih maklum dan tahu cara mengatasi masaalah ini.

Friday 4 September 2015

Siapa Bakal Menteri Besar Pahang?

Siapa bakal ganti Menteri Besar Pahang seandainya Dato Seri Diraja Adnan Yaakob tidak lagi menjadi Menteri Besar Pahang?

Calon yang dilihat berpotensi untuk meneruskan kesinambungan politik Umno di Pahang tertumpu kepada dua individu yang memenuhi kritieria.
Dato Shakar dari Dun Lancang dan Dato Shaharudin dari Dun Dong.

Agak senior dalam kalangan exco Pahang dan berpengalaman kedua dua mereka dilihat seimbang.Namun untuk memastikan keseimbangan maka Umno juga harus memikir calon calon muka baru.

Pemuda Pahang tidak kurang hebat dengan calon yang ada.Ini adalah proses me'remaja'kan Umno sebagaiman diminta oleh Presiden Umno.Gabungan baru dan lama pastinya membangkitkan aura yang baik untuk Pahang dimasa akan datang.

Kerjasama erat antara 'muda' dan 'lama' dijangka akan mengukuhkan kedudukan Pahang sebagai kubu kuat Umno selain dari Johor.Pastinya Badan Perhubungan Pahang memantau kebolehan generasi politik muda untuk diketengahkan.

Apa yang pasti calon yang akan bertanding dalam pilihanraya akan datang perlu datang dari carta "winable candidate".Menggugurkan yang lama tidak bermaksud mereka tidak bagus cuma apabila perubahan perlu dibuat maka ianya pasti bertepatan dengan keadaan semasa negeri.

Dato Seri Adnan pastinya memerhati dengan sebaiknya sebelum menyenarai pendek calon calon yang berkemampuan dalam memastikan Pahang tidak dirampas oleh pembangkang.

Apa yang penting ialah setiap yang terpilih mewakili Dun hendaklah berkerja keras dalam mengekalkan majoriti Umno dan tidak lupa akan tanggungjawap kepada pengundi.Hargailah pengundi bukan hanya dimasa pilihanraya.

Pahang Post: Impian Menakluki Pahang..Adakah Rakyat Bersedia?

Pahang Post: Impian Menakluki Pahang..Adakah Rakyat Bersedia?

Jawapan Dari Jasa Untuk 1MDB

Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) menerbitkan buku bertajuk Siapa Kata Tidak Dijawab? bagi menjawab 32 soalan termasuk tuduhan tidak berasas berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dibuat oleh pihak tertentu sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Buku itu memberi penerangan secara terperinci de­ngan menggunakan bahasa rakyat yang ringkas dan disertakan infografik yang mudah difahami untuk memastikan setiap pihak terutama rakyat dapat memahami hala tuju 1MDB secara tepat.
Tuduhan paling jelas yang di­timbulkan sebelum ini kononnya RM42 bilion milik syarikat itu lesap adalah antara yang ditumpukan dan terbukti tidak benar apabila 1MDB menyatakan dana berkenaan telah dibelanjakan ke dalam sektor tenaga, hartanah, kos kewangan, dana pelaburan dan tunai.
“Daripada RM42 bilion dana hutang ini, RM18 bilion digunakan untuk pembelian syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP), RM1.7 bilion adalah kos pembe­lian tanah, RM15.4 bilion adalah dana pelaburan, RM5.8 bilion di­belanjakan untuk kos kewangan dan baki sebanyak RM900 juta dalam bentuk tunai.
“Tuduhan ini dibuat berdasarkan andaian semata-mata tanpa merujuk kepada dokumen dan penyata kewangan diaudit sebenar. 1MDB telah mengeluarkan infografik ringkasan berdasarkan fakta di dalam penyata kewang­an diaudit untuk membuktikan bahawa tiada dana 1MDB lesap,” kata syarikat itu dalam penjelasannya di sini hari ini.
Utusan

Impian Menakluki Pahang..Adakah Rakyat Bersedia?

Pahang dikenali sebagai kubu kuat Umno dan Barisan Nasional.Ternyata cubaan pembangkang menembusi Pahang berjaya dipilihanraya ke13.

Dimana silapnya BN Pahang..adakah media maya yang menerobos masuk ke Pahang dan diterima rakyat Pahang dengan mudah atau Adun serta ahli Parlimen lena?

Ternyata aura Dato Seri Adnan Yaakob selaku Menteri Besar Pahang masih memainkan peranan penting di arena politik Pahang.Namun ada isu yang terlalu lama tidak diselesaikan dan ini menjadi modal kepada pembangkang untuk meraih undi.

Isu Lynas misalnya mendatangkan impak yang agak besar kepada Umno Pahang hingga kehilangan kerusi Parlimen Kuantan kepada PKR.Kini timbul pula isu bauksit yang membuat rata rata rakyat merungut tentang kerosakan yang terjadi.

Tidak kurang juga isu penerokaan hutan secara haram turut mewarnai sosio politik tempatan.Kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands juga membuka lembaran baru dalam isu politik tempatan.

Apakah peluang untuk Barisan Nasional mempertahankan Pahang dari dirampas pembangkang cerah? Kini isu terbesar melanda Umno pula menjadi mainan kepada pembangkang.Tanpa rasa bersalah pembangkang terus terusan menyerang Perdana Menteri yang kebetulan dari Parlimen Pekan.

Kebijaksanaan MB Pahang diharap dapat mengekalkan status quo Umno selaku tunjang BN di Pahang.Musibah yang melanda pada hujung tahun lepas banyak menguji keberkesanan BN dalam menghulurkan bantuan tanpa sempadan politik.Ini jelas dilihat sebagai satu kelebihan untuk BN Pahang dimata rakyat.

Moga BN terus kekalkan momentum bersama rakyat dan terus memakmurkan Pahang dibawah pentadbiran Tok Nan.